Return to site

Harga Upah Pemasangan dan Tips Jimat Kos Pemasangan Mozek Rumah

kasturihijau.com

· INFORMASI
Harga Upah Pemasangan dan TIps JImat Kos Pemasangan Mozek Rumah

Adakah anda merancang ubahsuai atau renovate rumah anda? Jika anda masih terfikir-fikir dan berkira-kira soal kos pemasangan mozek lantai rumah, mungkin artikel yang kami tulis ini dapat membantu menyelesaikan pengiraan bajet pemasangan mozek rumah anda. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi jenis-jenis mozek, harga upah pemasangan mozek dan tips untuk menjimatkan kos pemasangan mozek.

Jenis-jenis Mozek atau Jubin

 

Jenis-jenis mozek yang biasa dijual di pasaran adalah seperti berikut:

1. Mozek Seramik

  • Dianggap jubin paling asas, ia diperbuat daripada campuran tanah liat, pasir dan bahan semulajadi yang lain. Kebiasaannya dipasang di dalam bilik seperti ruang tamu dan bilik tidur, jubin seramik juga sesuai dipasang sebagai jubin dinding kerana ianya lebih ringan dan boleh didapati dalam bentuk glazed atau unglazed.

2. Mozek Porselin

  • Diperbuat daripada tanah liat, pasir dan air. Selain ketahanannya, jubin porselin datang dalam pelbagai warna, reka bentuk dan permukaan.

3. Mozek Kaca

  • Mozek kaca memberikan kilauan dan cahaya yang menarik. Ia juga tahan kelembapan dan tahan terhadap panas, menjadikannya pilihan yang baik untuk bilik mandi atau backsplash dapur.

 

 

4. Mozek Batu Semula Jadi

  • Mozek ini diperbuat daripada batu semula jadi seperti marmar, granit, batu kapur, atau travertine. Ia memberikan rupa yang mewah dan klasik, tetapi perlu dijaga rapi kerana mudah tergores dan menyerap kelembapan.

5. Mozek Homogen

  • Mozek ini diperbuat sepenuhnya daripada bahan seramik atau porselin tanpa lapisan tambahan, menjadikannya sangat tahan lasak dan sesuai untuk kawasan yang sering digunakan. Ia biasanya digunakan di kawasan komersial tetapi juga sesuai untuk rumah.
broken image

Mozek porselin

 

Senarai Kos Upah Pasang Mozek

1. Berikut adalah kos upah pemasangan mozek lantai:

Spesifikasi: Harga

  • Bagi Mozek 60cm x 60cm: RM 5.00/kaki persegi
  • Bagi Mozek 30cm x 30cm: RM 4.50/kaki persegi
  • Bagi Pemasangan Skirting: RM 4.00/kaki persegi
  • Bagi Pembongkaran dan Mengemas Mozek Lama: RM 4.50/kaki persegi
  • Untuk Membuat Lantai Konkrit Brc, Pasir & Simen: RM 3.50/kaki persegi

 

2. Berikut adalah kos pemasangan mozek dinding:

Spesifikasi: Harga

  • Bagi Tiles 30cm x 30cm: RM 8.00/kaki persegi
  • Bagi Pembongkaran & Mengemas Tiles Lama: RM 4.50/kaki persegi

 

3. Berikut adalah kos pemasangan mozek bilik air:

Spesifikasi: Harga

  • Bilik air: RM 1900.00
  • Membongkar dan Mengemaskan Tile Lama: RM 1200
  • Menukar Pipe Lama Jenis Pvc Pipe (sekali barangan): RM 600
  • Water Proof Sika Top Seal 107 (sekali barangan): RM 850

Sumber: senaraibinaan.com

 

Faktor Penentuan Harga Pemasangan Mozek

  • Harga pemasangan mozek boleh berubah-ubah kerana beberapa faktor berikut iaitu jenis, saiz mozek, kos upah, keadaan permukaan lantai atau dinding, jenis rekabentuk, kos bahan tambahan dan lokasi pemasangan.
  • Contohnya, mozek yang dibuat dari bahan seperti porselin, granit, atau marmer cenderung lebih mahal berbanding mozek seramik biasa. Kualiti dan reka bentuk mozek juga mempengaruhi harganya.
  • Mozek yang lebih besar memerlukan masa yang lebih singkat untuk dipasang, manakala mozek yang lebih kecil atau yang mempunyai corak rumit memerlukan lebih banyak masa dan tenaga kerja, yang boleh meningkatkan kos.
  • Harga buruh berbeza mengikut lokasi, pengalaman kontraktor, dan kesukaran kerja. Di kawasan bandar atau jika kontraktor yang berpengalaman diambil, kos buruh mungkin lebih tinggi
  • Corak atau susunan mozek yang kompleks memerlukan lebih banyak masa dan kemahiran, yang boleh meningkatkan kos pemasangan. Ini termasuk mozek hiasan atau penggunaan campuran warna dan bentuk.

 

broken image

 

Tips untuk Menjimatkan Kos Pemasangan Mozek Rumah

Berikut beberapa tips untuk menjimatkan kos pemasangan mozek rumah:

1. Pilih Mozek dengan Harga Berpatutan

  • Bandingkan harga dari beberapa kedai atau pembekal dan pilih mozek yang berkualiti tetapi sesuai dengan bajet anda. Mozek yang lebih murah tidak semestinya tidak berkualiti atau tidak tahan lama.

 

2. Beli dalam Kuantiti Banyak

  • Jika boleh, beli mozek dalam kuantiti banyak untuk mendapatkan diskaun. Kedai jual mozek sering menawarkan harga lebih rendah untuk pembelian dalam jumlah yang banyak.

3. Guna Saiz Mozek yang Lebih Besar

  • Mozek bersaiz besar memerlukan lebih sedikit kepingan untuk dipasang, jadi kos buruh mungkin lebih rendah kerana memakan masa yang lebih singkat untuk pemasangan.

4. Lakukan Pemasangan Sendiri (DIY)

  • Jika anda mempunyai kemahiran asas, pertimbangkan untuk memasang mozek sendiri. Ini akan mengelakkan kos upah pekerja. Namun, pastikan anda melakukan penyelidikan dan mengikut panduan yang betul.

5. Kurangkan Corak dan Reka Bentuk Kompleks

  • Corak atau reka bentuk yang rumit memerlukan masa dan ketelitian yang lebih, dan ini boleh meningkatkan kos buruh. Pilih reka bentuk yang lebih mudah untuk menjimatkan kos.

6. Gabungkan Bahan yang Berbeza

  • Anda boleh gabungkan mozek dengan bahan lain yang lebih murah, seperti simen bercorak, untuk kawasan yang kurang menonjol, atau kurangkan penggunaan mozek sepenuhnya.

7. Cari Kontraktor dengan Harga Berpatutan

  • Dapatkan beberapa sebut harga dari kontraktor yang berbeza dan pilih kontraktor yang menawarkan harga paling berpatutan dengan kualiti kerja yang baik.

 

Dengan perancangan yang teliti dan pilihan yang bijak, kos pemasangan mozek boleh dikurangkan dengan ketara tanpa mengurangkan kualiti mozek rumah anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com.

 

broken image