Return to site

Hukum Menyimpan Barang Lama Tapi Tidak Digunakan

www.kasturihijau.com

· AGAMA
hukum simpan barang lama tapi tidak digunakan

Masyarakat kita suka menyimpan barang lama atau barang antik atas sebab tertentu seperti nilai sentimental dan nilai sejarah barang tersebut. Sesetengah rumah penuh dengan barang-barang lama, dan kadang kala tidak cukup tempat, barang-barang tersebut kita simpan di stor. Cuma, kadang-kadang kita tertanya-tanya dari segi Islam, apakah hukum menyimpan barang-barang lama tetapi tidak digunakan.

Pernah suatu ketika dahulu, kita mendengar seorang Ustad memberitahu yang mana jika kita tidak menggunakan pakaian selama 40 hari, pakaian tersebut akan dihisab. Adakah benar hukum ini? Justeru itu, penulis ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi daripada Ulama' Fiq yang berkredibiliti untuk merungkai persoalan ini.

hukum simpan barang lama tapi tidak digunakan

 

 

Tabiat Suka Menyimpan Barang Tetapi Tidak Digunakan

Antara sebab masyarakat kita suka menyimpan barang-barang lama adalah antaranya:

  1. Barang-barang lama sering mempunyai nilai sentimental kerana ia mungkin diwarisi dari generasi ke generasi, mengingatkan mereka kepada kenangan masa lalu atau individu yang disayangi.
  2. Barang-barang lama membawa sejarah dan cerita yang unik. Mereka memberi gambaran tentang cara hidup, budaya, dan teknologi pada masa lampau.
  3. Beberapa barang antik atau lama boleh bernilai tinggi dari segi kewangan. Pengumpul dan peminat barangan antik sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan barang-barang yang jarang ditemui dan bersejarah.
  4. Mengumpul barang-barang lama boleh menjadi satu hobi yang menyeronokkan. Ada yang merasa puas mencari dan mengumpul barang-barang tertentu yang mempunyai nilai estetika atau artistik.

Hukum Menyimpan Barang Lama Tapi Tidak Digunakan

  • Menurut Ulama' Fiqh Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus, tiada pengecualian ke atas semua harta kita untuk dihisab di akhirat nanti. Sama ada barang tersebut tidak digunakan lebih 40 hari atau tidak, ia pasti akan dihisab akan sumbernya, digunakan untuk apa dan sebagainya.
  • Bukan sahaja harta kekayaan, malah barangan lain turut akan dihisab oleh Allah swt seperti tudung, cincin, bekas makanan dan pinggan mangkuk, dan macam-macam lagi barang yang kita ada di rumah.
  • Antara soalan yang akan ditanya di akhirat berkenaan harta adalah, ke mana barang itu telah dibawa dan digunakan serta tujuan barang tersebut.
  • Menurut beliau, jika barang itu tidak digunakan melebihi 40 hari, dan masih baik, sunat disedekahkan atau dijual kepada orang lain. Jika dijual, duit daripada hasil jualan boleh disedekahkan kepada pihak yang memerlukan.
  • Namun, jika barangan itu sangat bermakna bagi kita, boleh disimpan dalam jangka panjang, dan tidak berdosa.
  • Jadinya, lebih banyak harta seseorang, lebih lama dia akan dihisab di akhirat nanti. Semakin sedikit harta seseorang, semakin cepat dia akan dihisab di akhirat nanti.

Berdasarkan Hadis oleh Abu Barzah Al-Aslamiy RA berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskan, tentang ilmunya, iaitu apa yang telah ia perbuat dan tentang hartanya, dari mana ia dapatkannya dan ke mana ia belanjakannya serta mengenai anggota badannya yang telah digunakan.” (Hadis Riwayat Muaz bin Jabal, 4/298)

hukum simpan barang lama tapi tidak digunakan

 

Jika anda tidak mahu terlalu lama di Yaumul Hisab, maka eloklah barang-barang lama anda, dijual atau disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukan. Simpanlah barang-barang yang memang anda perlukan sahaja, dan penting buat anda dan keluarga untuk kelangsungan hidup. Semoga ia nanti mengurangkan bebanan kita untuk menjawab segala persoalan mengenai barang-barang dan harta yang kita simpan di hadapan Allah swt nanti.

Berikut adalah petikan video keterangan Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum menyimpan barang-barang lama.

Barang-barang Lama Yang Tidak Digunakan Lebih Baik Disedekahkan

Berdasarkan keterangan Mufti KL, barang-barang lama yang tidak digunakan adalah lebih baik disedekahkan ke jalan Allah swt. Sebarang bentuk sedekah yang diberikan kerana Allah S.W.T tidak mendatangkan kerugian kepada pelakunya, sebaliknya mendapat ganjaran balas yang menguntungkan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya: Dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu maka Allah lah yang menggantikannya dan Dia merupakan sebaik-baik pemberi rezeki. (Surah Saba’ ;39)

Oleh itu, sebagai muslim yang berpegang kepada hukum Allah swt yang betul, sedekahkan barang-barang lama yang tidak digunakan adalah lebih baik daripada menyimpannya, kerana ia merugikan jika tidak digunakan ke jalan Allah swt.

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.