
Adakah anda mencari peluang kerjaya yang menarik di Malaysia? Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kini menawarkan jawatan kosong kepada individu berkelayakan. Jangan lepaskan peluang ini dan kongsikan maklumat ini kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan untuk tahun 2025!
Jawatan Kosong
- PENSYARAH, GRED DS51, Jabatan Sains Kemanusiaan - Klik Syarat-syarat
- PENSYARAH, GRED DS45, Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi- Klik Syarat-syarat
- PENSYARAH, GRED DS45- Jabatan Sains Kemanusiaan, Klik Syarat-syarat
Kelayakan Pemohon
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kepujian (minimum Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Syarat kelayakan akademik terperinci bagi setiap jawatan boleh dirujuk di laman rasmi USAS (Rujuk Iklan).

- Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta ‘curriculum vitae’ (c.v) yang lengkap berserta maklumat seperti berikut:
i) Butiran peribadi.
ii) Butiran untuk dihubungi.
iii) Kelayakan akademik.
iv) Pengalaman yang berkaitan.
v) Senarai penerbitan dan penyelidikan.
- Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
i) Kad Pengenalan atau Pasport.
ii) Sijil Kelahiran.
iii) Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip. (SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD)
iv) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.
- Jika anda berminat untuk memohon jawatan ini, sila buat permohonan sebelum tarikh tamat iaitu sebelum 11 April 2025 .
- Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Aras 2, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar
Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-773 2253, 05-773 2250, 05-773 2340
Sila membuat permohonan dengan segera bagi sesiapa yang berminat. Semoga perkongsian ini membuka ruang dan peluang untuk para pembaca kasturihijau.com lebih mudah mencari pekerjaan kelak. Selamat Maju Jaya!