Return to site

Jawatan Kosong SPA: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

kasturihijau.com

· KERJAYA
jawatan kosong pembantu tadbir

Hebahan jawatan kosong di seluruh negeri-negeri di Malaysia iaitu berkenaan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam baru bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19. Mohon segera bagi yang mencari-cari peluang pekerjaan. Mohon kongsikan makluman ini kepada rakan-rakan yang mencari-cari peluang kerja di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Latar Belakang SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, bertepatan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Sebelum itu, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berada di bawah pentadbiran Inggeris. Dengan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, terbentuklah sebuah pemerintahan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam secara rasmi ditubuhkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Makluman Jawatan Kosong SPA 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan dalam kerajaan di seluruh negara pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan secara email dokumen-dokumen yang diperlukan kepada SPA. Link makluman SPA: Tekan sini

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

  • Kekosongan : 24
  • Gaji: RM2000
  • Lokasi kekosongan dan bilangan jawatan adalah seperti berikut:
  1. Kangar, Perlis: 2
  2. Alor Setar, Kedah: 2
  3. George Town, Pulau Pinang: 2
  4. Ipoh, Perak: 2
  5. Seremban, Negeri Sembilan: 1
  6. Ayer Keroh, Melaka: 1
  7. Johor Bahru, Johor: 2
  8. Kuantan, Pahang: 2
  9. Kuala Terengganu, Terengganu: 1
  10. Kota Bahru, Kelantan: 2
  11. Sandakan, Sabah: 1
  12. Tawau, Sabah: 1
  13. Kuching, Sarawak:2
  14. Sibu, Sarawak: 2
  15. Miri, Sarawak: 1
broken image

 

broken image

 

Bidang Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Syarat Khusus Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelulusan di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
  • Calon memiliki tahap pendidikan tertinggi STPM atau Diploma adalah digalakkan untuk memohon.

Cara Permohonan

Cara-cara permohonan bagi jawatan ini:

  • Para pemohon yang berminat untuk memohon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut :
  1. Resume
  2. Salinan MyKad
  3. Salinan sijil kelahiran
  4. Salinan kelulusan akademik (SPM)
  5. Gambar terkini berukuran pasport (tidak dikembalikan)
  6. Sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas)/ Ketua Kampung/Penghulu/ Penggawa/Pengerusi JKKK.
  • Dokumen yang lengkap tersebut perlu dihantar melalui emel ke alamat emel upsm@spa.gov.my
  • Link iklan SPA: Tekan Disini

ATAU

Anda juga boleh pos atau hantar dokumen tadi ke alamat seperti berikut:

SETIAUSAHA BAHAGIAN

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

ARAS 11, BLOK F1, KOMPLEKS F

NO. 2, LEBUH PERDANA TIMUR A, PRESINT 1

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62000 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit Sumber Manusia)

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tamat Permohonan

Tarikh permohonan adalah di antara 12 Ogos 2024 sehingga 19 Ogos 2024.

 

broken image

Berikut adalah perkongsian daripada kami mengenai jawatan kosong yang sedang dibuka di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Diharap bagi sesiapa yang mencari peluang pekerjaan, menggunakan peluang yang ada ini untuk mendapat tempat dan perkerjaan yang terbaik untuk anda semua. Selamat Maju Jaya.

Baca Lagi: