Return to site

Jawatan Kosong KKM: Pegawai Perubatan UD43, Farmasi UF41 dan Pergigian UG41

www.kasturihijau.com

· KERJAYA
jawatan kosong KKM pegawai perubatan

Hebahan jawatan kosong di seluruh negeri-negeri di Malaysia iaitu berkenaan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam baru bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mohon segera bagi yang mencari-cari peluang pekerjaan. Mohon kongsikan makluman ini kepada rakan-rakan yang mencari-cari peluang kerja di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Objektif KKM

  • KKM adalah sebuah kementerian yang sangat penting di dalam kerajaan Malaysia. KKM ditubuhkan untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
  • Dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik, KKM telah mempelopori bidang kesihatan dan keselamatan sejagat sejak sebelum merdeka.
  • KKM kini membuka peluang kepada lebih 3000 jawatan kosong kepada pegawai perubatan, farmasi dan pergigian untuk membantu negara menjaga kesihatan sejagat.

Makluman Jawatan Kosong KKM 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh negara pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1.

Pegawai Perubatan Gred UD43 [Kontrak (Interim)]

Kekosongan : 3,200

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)
(a) ) Perubatan dan Pembedahan;

(b) Perubatan/ Medicine.

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

Calon merupakan lantikan kontrak (Contract of Service) berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016 mulai lantikan Bil. 1/2016 (5 Disember 2016) sehingga lantikan Bil.2/2022 (28 Mac 2022) yang telah menamatkan latihan siswazah.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan ijazah dan nombor pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

2. PEGAWAI FARMASI GRED UF41 [KONTRAK (INTERIM)]

Kekosongan : 400

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

(a) Farmasi

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

Calon merupakan lantikan kontrak (Contract of Service) berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016 mulai lantikan Bil. 1/2016 (5 Disember 2016) sehingga kohort lantikan Bil. 4/2022 (21 September 2022) yang telah menamatkan latihan siswazah.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan ijazah dan nombor pendaftaran penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.


3. PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41 [KONTRAK (INTERIM)]

Kekosongan : 350

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

(a) Pergigian; atau

(b) Dental Medicine and Surgery

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

Calon merupakan lantikan kontrak (Contract of Service) berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016 mulai lantikan Bil. 1/2017 (9 Januari 2017) sehingga kohort lantikan Bil. 2/2022 (29 Jun 2022) yang telah menamatkan khidmat wajib.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan ijazah dan nombor pendaftaran penuh dengan Majlis Pergigian Malaysia pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Skim Perkhidmatan Jawatan Kosong

1. Pegawai Perubatan Gred UD43 [Kontrak (Interim)]

  • Gaji Permulaan, UD43: RM3,611.00
  • Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Lokasi kekosongan: Seluruh Malaysia
  • Nama Jawatan seperti berikut: Pegawai Perubatan
  • Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan UD43
jawatan kosong KKM pegawai perubatan

 

2. PEGAWAI FARMASI GRED UF41 [KONTRAK (INTERIM)]

  • Gaji Permulaan, UF41: RM2,740.00
  • Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Lokasi kekosongan: Seluruh Malaysia
  • Nama Jawatan seperti berikut: Pegawai Farmasi
  • Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan UF41

 

jawatan kosong KKM pegawai perubatan

 

3. PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41 [KONTRAK (INTERIM)]

  • Gaji Permulaan, UG41: RM2,844.00
  • Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Lokasi kekosongan: Seluruh Malaysia
  • Nama Jawatan seperti berikut: Pegawai Pergigian
  • Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan UG41

 

jawatan kosong KKM pegawai perubatan

 

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada laman sesawang SPA9. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang SPA9. Dokumen berikut perlu disediakan semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web,  http://spa9.spa.gov.my. Tekan link SPA9 di bawah. Mohon Sekarang.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 31 Julai 2024 (Rabu) jam 11.59 malam.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik demi masa hadapan yang cerah. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.