Return to site

Jawatan Kosong di Majlis Perubatan Malaysia: Pegawai Tadbir N13 dan Penolong Pegawai Tadbir N7

kasturihijau.com

· KERJAYA
Jawatan Kosong di Majlis Perubatan Malaysia: Pegawai Tadbir N13 dan Penolong Pegawai Tadbir N7

Hebahan mengenai kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di Majlis Perubatan Malaysia bagi tahun 2024. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja di Majlis Perubatan Malaysia.

 

Objektif Majlis Perubatan Malaysia

Antara objektif utama Majlis Perubatan Malaysia adalah untuk:

  • Untuk memastikan pengamal perubatan yang berkompeten, sesuai untuk mengamal dan memberi tumpuan kepada keselamatan awam dengan matlamat mencapai ekuiti kesihatan dan meningkatkan hasil kesihatan.
  • Meningkatkan hubungan dan perkongsian Majlis dengan orang awam, profession dan pihak berkepentingan untuk tujuan utama Majlis untuk melindungi kesihatan dan keselamatan orang ramai.
  • Memberi piawaian kecekapan klinikal, keselamatan awam dan kelakuan etika dan memastikan piawaian yang dapat mencerminkan jangkaan orang ramai, profesion dan pihak berkepentingan.

Makluman Jawatan Kosong

Majlis Perubatan Malaysia

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Majlis Perubatan Malaysia pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dihantar kepada pejabat Majlis Perubatan Malaysia.

1. PEGAWAI TADBIR (GRED N13)

  • Kekosongan : 1

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Mempunyai:

i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
  • Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada lima belas (15) tahun dalam bidang berkaitan pengurusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat, hubungan antarabangsa/korporat dan juga pendaftaran.
broken image
broken image

 

broken image

 

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N7)

  • Kekosongan : 1

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Mempunyai:

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
broken image

 

broken image

 

broken image

 

Skim Perkhidmatan Jawatan Kosong

1. PEGAWAI TADBIR (GRED N13)

Gaji Permulaan, N13: RM6,210.00

Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Jenis pelantikan: Kontrak (Contract for service).

Tekan link di bawah untuk perician IKLAN JAWATAN KOSONG.

 

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N7)

Gaji Permulaan, N7: RM 3,810.00

Jenis Skim Perkhidmatan : Pelaksana

Jenis pelantikan: Kontrak (Contract for service).

Tekan link di bawah untuk perician IKLAN JAWATAN KOSONG.

 

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar salinan dokumen-dokumen berikut yang telah siap disusun mengikut turutan berikut:

  1. satu (1) keping gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan)
  2. salinan MyKad dan salinan Sijil Kelahiran.
  3. salinan Kelulusan Akademik (berkaitan permohonan) dan lain-lain dokumen sokongan.
  4. permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini dan mestilah melalui Ketua Jabatan Masing masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.
  5. kesemua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 dan ke atas).
  6. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,

MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA,

Blok B, Aras Bawah, Jalan Cenderasari,

50590 KUALA LUMPUR.

U.P: Pengurus Sumber Manusia

7. Tuliskan NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR.

 

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 14 Disember 2024 (Ahad) jam 11.59 malam. Rujuk iklan: Portal MMC

 

Calon diminta untuk menghantar permohonan sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Hanya permohonan yang diterima pada atau sebelum tarikh tutup iklan akan diproses. Permohonan yang tidak mematuhi permohonan atau tidak lengkap tidak akan diproses

 

 

Sila hantar permohonan bagi individu yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang diperlukan. Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dalam mencari peluang pekerjaan yang terbaik demi masa depan yang lebih cerah. Mohon untuk kongsikan informasi ini kepada rakan-rakan yang sedang mencari peluang pekerjaan. Kami ucapkan selamat maju jaya!