
Penggunaan batu blok ringan semakin mendapat perhatian dalam industri pembinaan di Malaysia kerana menawarkan pelbagai kelebihan, terutama dari segi kos dan kecekapan. Batu blok jenis AAC, misalnya, bukan sahaja ringan tetapi juga mudah dipasang, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan kontraktor dan pemilik rumah. Dengan pilihan batu blok ringan yang pelbagai di pasaran, mengetahui harga terkini adalah penting. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kelebihan batu blok ringan berbanding batu konvensional untuk pembinaan bangunan dan harga semasa batu blok ringan.
Apakah itu Batu Blok Ringan?
Batu Blok Ringan atau sering disebut bata ringan adalah material binaan yang digunakan sebagai pengganti bata merah untuk membina dinding bangunan. Bata ringan terbuat dari campuran bahan-bahan seperti simen, pasir silika, air, dan bahan pengembang (biasanya berasaskan alumunium paste). Proses penghasilannya melalui reaksi kimia dan autoklaf (pemanasan tekanan tinggi), menghasilkan material dengan struktur yang lebih ringan dan memiliki liang-liang (pori) mikro.
Jenis-jenis Batu Blok Ringan
Jenis-Jenis Batu Blok Ringan:
1. Autoclaved Aerated Concrete (AAC)
- Dibuat melalui proses autoklaf, sehingga memiliki kualiti tinggi.
- Lebih ringan, dan kuat
- Permukaan lebih halus, sesuai untuk finishing.
- Dibuat dari campuran simen dan bahan pengembang
- Ketumpatan rendah
- Ketahanan api tinggi
- Penebat haba yang baik


Sumber: JM Timber & Hardware Sdn Bhd
2. Cellular Lightweight Concrete (CLC)
- Tidak menggunakan proses autoklaf, tetapi dengan penambahan busa (foam) ke dalam campuran.
- Lebih murah dibandingkan AAC
- Kos lebih rendah
- Mudah dipasang
- Ketahanan yang baik
- Mesra alam


Sumber Foto: Cala & Khmer CLC
Ciri-Ciri Utama Batu Blok Ringan
Batu blok ringan memiliki pelbagai kelebihan yang menjadikannya pilihan utama dalam industri pembinaan moden. Ia adalah 10-40% lebih ringan berbanding batu konvensional, sekali gus membantu mengurangkan beban pada struktur beam dan tiang bangunan. Selain itu, penggunaannya memungkinkan proses pembinaan yang lebih pantas dan cekap, memendekkan tempoh masa kerja. Dengan beratnya yang ringan dan pemasangan yang mudah, batu blok ringan turut menyumbang kepada penjimatan kos sehingga 25%, menjadikannya pilihan yang praktikal dan ekonomi bagi pelbagai jenis projek pembinaan.
Perbandingan Kualiti Batu Blok Ringan dan Batu Blok Konvensional
Berikut perbandingan dan penjimatan antara batu blok ringan dan batu konvensional:
1. Pengurangan Kos Pengangkutan
- Batu blok ringan adalah 10-40% lebih ringan daripada batu konvensional. Ini mengurangkan kos pengangkutan kerana jumlah muatan yang lebih banyak dapat diangkut dalam satu perjalanan.
2. Pengurangan Kos Buruh
- Kos buruh menggunakan batu blok ringan adalah RM30/m² berbanding RM50/m² untuk batu konvensional, menunjukkan penjimatan sebanyak 40%. Hal ini kerana pemasangan batu blok ringan lebih mudah dan memerlukan tenaga kerja yang kurang intensif.
3. Pengurangan Masa Pembinaan
- Batu blok ringan hanya memerlukan 7 hari untuk pemasangan berbanding 14 hari bagi batu konvensional, membawa kepada pengurangan masa pembinaan sebanyak 50%. Proses yang lebih pantas ini membantu mengurangkan kos keseluruhan projek.
4. Pengurangan Kos Penyelenggaraan
- Batu blok ringan mempunyai kos penyelenggaraan yang lebih rendah kerana bahan ini lebih tahan lama dan memerlukan kurang perhatian berbanding batu konvensional. Penjimatan kos penyelenggaraan dianggarkan sekitar 30%.
Batu blok ringan menawarkan kelebihan yang signifikan dari segi kos, masa, dan kecekapan, menjadikannya pilihan yang lebih ekonomi dalam pembinaan moden.

Sumber: rumahhq.com
Harga Batu Blok Ringan Berbanding Batu Konvensional
- Harga untuk bahan batu blok ringan ialah RM85/m², yang lebih rendah berbanding batu konvensional pada RM100/m².
- Kos buruh bagi pemasangan batu blok ringan adalah RM30/m², lebih rendah daripada kos pemasangan batu konvensional pada RM50/m².
Kesimpulannya, penggunaan batu blok ringan dalam pembinaan bukan sahaja memberikan banyak kelebihan dari segi kecekapan dan ketahanan, tetapi juga menawarkan penjimatan yang signifikan dalam pelbagai aspek. Dari kos bahan dan buruh hingga masa pembinaan dan penyelenggaraan, batu blok ringan jelas merupakan pilihan yang lebih bijak dan ekonomi untuk projek pembinaan moden. Dengan beratnya yang ringan, pemasangan yang cepat, dan keperluan penyelenggaraan yang rendah, batu blok ringan bukan sahaja membantu mengurangkan kos tetapi juga menyumbang kepada pembangunan yang lebih lestari.