Return to site

Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Pegawai Penerangan Gred S41

kasturihijau.com

· KERJAYA
jawatan kosong pegawai penerangan

Hebahan mengenai kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di Jabatan Penerangan Malaysia bagi tahun 2024. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja di Jabatan Penerangan Malaysia.

Objektif Jabatan Penerangan Malaysia

Antara objektif utama Jabatan Penerangan Malaysia adalah untuk:

  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat terhadap dasar, program dan inisiatif kerajaan.
  • Meningkatkan penerimaan, keyakinan, sokongan dan penglibatan rakyat dalam menjayakan dasar, program dan inisiatif kerajaan.
  • Membantu membina masyarakat yang terhubung, bersatu padu, berilmu dan berintegriti.
  • Membantu merealisasikan dasar, program dan inisatif kerajaan ke arah pembangunan negara yang progresif, dinamik dan makmur bersama.

Makluman Jawatan Kosong

Jabatan Penerangan Malaysia 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1. PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

  • Kekosongan : 15
  • Simpanan : 78

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda/ijazah sarjana muda kepujian/ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

  • Aplikasi Multimedia
  • Bahasa Arab dan Komunikasi
  • Bahasa Inggeris Komunikasi
  • Profesional
  • Bahasa Inggeris Komunikasi/ English Communication
  • Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa;
  • Digital Video
  • Grafik Komunikasi;
  • Industri Multimedia;
  • Kajian/ Analisis/ Pengajian Sosial/Kajian Khidmat Sosial;
  • Kewartawanan dan Sains Politik;
  • Kewartawanan Penyiaran/Journalism & Broadcasting;
  • Komunikasi;
  • Komunikasi (Filem dan Penyiaran);
  • Komunikasi (Komunikasi Pemasaran Bersepadu);
  • Komunikasi (Komunikasi Sosial);
  • Komunikasi (Organisasi);
  • Komunikasi (Pengajian Skrin);
  • Komunikasi (Pengurusan Komunikasi dan Polisi);
  • Komunikasi (Radio dan Televisyen);
  • Komunikasi (Televisyen dan Filem);
  • Komunikasi Antarapersonal;
  • Komunikasi dan Dasar Awam;
  • Komunikasi dan Kesusasteraan Melayu;
  • Komunikasi dan Media;
  • Komunikasi dan Pengajian Media
  • Komunikasi dan Pengajian Melayu;
  • Komunikasi dan Pengurusan Maklumat;
  • Komunikasi dan Sains Politik;
  • Komunikasi Islam;
  • Komunikasi Kemanusiaan;
  • Komunikasi Korporat;
  • Komunikasi Massa;
  • Komunikasi Massa (Kewartawanan);
  • Komunikasi Massa (Penerbitan);
  • Komunikasi Massa (Pengiklanan);
  • Komunikasi Massa (Penyiaran);
  • Komunikasi Massa (Perhubungan Awam);
  • Komunikasi Media Baharu;
  • Komunikasi Multimedia;
  • Komunikasi Pembangunan;
  • Komunikasi Pemujukan;
  • Komunikasi Visual;
  • Komunikasi/ Sebaran Am;
  • Kreatif Multimedia;
  • Lingusitik dan Komunikasi;
  • Media Digital;
  • Media Digital (Seni Digital)/ Seni Digital;
  • Media Inovasi;
  • Media Inovation And Entrepreneurship dan lain-lain

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Skim Perkhidmatan Jawatan Kosong

1.  PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

Gaji Permulaan, S41: RM2,078.00

Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Lokasi kekosongan: Seluruh Negeri

Nama Jawatan seperti berikut: Pegawai Penerangan

Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan S41

Skop Tugas Pegawai Penerangan

Antara skop tugas pegawai penerangan adalah:

  • Sebagai “Focal Point” kementerian dan agensi dalam penyampaian dan penyaluran maklumat diperingkat kementerian, nasional dan antarabangsa.
  • Penyelarasan majlis / program / aktiviti secara kerjasama strategik dengan lain-lain kementerian dan agensi.
  • Melaksanakan program perhubungan awam kerajaan.
  • Membantu pengurusan lawatan rasmi kementerian.
  • Melaksanakan penerbitan-penerbitan bercetak dan digital secara berkala (Majalah, Buku Kecil, Laporan Tahunan, Koleksi Ucapan).
  • Membantu pengurusan acara rasmi kementerian.
  • Menyelaras dan memantau pengurusan aduan, pertanyaan dan khidmat pelanggan.
  • Mengendalikan urusan berkaitan pentadbiran dan kewangan.
  • Memantau dan mengurus isu berbangkit dan penyediaan maklumbalas di media cetak, media elektronik dan media sosial.
  • Merancang dan mambangunkan kandungan kreatif untuk penerbitan konvensional dan digital.
  • Membina hubungan bersama pihak media dan influencer media.
  • Melaksanakan pengurusan media kementerian.
  • Melaksanakan pemantauan berita-berita di media massa dan media sosial.

Cara Permohonan

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada laman sesawang SPA9. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang SPA9. Dokumen berikut perlu disediakan semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web, http://spa9.spa.gov.my. Tekan link SPA9 di bawah. Mohon Sekarang.

 

broken image

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 28 Ogos 2024 (Rabu) jam 11.59 malam. Rujuk iklan: Iklan Jawatan SPA

 

Sila mohon bagi individu yang berkelayakan dalam bidang yang dikehendaki. Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik demi masa hadapan yang cerah. Mohon kongsikan kepada rakan-rakan yang mencari peluang pekerjaan. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.