Return to site

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024: Ujian Saringan DASS Atas Talian dan Webinar Kesihatan Mental

· KESIHATAN
Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024: Ujian Saringan DASS Atas Talian dan Webinar Percuma

Tahukah anda bahawa seorang daripada 8 orang penduduk dunia mengalami masalah mental? Di Malaysia, statistik kadar bunuh diri pada tahun 2019 hingga Mei 2021, purata 2 orang sehari memilih untuk mengakhiri hidup mereka. Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 135 ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi (WHO 2021). Impak kesihatan mental kepada kesihatan manusia amat berat kerana ia mampu mempengaruhi kualiti kehidupan seharian dan tahap produktiviti kerja seseorang. Dalam artikel ini kami kongsikan faktor-faktor mempengaruhi penyakit mental dan ujian saringan DASS yang anda boleh jalankan secara atas talian untuk menentukan tahap kesihatan mental anda.

Apakah itu Hari Kesihatan Mental Sedunia?

  • Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun.
  • Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia adalah inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental di seluruh dunia. Ia ditubuhkan oleh Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia pada tahun 1992 dengan tujuan untuk menggalakkan perbincangan terbuka tentang kesihatan mental serta mengurangkan stigma yang sering dikaitkan dengan penyakit mental.
  • Tema sambutan di Malaysia pada tahun 2024 adalah Utamakan Kesihatan Mental Di Tempat Kerja. Tema ini dipilih dengan mengambil kira penekanan di dalam aspek penjagaan kesihatan mental warga bekerja sebagai satu keutamaan bagi mewujudkan suasana dan persekitaran kerja yang sihat dan kondusif.
  • Manfaat sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia adalah memberi peluang dan ruang bagi organisasi kesihatan, individu, dan komuniti untuk bekerjasama dalam memperbaiki kesejahteraan mental masyarakat melalui pelbagai aktiviti seperti ceramah, seminar, dan kempen kesedaran.

 

 

 

Apakah Ujian DASS untuk Uji Tahap Kesihatan Mental?

  • Ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scales) adalah alat penilaian psikologi yang digunakan untuk mengukur tahap kemurungan, kebimbangan, dan tekanan seseorang. Ia terdiri daripada tiga skala utama: kemurungan, yang menilai gejala seperti rasa putus asa dan kehilangan minat; kebimbangan, yang mengukur tahap ketegangan dan ketakutan; dan tekanan, yang menilai kesan tekanan fizikal dan mental, seperti kesukaran untuk berehat.
  • Ujian DASS sering digunakan oleh ahli psikologi dan kaunselor sebagai alat awal untuk menilai tahap kesihatan mental individu dan membantu merancang intervensi atau rawatan yang sesuai jika diperlukan.

Ujian minda sihat DASS ini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja daripada pautan di bawah:

  1. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdKpf75KSiGPaKFwWu8_212SKA0T48XOorXcz5KSWb9La-61A/viewform - Diadaptasi oleh Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
broken image

 

Cara-cara menjawab soalan adalah:

  1. Buat pendaftaran atau masuk melalui email anda
  2. Lengkapkan kesemua soalan
  3. Jangan luangkan terlalu banyak masa untuk memikirkan jawapan anda kerana tiada soalan betul atau salah dalam ujian DASS ini.
  4. Sila jawab dengan jujur berdasarkan emosi semasa anda agar keputusannya menggambarkan situasi semasa diri anda.
  5. Keputusan ujian saringan minda sihat akan dipaparkan setelah selesai menjawab soalan.
  6. Sekiranya keputusan ujian ini adalah tidak normal, anda boleh muat turun atau cetak keputusan ujian ini dan bawa ke mana-mana Klinik Kesihatan (KK) berdekatan anda untuk diagnosa lanjut oleh pegawai perubatan.

 

broken image

 

Faktor-faktor Mempengaruhi Penyakit Mental di Malaysia

Antara faktor yang mempengaruhi kesihatan mental seseorang berdasarkan kepada Indeks Kesihatan Mental Belia di Malaysia:

  • Gaya hidup yang tidak sihat dan hubungan sosial yang lemah
  • Pengaruh media sosial yang keterlaluan dan persekitaran keluarga yang tidak sihat
  • Kurang matlamat hidup dan kurang dapat mengawal emosi dengan baik
  • Pengalaman hidup lalu yang pahit
  • Sokongan sosial yang kurang dan tidak ambil peduli
  • Kaedah menangani tekanan yang lemah
  • Kesejahteraan minda yang kurang dan tinggi kemurungan

 

Talk Percuma Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia

Jom sertai kami dalam dua sesi Facebook Live sepanjang bulan Oktober ini untuk memperkasakan kesihatan mental anda!

1. "Ubah Tanggapan, Bina Harapan: Bersama Cegah Bunuh Diri”

  • Tarikh: 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • Masa: 9.00 malam - 10.00 malam
  • Bersama: Dr. Ain Sabrina (Pakar Perubatan Keluarga) & Dr. Noor Izuana Binti Redzuan (Pakar Psikiatri,Sub Kepakaran Konsultasi Liaison)
  • Platform: Facebook Medical Mythbusters Malaysia

2. "Jangan Cepat Koyak: Bina Ketahanan Emosi”

  • Tarikh: 26 Oktober 2024 (Sabtu)
  • Masa: 9.00 malam - 10.00 malam
  • Bersama: Dr. Ain Sabrina (Pakar Perubatan Keluarga) & En. Aiman Amri (Psikologis Klinikal)
  • Platform: Facebook Medical Mythbusters Malaysia

 

broken image

 

broken image

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran kesihatan mental di kalangan masyarakat kita dan menghapuskan stigma yang berkaitan dengan masalah kesihatan mental. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca kasturihijau.com.