Return to site

Jawatan Kosong di Jabatan Audit Negara: Juruaudit Gred W41

kasturihijau.com

· KERJAYA
Jawatan Kosong di Jabatan Audit Negara: Juruaudit Gred W41

Hebahan mengenai kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di Jabatan Audit Negara bagi tahun 2024. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja di Jabatan Audit Negara.

Objektif Jabatan Audit Negara

Antara objektif utama Jabatan Audit Negara adalah untuk:

  • Menyediakan laporan audit pada masanya untuk dikemukakan kepada Parlimen/ Dewan Undangan Negeri
  • Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan Laporan secara bebas dan adil
  • Memenuhi keperluan dan harapan daripada pemegang taruh dan Auditi
  • Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan
  • Menjadi Jabatan contoh dalam persekitaran sektor awam setaraf dengan negara maju

 

Makluman Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Jabatan Audit Negara pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1. JURUAUDIT GRED W41

  • Kekosongan : 30
  • Simpanan : 110

 

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan/Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/Keahlian Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan/ Keahlian Penuh Institut Akauntan Malaysia yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/ jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Keperluan bidang yang diperlukan:

  1. Analisa Ekonomi dan Kewangan
  2. Analisis Pelaburan
  3. Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa
  4. Ekonomi dengan Perakaunan;
  5. Ekonomi/ Ekonomi Kewangan;
  6. Kewangan;
  7. Kewangan Antarabangsa;
  8. Kewangan Antarabangsa (Ekonomi Kewangan Antarabangsa);
  9. Kewangan Antarabangsa (Perbankan Antarabangsa dan Luar Persisir);
  10. Kewangan dan Perbankan;
  11. Kewangan dan Perbankan Islam;
  12. Kewangan Islam;
  13. Pengurusan (Kewangan);
  14. Pengurusan (Kewangan);
  15. Pengurusan Kewangan;
  16. Pengurusan Kewangan;
  17. Pengurusan Kewangan Islam;
  18. Pengurusan Pentadbiran;
  19. Pengurusan Perniagaan (Perakaunan);
  20. Pentadbiran Perniagaan;
  21. Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam);
  22. Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)
  23. Pentadbiran Perniagaan (Kewangan);
  24. Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pelaburan);
  25. Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam);
  26. Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa);
  27. Perakaunan (Sistem Maklumat);
  28. Perakaunan dan Analisa Kewangan;
  29. Perakaunan dan Kewangan;
  30. Perakaunan dan Pengajian Perniagaan;
  31. Perakaunan dan Pengurusan Kawalan/ Accounting and Management Control;
  32. Perakaunan dengan Sains Komputer;
  33. Perakaunan Forensik dan Kriminologi Kewangan;
  34. Perakaunan Perniagaan;
  35. Perakaunan/ Akauntansi;
  36. Percukaian;
  37. Sains (Analisis Data);
  38. Sains (Informatik);
  39. Sains Data;
  40. Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian dan Digital Forensik)

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula, selagi permohonan tersebut masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon diminta untuk memastikan pusat temu duga dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Hanya permohonan yang diterima pada atau sebelum tarikh tutup iklan akan diproses.

Skim Perkhidmatan Jawatan Kosong

1. JURUAUDIT GRED W41

Gaji Permulaan, W41: RM2,094.00

Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Lokasi kekosongan: Seluruh Negeri

Nama Jawatan seperti berikut: Juruaudit

Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan W41.

 

Skop Tugas Juruaudit

Antara skop tugas juruaudit adalah:

  • Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

 

broken image

 

broken image

 

Cara Permohonan

Pemohon dikehendaki untuk menghantar dokumen-dokumen yang berkaitan melalui laman sesawang SPA9. Semua permohonan perlu dibuat menerusi laman sesawang tersebut. Sila sediakan dokumen-dokumen berikut semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web, http://spa9.spa.gov.my. Tekan link SPA9 di bawah. Mohon Sekarang.

 

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 18 November 2024 (Isnin) jam 11.59 malam. Rujuk iklan: Iklan Jawatan SPA

 

 

Sila hantar permohonan bagi individu yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang diperlukan. Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dalam mencari peluang pekerjaan yang terbaik demi masa depan yang lebih cerah. Mohon untuk kongsikan informasi ini kepada rakan-rakan yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kami ucapkan selamat maju jaya!