Return to site

Jawatan Kosong UTHM: Pegawai Tadbir N41 dan Pegawai Psikologi S41

kasturihijau.com

· KERJAYA
jawatan kosong UTHM

Hebahan jawatan kosong di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Johor berkaitan kumpulan pentadbiran dan pelaksana bagi tahun 2024/2025. Mohon segera bagi yang mencari-cari peluang pekerjaan. Mohon kongsikan makluman ini kepada rakan-rakan yang mencari-cari peluang kerja di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM).

Objektif UTHM

Antara objektif penubuhan UTHM adalah seperti berikut:

  1. Meningkatkan imej universiti melalui hubungan antara dua hala bersama pelbagai agensi, jabatan dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti dan kerjasama.
  2. Menyelaras dan menguruskan aktiviti-aktiviti perhubungan awam, hubungan media, dan promosi
  3. Menguruskan perjalanan setiap majlis anjuran Universiti dengan mengikut piawaian yang ditetapkan.
  4. Menyelaras pengumpulan serta penyebaran maklumat universiti yang tepat dan terkini
  5. Menyediakan konsep reka bentuk grafik yang selaras dengan keperluan dan imej universiti.

 

Makluman Jawatan Kosong UTHM 2024

Terdapat beberapa kekosongan jawatan di UTHM pada tahun 2024. Permohonan untuk jawatan ini perlu dilakukan di laman web kerjaya UTHM.

1. PEGAWAI TADBIR (PENGKHUSUSAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA) N41

  • Taraf Penjawatan : Tetap
  • Kekosongan: 1
  • Gaji Permulaan : RM2,325.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00
  • Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda dan memenuhi syarat tambahan atau Bekas Tentera
  • Bidang Kelayakan: Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi

 

broken image

 

 

2. PEGAWAI PSIKOLOGI S41

  • Taraf Penjawatan: Kontrak
  • Kekosongan : 2
  • Gaji Permulaan: RM2,281.86
  • Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225.00
  • Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
  • Bidang Kelayakan : Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi

 

Download Maklumat Jawatan Pegawai Psikologi

broken image

 

 

3. PEMBANTU KESELAMATAN KP19

  • Taraf Penjawatan : Tetap
  • Kekosongan : 1
  • Gaji Permulaan : RM 1,360.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00
  • Kelayakan Lantikan: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

  • Taraf Penjawatan : Tetap/Kontrak
  • Kekosongan : 2 tetap, 8 kontrak
  • Gaji Permulaan: RM 1,205.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00
  • Kelayakan : Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

5. PEMBANTU OPERASI (PEMANDU) N11

  • Taraf Penjawatan: Kontrak
  • Kekosongan: 1
  • Gaji Permulaan : RM 1,216.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00
  • Kelayakan: Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Permohonan Jawatan UTHM

  • Permohonan penjawatan perlu dilakukan di atas talian sahaja
  • Permohonan perlu lengkap dan mengikut arahan seperti dalam sistem.
  • Calon yang dipanggil interview perlu membawa dokumen yang original semasa temuduga
  • Jika ada sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada perjawatan@uthm.edu.my.
  • Permohonan dilakukan di link berikut: http://perjawatan.uthm.edu.my/
broken image

 

 

Tarikh Tutup Permohonan

  • Permohonan atas talian dibuka dari 1 Ogos 2024 - 14 Ogos 2024, Rabu, sebelum 3 petang.
  • Calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga.
  • Calon yang tidak dihubungi selepas 9 bulan dianggap permohonan TIDAK BERJAYA.

 

Berikut adalah maklumat jawatan kosong yang dapat dikongsikan untuk pembaca sekalian. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pembaca sekalian.

Baca lagi: