Return to site

Jawatan Kosong SPP: Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 (Khas Negeri Sarawak)

kasturihijau.com

· KERJAYA
Jawatan Kosong SPP: Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 (Khas Negeri Sarawak)

Hebahan pengambilan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 lantikan secara kontrak (Interim) di Sarawak bagi tahun 2024. Mohon segera bagi yang mencari-cari peluang pekerjaan. Mohon kongsikan makluman ini kepada rakan-rakan yang mencari-cari peluang kerja sebagai pegawai pendidikan pengajian tinggi di negeri Sarawak.

Pelawaan Jawatan Kosong SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai tenaga pengajar di institusi-institusi pengajian tinggi iaitu Politeknik dan Koleh Komuniti di Sarawak.

Maklumat Jawatan SPP

  • Jawatan : Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
  • Gred Jawatan : DH41
  • Taraf Jawatan : Kontrak (Interim)
  • Gaji Minimum: RM2,289.73 (DH41)
  • Penempatan: Institusi-institusi Pendidikan Tinggi (Politeknik dan Kolej Komuniti) di Sarawak
  • Link Hebahan (Klik)

 

Bidang Yang Diperlukan

Antara bidang yang diperlukan untuk PPPT GRED DH41 (Sarawak) adalah seperti berikut:

  • Fesyen dan pakaian
  • Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Pengurusan Perlancongan
  • Kejuruteraan Awam

Rujuk perincian maklumat dalam gambar di bawah.

 

broken image

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  4. Kelayakan lantikan ke Gred DH41 secara kontrak
  5. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41: RM2,289.73).
  6. Perincian lanjut maklumat taraf pendidikan boleh klik DISINI.
  7. Kelayakan akademik perlu mendapat pengiktirafan MQA. Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut :

8. Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental

9. Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

 

 

Cara Permohonan

  • Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web mySPP seperti berikut
  • Pemohonan perlu dikemaskini secara dalam talian melalui sistem mySPP.
  • Alamat Laman Web : https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php

 

Tarikh Tutup Permohonan

  • Tarikh Tutup : 31 Oktober 2024 (Khamis).
  • Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima.
  • Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

Peringatan Penting:

  • Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. Syarat-syarat dan bidang berkaitan jawatan boleh disemak di sini; (Klik untuk PPPT Sarawak)
  • Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  • Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
  • Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian SPP USC Sarawak
  1. Talian Pengambilan: 082-537 011 / 015 / 017 / 018 / 006
  2. Emel Pengambilan: pengambilansarawak@spp.gov.my

 

broken image

Para graduan yang tinggal di Sarawak harus tidak lepaskan peluang keemasan ini. Permohonan ini terbuka untuk graduan pendidikan dan bukan pendidikan yang mana memberi peluang lebih ramai lagi graduan untuk berpeluang menjadi tenaga pengajar.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda pembaca kasturihijau.com. Semoga berjaya.