Hebahan mengenai kekosongan jawatan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi tahun 2024. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan dalam Sistem Kerjaya@UKM.
Senarai Jawatan Kosong yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di UKM.
- Pensyarah Farmasi Gred DUF51
- Pensyarah Pergigian Gred DUG51
- Pensyarah Perubatan Gred DU51
- Pensyarah Universiti Gred DS51
- Pensyarah Pergigian Pelatih Gred DUG51P
- Pensyarah Perubatan Pelatih Gred DU51P
- Guru Bahasa DG41
Kriteria Lantikan Pensyarah Universiti Gred DS51
Berikut adalah kriteria lantikan jawatan pensyarah DS51 di UKM, memiliki:
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya:
- menerbitkan tiga (3) penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/WOS atau sebuah buku berwasit terbitan penerbit tersohor; dan
- Telah membentang sekurang-kurangnya satu (1) kertas kerja secara lisan di dalam persidangan dalam bidang pengajian; dan
- imempunyai pengalaman berkaitan dalam bidang yang berkenaan; dan
- PNGK sekurang-kurangnya 3.00/4.00 di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau yang setara dengannya. Penyetaraan PNGK selain daripada skala 4.00 adalah mengikut kelulusan Mesyuarat Senat ke-470 bertarikh 30 Oktober 2020.
Cara Permohonan Jawatan
- Bagi pemohon yang ingin memohon kerjaya di UKM, anda perlu membuat permohonan melalui sistem kerjaya@UKM.
- Klik link https://appsmu.ukm.my/kerjaya/
- Permohonan yang tidak melalui sistem kerjaya@UKM atau mohon luar daripada tempoh tamat tidak akan diproses
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
- Bagi permohonan yang tidak lengkap, ia tidak akan diproses.
- Jika selepas 4 bulan anda tidak mendapat apa-apa jawapan, permohonan anda adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Sila hubungi staff bertugas untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar, Aras 1,
Bangunan Perpustakaan Lingkungan Ke-2
43600 UKM Bangi, Selangor
E-mel: upjakademik@ukm.edu.my
Tarikh Tutup Permohonan
Berikut adalah tarikh tutup permohonan online:
- Tarikh Buka Iklan: 1 Oktober 2024 (Selasa)
- Tarikh Tutup Iklan: 14 Oktober 2024 (Isnin)
Semua pemohon perlu mengisi permohonan secara online seperti yang diarahkan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses. Jika anda tidak mendapat jawapan dalam masa 4 bulan, permohonan anda dianggap tidak berjaya. Semoga berjaya diucapkan kepada semua pemohon!
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih