Return to site

Jawatan Kosong Jabatan Perhilitan: Penolong Pegawai Hidupan Liar G29

kasturihijau.com

· KERJAYA
Jawatan Kosong Jabatan Perhilitan: Penolong Pegawai Hidupan Liar G29

Hebahan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Semenanjung Malaysia kini dibuka. Calon yang berminat disarankan untuk segera memohon. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang juga berminat untuk berkhidmat di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

 

Objektif Jabatan Perhilitan

Antara objektif utama penubuhan Jabatan Perhilitan adalah untuk:

  1. Memperkasa program konservasi hidupan liar menerusi aktiviti pengurusan, penguatkuasaan, pengkayaan dan penyelidikan hidupan liar
  2. Mengekalkan integriti kawasan perlindungan bagi faedah penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estatik, rekreasi dan fungsi ekologi
  3. Meningkatkan pengetahuan, kesedaran, pembangunan modal insan dan penglibatan masyarakat ke arah konservasi hidupan liar
  4. Penjanaan ekonomi melalui aktiviti konservasi hidupan liar
  5. Memperkasakan kepakaran, perkongsian maklumat dan penggunaan teknologi dalam konservasi hidupan liar

 

Makluman Jawatan Kosong

Terdapat kekosongan jawatan di Jabatan Perhilitan pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web SPA9.

1. PENOLONG PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G29

Kekosongan : 1

Simpanan : 32

A) KEPERLUAN BIDANG (DITETAPKAN OLEH KETUA PERKHIDMATAN)

Senarai keperluan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Biologi - Mikrobiologi
  • Biologi Pemuliharaan dan Ekologi
  • Biologi/Sains Biologi
  • Kesihatan Haiwan dan Penternakan
  • Perhutanan
  • Perhutanan Tropika Antarabangsa
  • Sains (Biologi Haiwan)
  • Sains (Pertanian, Perhutanan dan Perikanan)
  • Sains Perhutanan
  • Sains Perhutanan (Taman Alam Semula jadi dan Rekreasi)
  • Sains Veterinar
  • Veterinar
  • Zoologi/Sains Haiwan.

B) SYARAT KHUSUS LANTIKAN

i. Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan

ii. Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap

C) KEPERLUAN TAMBAHAN

  • Hanya calon yang telah memperoleh diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
  • Calon yang melepasi Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) perlu menjalani Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)
  • Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

 

Skim Perkhidmatan Jawatan Kosong

1. PENOLONG PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G29

  • Gaji Permulaan, G29: RM1847.86
  • Jenis Skim Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan Diploma
  • Lokasi kekosongan: Semenanjung Malaysia
  • Nama Jawatan seperti berikut: Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29
  • Tekan link di bawah untuk perician skim perkhidmatan G29

 

Skop Tugas Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29

  • Bertanggungjawab menguruskan sumber kepelbagaian biodiversiti di dalam kawasan perlindungan, menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76/1972, menjalankan aktiviti pengurusan hidupan liar melalui pengurusan hidupan liar secara in-situ dan ex-situ, membangunkan sumber rekreasi exco pelancongan di dalam kawasan perlindungan dan menguruskan program latihan dan kesedaran awam.

Cara Permohonan

Pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada laman sesawang SPA9. Permohonan perlu dibuat melalui laman sesawang SPA9. Dokumen berikut perlu disediakan semasa membuat permohonan.

  • Resume beserta gambar berukuran passport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil-sijil berkaitan

Rujuk laman web, http://spa9.spa.gov.my. Tekan link SPA9 di bawah. Mohon Sekarang.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 26 Ogos 2024 (Isnin) jam 11.59 malam. Rujuk iklan: Iklan Jawatan SPA

 

broken image

 

Sila mohon bagi individu yang berkelayakan dalam bidang yang dikehendaki. Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik demi masa hadapan yang cerah. Mohon kongsikan kepada rakan-rakan yang mencari peluang pekerjaan. Selamat Maju Jaya kami ucapkan.