Return to site

Jawatan Kosong MARA: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Seluruh Negeri

kasturihijau.com

· KERJAYA
jawatan kosong guru dg41

Hebahan mengenai pengambilan guru untuk jawatan dalam perkhidmatan awam di institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja guru di institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia

Pelawaan Jawatan Kosong MARA

  • MARA memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

Maklumat Jawatan MARA

  • Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Gred Jawatan : DG41
  • Taraf Jawatan : Kontrak
  • Gaji Minimum: RM2,188.00
  • Gaji Maksimum: RM9,552.00
  • Penempatan: Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia
broken image

 

Subjek atau Bidang Mengajar yang Diperlukan

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Geografi
  • Herba dan Hasilan Semula Jadi
  • Keusahawanan
  • Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kewangan dan Perbankan Islam
  • Matematik
  • Media
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam (Tahfiz)
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • Pengajian Malaysia
  • Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Psikologi
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Reka Bentuk Grafik
  • Sains Kejuruteraan
  • Sains Komputer
  • Sejarah
  • Seni Reka

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Kelayakan lantikan ke Gred DG41 secara kontrak
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00). Perincian lanjut maklumat taraf pendidikan boleh klik DISINI.
  • Kelayakan akademik perlu mendapat pengiktirafan MQA. Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut :
  1. https://www2.mqa.gov.my/mqr/ ; atau
  2. https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
  • Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental;
  • Pemohon turut aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  • Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon); dan
  • Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Cara Memohon

  • Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan;
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web MARA seperti berikut :
  • Alamat Laman Web : https://apps.mara.gov.my/vacancy/
broken image

Tarikh Tutup Permohonan

  • Tarikh Buka : 02 Ogos 2024 (Jumaat)
  • Tarikh Tutup : 23 Ogos 2024 (Jumaat) (Sebelum jam 11:59 malam)
  • Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima.
  • Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

 

Pertanyaan

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh di-e-mel ke urusetiauppbsm.ppp@mara.gov.my.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon, sila mohon dengan kadar segera kerana ada baki 4 hari lagi untuk tempoh tamat. Semoga berjaya.