Return to site

Hukum Taksub dengan Hiburan Kpop dan Kdrama

www.kasturihijau.com

· AGAMA
hukum tengok kpop

Hiburan tidak dilarang dalam Islam. Malah, melakukan sesuatu perbuatan yang memberikan kegembiraan pada diri sendiri hukumnya harus. Namun, untuk berhibur dan melakukan perbuatan yang memberikan kegembiraan perlulah ada batasnya.

Golongan muda-mudi, individu yang sudah berumah tangga, malah ada golongan ustad ustazah, kini mudah terpengaruh dengan hiburan Kpop dan Kdrama. Ada yang mendengar dan menonton secara suka-suka pada masa lapang, dan ada juga yang taksub dengan keduanya sehingga melalaikan, dan terikut-ikut dengan cara hidup dan budaya mereka. Ketaksuban yang melampau ini juga membawa kepada masalah dan gangguan kepada kualiti hidup.

Sebagai muslim, seseorang tidak sepatutnya terlalu taksub dengan sesuatu hiburan, sehingga ia melekakan diri daripada beribadat, membuang masa, dan melalaikan kita daripada mencari bekalan akhirat. Malah, Imam Al-Ghazali pernah berkata cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. Maksudnya, jika seseorang itu sentiasa hidup dalam kebaikan, tidak berbuat maksiat dan sentiasa mengingati Allah swt, maka pengakhirannya juga baik. Adakah wajar seseorang menghabiskan waktunya hanya dengan berhibur tanpa mencari bekalan akhirat?

  • Rasulullah pernah bersabda:

“Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum melainkan dia akan dikumpulkan bersama mereka pada hari kiamat nanti.” (Riwayat at-Tabrani)

  • Rasulullah juga bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Riwayat Abu Daud).

Menonton drama korea selagi mana tidak membawa kemudaratan atau terpengaruh dengan perkara-perkara negatif adalah tidak dilarang. Sekiranya dengan menonton drama tersebut boleh membawa kepada kelalaian, adalah wajar untuk tinggalkan perkara itu dan cari aktiviti lain yang lebih bermanfaat.

 

Hukum Taksub dengan Hiburan Kpop dan Lain-lain Hiburan

Hukum meminati Kpop, Kdrama atau apa-apa hiburan tidak jatuh haram selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur berikut. Jika dalam lagu dan drama yang kita dengar dan tengok itu mempunyai unsur-unsur berikut, ia sudah dikategorikan haram dan berdosa.

  1. Mempunyai unsur cinta yang menghairahkan.
  2. Mempromosikan unsur pergaulan bebas dan ikhtilat.
  3. Mempunyai unsur mendedahkan aurat.
  4. Mempunyai unsur seks/lucah sedikit atau banyak.
  5. Mempunyai unsur syirik.
  6. Mempunyai unsur menghina Islam.
  7. Mempunyai unsur mengagungkan arak dan judi
  8. Dan segala unsur maksiat dan yang diharamkan yang boleh mempengaruhi orang yang melihatnya.

Apabila meminati sesuatu hiburan, kita perlu mengetahui batasan-batasan supaya agama kita terjaga. Jangan disebabkan minat kepada k-pop, kita menjadi taksub kepada mereka, dan sanggup mencontohi perangai dan cara hidup mereka sampai melanggar batas agama dan batas syariat. Ini tidak wajar dilakukan oleh setiap orang Islam yang waras.

broken image

 

Kredit: Tarbiah Sentap

 

Keburukan Terlalu Banyak Mendengar dan Melihat Hiburan dan Drama

Keburukan terlalu banyak menonton hiburan adalah:

  • Melemahkan iman
  • Melemahkan ruh
  • Membuang masa
  • Menjadi malas beribadat
  • Terikut-ikut dengan cara yang melanggar batas agama dan syariat
  • Kurang memikirkan akhirat
  • Melemahkah fikiran
  • Berdosa dan perlu bertaubat

Sumber: Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali. (2015). Perbahasan Akidah Islam. Pustaka Salam.

 

Perkongsian maklumat ini adalah untuk memberi informasi tentang hukum taksub kepada hiburan dan drama sehingga menjadikan seseorang muslim itu lemah dan hidup dengan tidak berpandukan ajaran Islam yang disyariatkan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca kasturihijau.com.