Return to site

Jawatan Kosong FRIM: Beberapa Kekosongan Jawatan Lantikan Tetap Tahun 2024

kasturihijau.com

· KERJAYA
Jawatan Lantikan FRIM 2024

Hebahan mengenai kekosongan jawatan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi tahun 2024. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Latar Belakang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merupakan salah satu institusi terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di peringkat global. Ditubuhkan pada tahun 1926, FRIM, yang pada asalnya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan, menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya pada tahun 1985, diurus oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 2003, MFRDB dan FRIM dipindahkan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Mulai 1 Oktober 2016, Akta FRIM mula berkuat kuasa, menggantikan MFRDB dengan anggota Institut, termasuk empat wakil sektor korporat untuk memperkukuh usaha komersialisasi. Pada tahun 2023, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah disusun semula menjadi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

 

Objektif Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Antara objektif utama Forest Research Institute Malaysia (FRIM) adalah untuk:

  • Menjana pengetahuan saintifik bagi pemahaman, pengurusan dan penggunaan sumber hutan
  • Mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan dengan penggunaan alat saintifik terkini
  • Mengkaji kepelbagaian biologi bagi menghasilkan produk berguna melalui penyelidikan dan pembangunan yang intensif
  • Memajukan teknologi berkaitan bagi memenuhi keperluan industri perhutanan
  • Mempakejkan hasil penyelidikan dan pembangunan untuk disebar kepada pelanggan
  • Mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan melalui pemindahan teknologi kepada pihak yang berminat
  • Menyediakan perkhidmatan cemerlang untuk memenuhi kepuasan pelanggan
  • Mewujudkan kerjasama strategik dengan agensi tempatan dan antarabangsa
  • Meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan alam sekitar dan pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan

Makluman Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

Jawatan 1

  • Jawatan: AKAUNTAN
  • Gred: WA41
  • Perkhidmatan: TETAP
  • Kekosongan: 1

Jawatan 2

  • Jawatan: PEGAWAI TADBIR 
  • Gred: N41 
  • Perkhidmatan: TETAP
  • Kekosongan: 1

Jawatan 3

  • Jawatan: PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
  • Gred: Q29 
  • Perkhidmatan: TETAP
  • Kekosongan: 8

Jawatan 4

  • Jawatan: PEMBANTU TAMAN/LADANG
  • Gred: G19 
  • Perkhidmatan: TETAP
  • Kekosongan: 1

Jawatan 5

  • Jawatan: PEMBANTU KEMAHIRAN
  • Gred: H19 
  • Perkhidmatan: TETAP
  • Kekosongan: 7

Jawatan 6

  • Jawatan: PEMBANTU OPERASI
  • Gred: N11 
  • Perkhidmatan: TETAP
  • Kekosongan: 2

Syarat-syarat Lantikan

Jawatan : Akauntan Gred WA41

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan Lantikan ke Gred WA41
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiaf oleh Kerajaan.
  • KLIK: PERINCIAN JAWATAN

Jawatan: Pegawai Tadbir N41

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan Lantikan ke Gred N41
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • KLIK: PERINCIAN JAWATAN

Jawatan: Penolong Pegawai Penyelidik Q29

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
  • dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains.
  • Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • KLIK: PERINCIAN JAWATAN

Jawatan: Pembantu Taman/Ladang G19

Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • KLIK: PERINCIAN JAWATAN

Jawatan: Pembantu Kemahiran N19

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • KLIK: PERINCIAN JAWATAN

Jawatan: Pembantu Operasi N11

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatanPentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
  • KLIK: PERINCIAN JAWATAN

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM (https://www.frim.gov.my/ms/kerjaya/) akan diproses. Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT)

broken image

 

 

Semoga berjaya dalam permohonan kali ini.