Return to site

Jawatan Kosong SPP: Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH29, DH41 dan DH47 Semenanjung Malaysia dan Sabah

kasturihijau.com

· KERJAYA
Jawatan Kosong SPP: Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH29, DH41 dan DH47

Hebahan mengenai pengambilan bagi jawatan pegawai pendidikan pengajian tinggi (PPPT) Gred DH41 dalam perkhidmatan awam di institusi-institusi pengajian di seluruh Semenanjung dan Sabah, Malaysia bagi tahun 2024. Segera mohon bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berminat bekerja tenaga pengajar di institusi-institusi pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

 

Pelawaan Jawatan Kosong SPP

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai tenaga pengajar di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh Semenanjung dan Sabah, Malaysia.
broken image

 

Maklumat Jawatan SPP

  • Jawatan : Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
  • Gred Jawatan : DH47, DH41 dan DH29
  • Taraf Jawatan : Kontrak (Interim)
  • Gaji Minimum: RM2,188.00 (DH41)
  • Gaji Maksimum: RM9,552.00 (DH41)
  • Penempatan: Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di Semenanjung Malaysia, dan Sabah

 

Bidang Yang Ditawarkan

PPPT GRED DH47 (SEMENANJUNG)

  • Kejuruteraan
  • Perkapalan

PPPT GRED DH41 (SEMENANJUNG)

  • Teknologi Makanan
  • Sains Makanan
  • Fesyen dan Pakaian
  • Rekabentuk Grafik
  • Media Digital
  • Kejuruteraan Mekanikal(Automotif)
  • Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Kejuruteraan Elektrik danElektronik
  • Rekabentuk Dalaman
  • Senibina
  • Teknologi Maklumat (Perisian)
  • Agro Teknologi
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Logistik dan Pengangkutan
  • Perkhidmatan Bangunan
  • Kewangan dan Perbankan
  • Terapi Kecantikan
  • Animasi 3D
  • Animasi 2D
  • Kejuruteraan Mekanikal(Pertanian)
  • Kejuruteraan Mekanikal(Pembuatan)
  • Akuakultur
  • Mekatronik
  • Pengurusan Acara

PPPT GRED DH41 (SABAH)

  • Pengurusan Pelancongan
  • Agro Teknologi
  • Perakaunan

PPPT GRED DH29 (SEMENANJUNG)

  • Terapi Kecantikan dan SPA

 

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Kelayakan lantikan ke Gred DH41 secara kontrak
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41: RM2,289.73). Perincian lanjut maklumat taraf pendidikan boleh klik DISINI.
  • Kelayakan akademik perlu mendapat pengiktirafan MQA. Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut :
  1. https://www2.mqa.gov.my/mqr/ ; atau
  2. https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
  • Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental
  • Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Cara Permohonan

  • Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang dimiliki tepat dengan bidang / subjek yang diiklankan
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web mySPP seperti berikut
  • Pemohonan perlu dikemaskini secara dalam talian melalui sistem mySPP.
  • Alamat Laman Web : https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php

 

broken image

 

Tarikh Tutup Permohonan

  • Tarikh Buka : 03 September 2024 (Selasa)
  • Tarikh Tutup : 17 September 2024 (Selasa).
  • Permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sah sahaja akan diterima.
  • Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

Peringatan Penting:

  • Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. Syarat-syarat dan bidang berkaitan jawatan boleh disemak di sini; (Klik untuk PPPT Semenanjung; PPPT Sabah)
  • Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  • Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
  • Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian bagi urusan pengambilan: 03-88934019/ 03-88934020

Selamat Maju Jaya!