Tahukah anda apakah itu jurnal predatory atau pemangsa? Istilah ini adalah tidak asing bagi ahli akademik dan siswazah di kolej dan universiti. Bagaimanapun, masih ada lagi antara para penyelidik dan siswazah yang mengambil ringan isu jurnal pemangsa ini. Keburukan utama jika kita menggunakan jurnal pemangsa untuk menghantar hasil penyelidikan kita, adalah kredibiliti kita sebagai para penyelidik dan sarjana sudah tergugat dan lemah. Pada artikel kali ini, pengarang ingin membantu para siswazah dan sesiapa yang baru menceburi bidang penyelidikan dan penulisan untuk memahami apa itu predatory jurnal dan keburukannya pada anda dan institusi pengajian anda.
Apakah itu Jurnal Pemangsa atau Predatory?
- Jurnal pemangsa dikenali sebagai jurnal penipuan, memperdaya atau pseudo-jurnal yang mendakwa dirinya sebagai jurnal ilmiah yang sah (legit), tetapi menyalahgunakan etika dan amalan penerbitan yang betul.
- Beberapa bentuk amalan penerbitan jurnal pemangsa adalah mendakwa secara palsu untuk memberikan semakan pewasit (peer review), menyembunyikan maklumat tentang Caj Pemprosesan Artikel (APC), ahli lembaga editorial palsu dan pelanggaran hak cipta atau etika ilmiah yang lain.
Jeffrey Beall, seorang pustakawan daripada University of Colorado di Denver yang mencipta istilah "penerbit pemangsa" menyatakan bahawa penerbit pemangsa adalah organisasi yang "menerbitkan jurnal palsu untuk mengeksploitasi model akses terbuka di mana pengarang membayar." Penerbit pemangsa ini adalah tidak jujur dan tidak mempunyai ketelusan.
Ciri-ciri Jurnal Pemangsa
Berikut adalah ciri-ciri jurnal atau penerbit pemangsa
- Reka bentuk halaman yang sangat simple
- Kesilapan tatabahasa dan maklumat yang mencurigakan
- Pautan Doi terputus
- Pengindeksan yang palsu seperti Impact Index, ISJN, atau CiteFactor
- Jaminan manuskrip diterima sangat tinggi dan masa proses semakan tidak realistik (sangat cepat)
- Senarai isu dan artikel sukar dicari
- Tiada pernyataan tentang etika atau gabungan dengan organisasi industri
- Laman web jurnal dihoskan oleh sumber yang tidak diketahui
- Jurnal tidak mempunyai dasar yang jelas mengenai penarikan balik, pembetulan/errata atau plagiarisme (Cadangan ICMJE)
- Penyerahan manuskrip melalui e-mel adalah tidak profesional dan bukannya sistem penyerahan dalam talian (online submission)
- Caj pemprosesan dan/atau penerbitan artikel yang sangat rendah dan murah
- Maklumat tentang isi kandungan artikel akan diarkibkan dan dipelihara tidak ada
- Skop jurnal tidak jelas
Apakah itu Jurnal yang Sah atau Legitimate?
Jurnal ilmiah atau sah ialah jurnal berkala yang mengandungi artikel yang ditulis oleh pakar dalam bidang pengajian tertentu. Jurnal tulen harus mempunyai editor dan lembaga editorial yang berdaftar dengan laman etika dan menepati syarat piawai penerbitan melalui COPE, STM, atau OASPA. Maklumat pada laman web adalah sahih, dengan butiran contact penuh dan boleh dikesan, disemak pewasit (peer review), dan menerbitkan maklumat mengenai caj APC, prosedur, hak cipta dan lesen secara terbuka dipaparkan di laman web mereka.
Jurnal yang sah disebarkan melalui pangkalan data penyelidikan (perkhidmatan abstrak dan pengindeksan akademik) seperti JSTOR, PubMed, EBSCOhost, ProQuest (malah Google Scholar).
Contoh Senarai Jurnal Pemangsa
Untuk mengetahui senarai jurnal pemangsa dengan lebih terperinci, anda boleh akses laman sesawang berikut:
1. Beall's List of Potential Predatory Journals and Publishers (click Beall's list here)
2. Journals and publishers that falsely claim they are indexed in DOAJ (click excel sheet here)
Cara Cepat Kenalpasti Jurnal Pemangsa
Untuk mengetahui cara mudah mengenalpasti jurnal anda pilih untuk manuskrip anda itu adalah legit atau predatory, anda boleh semak nama jurnal dan penerbit di laman sesawang di bawah. Jika nama jurnal atau publisher tersebut ada di dalam laman sesawang berikut, kemungkinan besar jurnal yang anda pilih itu adalah legit atau sah. Anda boleh terus untuk buat submission atau penghantaran di jurnal tersebut.
- Direktori Jurnal Akses Terbuka (DOAJ) - senarai jurnal akses terbuka yang disahkan memenuhi kriteria DOAJ (Link DOAJ disini)
- Laporan Petikan Jurnal Clarivate (JCR) - (Link JCR- semak melalui institusi)
- Web of Science Journal List (Wos)-(Link Wos list)
- Adakah penerbit terdiri daripada ahli Jawatankuasa Etika Penerbitan (COPE)? Ahli-ahli COPE mematuhi kod etika untuk Editor jurnal. Semak disini, https://publicationethics.org/members
- Adakah penerbit terdiri daripada ahli Persatuan Antarabangsa Penerbit STM (Saintifik, Teknikal dan Perubatan)? Ahlinya mengikut piawaian profesional dan etika yang tinggi. Semak disini: https://www.stm-assoc.org/membership-2/our-members/
- Jika mereka adalah penerbit akses terbuka, adakah mereka ahli Persatuan Penerbit Ilmiah Akses Terbuka (OASPA)? Ahli terikat amalan penerbitan standard dan ketelusan. Semak disini: https://www.oaspa.org/membership/current-members/
- Sila uji pautan DOI artikel jurnal itu - Jika ia rosak dan palsu, mungkin jurnal itu adalah jurnal pemangsa. Semak doi : https://www.doi.org/
Kaedah Elak Tertipu dengan Jurnal Pemangsa
Untuk mengelakkan anda tertipu dengan jurnal pemangsa, ada 3 langkah yang perlu lakukan iaitu think, check dan submit. Anda boleh buat senarai semak berikut supaya anda tidak mudah terpedaya dengan jurnal pemangsa semasa menghantar manuskrip anda.
Keburukan Menerbitkan Artikel di Jurnal Pemangsa
- Merosakkan kredibiliti anda dan kredibiliti jabatan dan pusat penyelidikan anda.
- Penerbit pemangsa boleh menggunakan artikel anda sebagai leverage untuk mengenakan bayaran selanjutnya.
- Profil anda akan dieksploitasi contohnya, dengan menambahkan nama anda pada senarai editor, walaupun anda belum bersetuju untuk menjadi editor.
- Anda kehilangan peluang untuk menerbitkan penyelidikan anda dalam jurnal yang sah dan berkredibiliti
- Melibatkan kos kewangan untuk pengarang/institusi
- Kesan negatif terhadap kedudukan dan reputasi penyelidikan
- Tiada jaminan artikel anda akan dirujuk dan jangka hayat artikel lebih pendek.
- Kemungkinan ia boleh menyebabkan tindakan undang-undang daripada pihak jabatan atau pusat penyelidikan
Sumber Rujukan:
https://libanswers.brunel.ac.uk/faq/52606
https://beallslist.net/#update
https://guides.libraries.indiana.edu/predatory/detect
Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui artikel-artikel yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.