Return to site

Jawatan Kosong SPP: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Khas Negeri Sarawak)

kasturihijau.com

· KERJAYA
broken image

Hebahan jawatan kosong di Sarawak berkenaan peluang kerjaya dalam Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2024. Mohon segera bagi yang mencari-cari peluang pekerjaan. Mohon kongsikan makluman ini kepada rakan-rakan yang mencari-cari peluang kerja sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak.

Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.
  • Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.
  • Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.
  • Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
  • Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.

Makluman Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 2024

Bagi graduan pendidikan dan bukan pendidikan yang telah tamatkan pengajian sebelum atau pada tarikh tutup 23 Ogos 2024, anda dipelawa untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Kontrak (Interim) (Graduan Pendidikan) dan Contract of Service (COS) (Graduan Bukan Pendidikan) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan ini
  • Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan opsyen yang dipilih
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM

Cara Membuat Permohonan

  • Calon yang memenuhi syarat perlu memohon atau mengemas kini maklumat melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/)
  • Perlu memilih Sarawak sebagai Pilihan Pusat Temu Duga mulai dari 1 Ogos sehingga 23 Ogos 2024 (Jumaat).
  • Maklumat yang dimasukkan mestilah diisi atau dikemas kini di dalam mySPP dengan tepat.
  • Kesilapan mengisi atau mengemas kini maklumat boleh menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  • Tidak dibenarkan untuk mengemas kini permohonan selepas 24 Ogos 2024 sehingga 7 September 2024.
  • Tarikh tamat permohonan adalah pada 23 Ogos 2024.

 

broken image

 

Maklumat Tambahan

  • Graduan Bukan Pendidikan WAJIB menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara dalam talian.
  • Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda pemohon akan dipadankan mengikut kluster mata pelajaran KPM untuk panggilan temu duga
  • Graduan yang lulus temu duga hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Contract of Service (COS) yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dalam tempoh kontrak
  • Surat pengiktirafan ijazah daripada MQA diperlukan semasa menghadiri temu duga
  • Link hebahan SPP: https://www.spp.gov.my/hebahan_sarawak_dg41.html

Para graduan yang tinggal di Sarawak harus tidak lepaskan peluang keemasan ini. Permohonan ini terbuka untuk graduan pendidikan dan bukan pendidikan yang mana memberi peluang lebih ramai lagi graduan untuk berpeluang menjadi pendidik.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda pembaca kasturihijau.com. Semoga berjaya.