Return to site

Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

kasturihijau.com

· KERJAYA
Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Hebahan mengenai kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di Jabatan Digital Negara bagi tahun 2024. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja di Jabatan Digital Negara.

Objektif Jabatan Digital Negara

Antara objektif utama Jabatan Digital Negara adalah untuk:

  • Menyelaras dan melaksana tatakelola program nasional dan projek pendigitalan kerajaan
  • Menerajui transformasi perkhidmatan digital dan pelaksanaan GovTech berdasarkan pendekatan Whole of Government (WoG) mengikut sektor perkhidmatan
  • Menerajui pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan sepunya digital yang merentas agensi
  • Merancang, mengurus dan menyelaras maklumat strategik dan analitik
  • Menerajui dan melaksana perkhidmatan gunasama infrastruktur digital kerajaan
  • Menerajui perancangan, pembangunan dan pelaksanaan kompetensi dan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat
  • Memberi khidmat runding dan nasihat teknikal berkaitan penggunaan teknologi digital dalam transformasi perkhidmatan digital
  • Melaksanakan pembudayaan teknologi dalam perkhidmatan digital

 

Makluman Jawatan Kosong Jabatan Digital Negara 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di Jabatan Digital Negara pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

  • Kekosongan : 82
  • Simpanan : 228

 

KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian/ Ijazah Sarjana/ Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Keperluan bidang yang diperlukan:

  • Kejuruteraan Perisian
  • Pembangunan Sistem
  • Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian dan Kepintaran)
  • Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • Sains Komputer (Kepintaran Buatan)
  • Sains Komputer (Pembangunan Perisian)
  • Sains Komputer (Sistem Cerdas)
  • Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
  • Teknologi Maklumat (Sistem Cerdas)
  • Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.

SYARAT KHUSUS LANTIKAN

Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama tiga (3) tahun; dan Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

KEPERLUAN TAMBAHAN

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Skim Perkhidmatan Jawatan Kosong

1.  PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

Gaji Permulaan, F41: RM2,315.00

Jenis Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Lokasi kekosongan: Seluruh Negeri

Nama Jawatan seperti berikut: Pegawai Teknologi Maklumat

Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan F41.

 

Skop Tugas Pegawai Teknologi Maklumat

Antara skop tugas pegawai teknologi maklumat adalah:

  • Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

 

broken image

 

broken image

 

Cara Permohonan

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada laman sesawang SPA9. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang SPA9. Dokumen berikut perlu disediakan semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web, http://spa9.spa.gov.my. Tekan link SPA9 di bawah. Mohon Sekarang.

 

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 18 November 2024 (Isnin) jam 11.59 malam. Rujuk iklan: Iklan Jawatan SPA

 

 

Sila mohon bagi individu yang berkelayakan dalam bidang yang dikehendaki. Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik demi masa hadapan yang cerah. Mohon kongsikan kepada rakan-rakan yang mencari peluang pekerjaan. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.