Hebahan jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, untuk beberapa kekosongan jawatan yang boleh anda pohon. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Latar Belakang Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang juga dulu dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur.
- Kampus asal universiti ini beroperasi di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999.
- Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.
Tugas-tugas Pensyarah Universiti di Malaysia
- Seorang pensyarah universiti di Malaysia bertanggungjawab dalam tugasan seperti pengajaran, penyelidikan, khidmat masyarakat, serta pengurusan dan pentadbiran akademik. Tugas utama mereka termasuk mengendalikan kuliah, menyediakan bahan pengajaran, serta membimbing pelajar dalam tugasan dan penyelidikan. Selain itu, mereka perlu menjalankan penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing, menerbitkan hasil kajian dalam jurnal akademik, dan mendapatkan geran penyelidikan.
- Pensyarah juga terlibat dalam program khidmat masyarakat, memberikan konsultasi berdasarkan kepakaran, dan menyertai aktiviti pembangunan masyarakat. Dari segi pentadbiran, mereka turut menyumbang kepada pengurusan program akademik, menyertai mesyuarat jabatan, dan menguruskan pelajar pasca siswazah. Pembangunan profesional adalah penting, dan pensyarah sentiasa mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui latihan dan kerjasama antarabangsa. Kesemua tugas ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memajukan pendidikan, memperkasa penyelidikan, dan memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat.
Tarikh Tutup Permohonan : 9 Julai 2024
Senarai Jawatan Kosong yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di UniMAP.
1. PENSYARAH UNIVERSITI DS45/DS51
FAKULTI KOMPUTERAN: Cybersecurity, networking, computer science, software engineering
Cara Permohonan
- Bagi pemohon yang ingin memohon kerjaya di UMPSA, anda perlu membuat permohonan melalui sistem e-Recruitment UMPSA.
- Link sistem UMPSA : https://apps.ump.edu.my/ercmt/cms/ercmt/index.jsp
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
- Bagi permohonan yang tidak lengkap, ia tidak akan diproses.
- Jika selepas 3 bulan anda tidak mendapat apa-apa jawapan, permohonan anda adalah dianggap tidak berjaya.
Semua pemohon perlu mengisi permohonan secara online seperti yang diarahkan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses. Jika anda tidak mendapat jawapan dalam masa 3 bulan, permohonan anda dianggap tidak berjaya. Semoga berjaya diucapkan kepada semua pemohon!
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih