Return to site

Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2024

www.kasturihijau.com

· KERJAYA

 

jawatan kosong unimap

Hebahan jawatan kosong di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk beberapa kekosongan jawatan yang boleh anda pohon. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Latar Belakang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). Penubuhannya telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 25 Julai 2001. Setelah lima tahun bertapak di bumi Perlis, universiti ini telah dimasyhurkan semula daripada KUKUM kepada UniMAP pada 1 Februari 2007.
  • Misi UniMAP adalah untuk melahirkan insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara.

Tugas-tugas Pensyarah Universiti UniMAP

  1. Pensyarah universiti di Malaysia memainkan peranan penting dalam pengajaran, penyelidikan, khidmat masyarakat, serta pengurusan dan pentadbiran akademik. Mereka bertanggungjawab mengendalikan kuliah, menyusun bahan pengajaran, dan membimbing pelajar dalam tugasan serta penyelidikan.
  2. Di samping itu, pensyarah perlu menjalankan penyelidikan dalam bidang kepakaran, menerbitkan hasil kajian dalam jurnal akademik, dan memperoleh geran penyelidikan. Mereka juga aktif dalam program khidmat masyarakat, memberikan konsultasi berdasarkan kepakaran, dan terlibat dalam pembangunan komuniti.
  3. Dari sudut pentadbiran, pensyarah menyumbang kepada pengurusan program akademik, menyertai mesyuarat jabatan, dan menguruskan pelajar pasca siswazah. Pembangunan profesional sentiasa diberi penekanan, dengan pensyarah terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan serta kerjasama antarabangsa. Semua tanggungjawab ini dilaksanakan dengan matlamat untuk memajukan pendidikan, memperkukuh penyelidikan, dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada masyarakat.

 

jawatan kosong unimap

 

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2024

Senarai Jawatan Kosong yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di UniMAP.

1. PENSYARAH UNIVERSITI DS45/DS51

2. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DV41

3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

4. PEGAWAI TADBIR N41

5. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41

6. PEGAWAI PERUBATAN UD43

7. PEGAWAI PERGIGIAN UG41

8. PEGAWAI KEWANGAN W41

9. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29

10. PENOLONG AKAUNTAN W29

11. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19

12. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19

13. PEMANDU KENDERAAN H11

14. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

Cara Permohonan

  • Bagi pemohon yang ingin memohon kerjaya di UniMAP, anda perlu membuat permohonan melalui sistem eRecruit UniMAP SAHAJA.
  • Link sistem UniMAP : https://www.unimap.edu.my/index.php/ms/
  • Link sistem eRecruit UniMAP : https://iushrm.unimap.edu.my/eRecruit/
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  • Bagi permohonan yang tidak lengkap, ia tidak akan diproses.
  • Jika selepas 3 bulan anda tidak mendapat apa-apa jawapan, permohonan anda adalah dianggap tidak berjaya.

Semua pemohon perlu mengisi permohonan online seperti yang diarahkan. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diproses. Semoga berjaya diucapkan kepada semua pemohon!

 

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih