Return to site

Terkini: Jawatan Kosong di NAHRIM, MARDI, LKIM dan Lembaga Getah Malaysia

www.kasturihijau.com

· KERJAYA
broken image

Hebahan jawatan kosong di Seluruh Malaysia berkenaan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam baru bagi kementerian dan jabatan yang terlibat. Mohon segera bagi yang mencari-cari peluang pekerjaan.

Jabatan kerajaan yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. LKIM: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
  2. NAHRIM: Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
  3. MARDI: Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia
  4. LGM: Lembaga Getah Malaysia

Kekosongan Jawatan di LKIM

  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Ketika ini, LKIM sedang membuka kekosongan jawatan yang boleh diisi bagi yang berkelayakan.
  • Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Mohon di LKIM di E-Pengambilan melalui butang hijau di bawah.
  • Tarikh Tutup Permohonan Online: 02 Julai 2024 (Selasa)

 

Senarai Kekosongan Jawatan di LKIM adalah seperti berikut.

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41

2. JURUAUDIT W41

3. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29

4. PELUKIS PELAN /PENOLONG JURUTERA JA29/30

5. PENOLONG AKAUNTAN W29

6. PENOLONG JURUAUDIT W29

7. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N29/30

9. PEMBANTU AKAUNTAN W19

10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

11. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19

12. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

13. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

14. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N19

15. PEMBANTU OPERASI N11

16. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

17. PEMANDU KENDERAAN H11

broken image

 

Kekosongan Jawatan di NAHRIM

  • Penubuhan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bermula daripada hasil kajian Delft Hydraulics pada tahun 1990. Di dalam laporan kajian tersebut diperakukan penubuhan pusat penyelidikan dengan keupayaan untuk menjalankan kajian simulasi fizikal dan analisa hidrodinamik, proses morfologi dan ekologi serta interaksinya dengan aktiviti manusia. NAHRIM telah membuka kekosongan jawatan untuk tahun 2024.
  • Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Mohon di NAHRIM di laman SPA9 melalui butang hijau di bawah.
  • Tarikh Tutup Permohonan : 24 Jun 2024 (Isnin) jam 11:59 malam

Senarai Kekosongan Jawatan di NAHRIM adalah seperti berikut.

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (SAINS GEOMATIK) - 3 Kekosongan

2. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (SAINS GUNAAN) - 3 Kekosongan

broken image

Kekosongan Jawatan di MARDI

  • MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971. Kini, MARDI sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi bagi yang berkelayakan.
  • Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mohon di E-career MARDI melalui butang hijau di bawah. 
  • Tarikh Tutup Permohonan : 07 Julai 2024 (Ahad)

 

Senarai Kekosongan Jawatan di MARDI adalah seperti berikut.

1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

4. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

6. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

7. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29

8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (PEREKA) N19

10. PEMBANTU KEMAHIRAN H19

11. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

12. PEMANDU KENDERAAN H11

13. PEMBANTU AWAM H11

 

broken image

Kekosongan Jawatan di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

  • Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kini, LGM sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi bagi berkelayakan.
  • Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM). Mohon di googleform LGM melalui butang hijau di bawah.
  • Tarikh tutup permohonan : 24 Jun 2024 (Isnin)

Senarai Kekosongan Jawatan di LGM adalah seperti berikut.

1. AKAUNTAN GRED W48

Jadual Gaji : Minimum - Maksimum : RM5,161.00 - RM11,690.00

broken image

Semua pemohon perlu mengisi permohonan online seperti yang diarahkan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses. Jika anda tidak mendapat jawapan dalam masa 3 bulan, permohonan anda dianggap tidak berjaya.