Return to site

Jawatan Kosong KKM: Pegawai Psikologi (Klinikal) Gred S41

kasturihijau.com

· KERJAYA
Jawatan Kosong KKM Pegawai Psikologi Klinikal

Hebahan mengenai kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tahun 2024. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Objektif Kementerian Kesihatan Malaysia

Antara objektif utama Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk:

  • Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
  • Menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

 

Makluman Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (KLINIKAL)

  • Kekosongan : 17
  • Simpanan : 34

 

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

Hanya calon yang telah memperoleh ijazah sarjana muda/ijazah sarjana muda kepujian/ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Keperluan bidang yang diperlukan:

  • Psikologi Klinikal

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Skim Perkhidmatan Jawatan Kosong

1.  PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (KLINIKAL)

Gaji Permulaan, S41: RM2,281.86

Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Lokasi kekosongan: Seluruh Negeri

Nama Jawatan seperti berikut: Pegawai Psikologi

Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan S41.

Skop Tugas Pegawai Psikologi (Klinikal)

Antara skop tugas pegawai psikologi adalah:

  1. Menyediakan perkhidmatan penilaian psikologi klinikal yang merangkumi penilaian neuroperkembangan, neuropsikologi, fungsi adaptasi, dan psikososial.
  2. Menjalankan penilaian psikologi, menganalisis, dan mentafsir keputusan untuk mengenal pasti isu medicolegal atau forensik berdasarkan rujukan.
  3. Memberi konsultasi mengenai perkhidmatan psikologi klinikal kepada pihak yang merujuk.
  4. Merangka dan menyediakan pelan intervensi psikologi untuk pesakit yang dirujuk.
  5. Memberikan intervensi psikologi kepada pesakit serta keluarga mereka.
  6. Menyampaikan psiko-pendidikan secara individu atau berkumpulan kepada pesakit dan ahli keluarga mereka.
  7. Berperanan aktif dalam pasukan interdisiplin.
  8. Melaksanakan program pengurusan bencana, program latihan, intervensi krisis, dan menjalankan intervensi krisis kepada individu, orang awam, dan perawat.
  9. Menyediakan perkhidmatan Psychological First Aid apabila diperlukan.
broken image

 

Cara Permohonan

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada laman sesawang SPA9. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang SPA9. Dokumen berikut perlu disediakan semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web, http://spa9.spa.gov.my. Tekan link SPA9 di bawah. Mohon Sekarang.

 

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 12 September 2024 (Khamis) jam 11.59 malam. Rujuk iklan: Iklan Jawatan SPA

 

 

Sila mohon bagi individu yang berkelayakan dalam bidang yang dikehendaki. Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik demi masa hadapan yang cerah. Mohon kongsikan kepada rakan-rakan yang mencari peluang pekerjaan. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.