Hebahan mengenai kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tahun 2025. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
UPSI ingin mempelawa calon di kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Peneraju Kebitaraan Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.
Senarai Jawatan Kosong yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di UPSI.
- SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI 29 (Pembangunan Sistem Maklumat)
- SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI 19 (Pentadbiran)
- SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI 19 (Penerbit Rancangan)
Kriteria Lantikan Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 29 (Pembangunan Sistem Maklumat)
Calon lantikan bagi Jawatan Kosong UPSI 2025 hendaklah memenuhi kelayakan akademik seperti berikut:
- Diploma dalam bidang berkaitan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Pemohon tidak boleh terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti program Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master, atau PhD (Pengajian Sepenuh Masa). Bagi pemohon yang telah menamatkan pengajian tetapi belum bergraduasi, sila kemukakan salinan surat pengesahan tamat pengajian.
- Calon lantikan yang menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah mempunyai Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik dalam bidang Teknologi Maklumat.
Kriteria Lantikan Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 19 (Pentadbiran)
Calon lantikan Jawatan Kosong UPSI 2025 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda serta Master dan PhD (Pengajian Sepenuh Masa). Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
- Calon bagi lantikan dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kriteria Lantikan Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 19 (Penerbit Rancangan)
Calon lantikan bagi Jawatan Kosong UPSI 2025 hendaklah memenuhi kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai pengalaman yang terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen, termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa, dan lain-lain, serta berkebolehan bertutur, membaca, dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
- Pemohon tidak boleh terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti program Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master, atau PhD (Pengajian Sepenuh Masa). Bagi pemohon yang telah menamatkan pengajian tetapi belum bergraduasi, sila kemukakan salinan surat pengesahan tamat pengajian.
- Calon lantikan yang menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah mempunyai Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Bidang kelayakan akademik adalah Bakat dan Seni.
Cara Permohonan Jawatan
- Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).
- Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
- Permohonan secara dalam talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan dalam talian. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
- Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:
- bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
- telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)
5. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara dalam talian di ruangan tersebut.
6. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
7. Pemohon tidak boleh di kalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta Master dan PhD (Pengajian Sepenuh Masa). Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
8. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
9. Setiap permohonan jawatan dikenakan RM 10.00 bagi satu (1) jawatan.
10. Calon perlu memastikan maklumat didalam Myjobs adalah lengkap bagi memastikan permohonan dapat diproses selanjutnya.
11. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI dan seterusnya membuat permohonan jawatan kosong sebelum tarikh tutup permohonan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM 05-450 6328 / 6338 / 6399 / 6034.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Tarikh Tutup Permohonan
Berikut adalah tarikh tutup permohonan online:
- Tarikh Tutup Iklan: 24 Januari 2025.
Semua pemohon perlu mengisi permohonan secara online seperti yang diarahkan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses. Jika anda tidak mendapat jawapan dalam masa 6 bulan, permohonan anda dianggap tidak berjaya. Semoga berjaya diucapkan kepada semua pemohon!
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih