Sejajar dengan tema Belanjawan 2025 iaitu “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat”, kerajaan memfokuskan untuk membantu rakyat yang miskin dan berusaha mengurangkan kos sara hidup rakyat. Terdapat 20 inisiatif dan bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 tempoh hari. Salah satu bantuan adalah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) iaitu bantuan atau usaha yang dijalankan oleh kerajaan antara pihak pengusaha dan pekerja yang terdiri daripada golongan B40 untuk memulakan perniagaan atau perusahaannya. Inisiatif ini adalah lanjutan daripada inisiatif daripada tahun 2024. Dalam artikel ini, kami kongsikan senarai bantuan kerajaan untuk golongan B40 untuk tahun hadapan.
Senarai Inisiatif dan Bantuan Rakyat B40 Tahun 2025
Ini adalah antara 20 inisiatif yang melibatkan bantuan rakyat dan kos sara hidup seperti diumumkan oleh kerajaan:
- Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) isi rumah dinaikkan kepada RM4,600 berbanding RM3,700.
- Golongan bujang akan menerima STR berjumlah RM600 berbanding RM500.
- 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah dapat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sebulan.
- Bantuan warga emas dinaikkan kepada RM600 sebulan.
- Bantuan kanak-kanak keluarga miskin berumur 6 tahun ke bawah dinaikkan kepada RM250.
- Bantuan kanak-kanak keluarga miskin berumur 7 hingga 18 tahun dinaikkan kepada RM200.
- Kadar bantuan Am Wilayah Persekutuan dinaikkan RM150.
- Gaji minimun dinaikkan daripada 1,500 sebulan kepada 1,700 sebulan.
- Garis Panduan Gaji Permulaan bagi Sektor Pekerjaan diperkenalkan (Contoh: jurutera mekanikal, gaji RM3,380)
- RM200 juta bagi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang akan memanfaatkan 50,000 pekerja di negara ini.
- Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bantu tambah pendapatan keluarga.
- Peruntukan untuk Program Payung Rahmah ditingkatkan kepada RM300 juta.
- Kerajaan bantu tampung bayaran lesen motosikal untuk 15,000 anak muda.
- Bantuan pembelian tiket penerbangan untuk 60,000 mahasiswa kurang mampu.
- Topi keledar percuma diberikan kepada 67,000 keluarga susah.
- Subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan dinaikkan kepada RM2.78 bilion.
- Peruntukkan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah dinaikkan kepada RM870 juta.
- RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid tahun satu hingga tingkatan lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
- Elaun Sara Hidup siswa guru Program Ijazah Muda Pendidikan dinaikkan kepada RM530.
- Bantuan OKU dinaikkan kepada RM1.3 bilion.
Kredit: Thevocket.com
Apakah itu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)?
IPR adalah salah satu inisiatif yang masih diteruskan pihak kerajaan. Bermula pada tahun 2024 dengan peruntukan Rm500 juta, kini IPR dikekalkan pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM250 juta. Inisiatif ini adalah salah satu peluang untuk rakyat Malaysia daripada golongan B40 untuk memulihkan taraf hidup semasa dan meningkatkan ekonomi isi rumah.
- Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) pada tahun 2025 bakal diteruskan untuk membantu menambah pendapatan keluarga bagi keluar daripada garis kemiskinan.
- Kerajaan menyasarkan melalui inisiatif IPR, peserta berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.
- IPR fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
- IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi 3 skop iaitu inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan
- IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.
3 skop inisiatif yang terlibat iaitu:
- Inisiatif pertanian (INTAN)
- Perniagaan makanan (INSAN)
- Operator perkhidmatan (IKHSAN)
Golongan penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini:
1. Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
- Syarikat pertanian
- Rantaian peruncitan makanan
- Pengeksport
- Agensi-agensi kerajaan berkaitan
- Koperasi
2. Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
- Pengusaha mesin menjual (vending machine)
- Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
- Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
- Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
- Stesen-stesen LRT
- Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
3. Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
- Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
- Premis-premis agensi kerajaan
Syarat-syarat Pemohonan
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar
Cara-cara Permohonan Atas Talian
Permohonan IPR ini perlu dilakukan di atas talian. Para pemohon perlu melayari laman IPR di https://ipr.ekonomi.gov.my/sign_up. Pemohon perlu lengkapkan pendaftaran akaun terlebih dahulu. Sahkan akaun dengan mengklik pautan yang dihantar ke emel anda. Log masuk akaun dan isikan segala butiran yang diperlukan. Permohonan anda akan diproses dan keputusan akan dimaklumkan.
Pertanyaan Lanjut Mengenai IPR 2025
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila hubungi:
Kementerian Ekonomi
Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya
Sumber: Inisiatif Pendapatan Rakyat
Baca lagi: