Tahun 2024 sudah berada pada penggal kedua, yang mana tahun hadapan adalah tahun baharu iaitu tahun 2025. Jadi, susunan perancangan aktiviti dan kerja adalah sangat penting mengikut tarikh-tarikh yang tertentu. Disini kami kongsikan senarai cuti umum, cuti perayaan, kalendar kuda dan cuti sekolah untuk tahun 2025.
Apakah itu Cuti Umum Malaysia?
Cuti umum di Malaysia merujuk kepada hari-hari di mana seluruh negara atau negeri tertentu mengambil cuti rasmi. Pada hari-hari ini, kebanyakan sektor perniagaan, institusi, dan pejabat kerajaan ditutup. Contoh cuti umum termasuk Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidilfitri, dan Tahun Baru Cina. Di Malaysia, bekerja pada cuti umum dilindungi oleh undang-undang di bawah Akta Kerja 1955.
Apakah itu Cuti Sekolah Malaysia?
Cuti sekolah pula merujuk kepada tempoh di mana pelajar tidak perlu menghadiri kelas di sekolah. Cuti ini termasuk cuti penggal, cuti perayaan, dan cuti panjang seperti cuti akhir tahun. Waktu cuti sekolah biasanya ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kalendar Cuti Umum Malaysia 2025
Laman ini mengandungi kalendar cuti umum Malaysia, cuti perayaan dan cuti sekolah berserta kalendar kuda untuk tahun 2025. Tarikh berikut mungkin tertakluk kepada perubahan pihak kerajaan. Sila semak laman web ini untuk maklumat terkini berkenaan cuti. Skrol ke bawah untuk melihat senarai jadual cuti, dan kalendar kuda untuk seluruh negara.
Senarai, Jadual dan Kalendar Cuti Umum Malaysia dan Cuti Sekolah Tahun 2025
Berikut adalah senarai cuti umum Malaysia, cuti perayaan dan cuti sekolah yang telah disusun untuk tahun 2025. Untuk takwim cuti persekolahan tahun 2025, anda boleh rujuk takwim yang dikeluarkan oleh KPM untuk tahun 2025 di hujung artikel ini.
- 1 Januari – Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
- 14 Januari – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
- 27 Januari – Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
- 29 Januari – Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
- 30 Januari – Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)
- 17 Januari – 16 Februari – Cuti Sekolah
- 1 Februari – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
- 11 Februari – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
- 2 Mac – Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)
- 4 Mac – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
- 18 Mac – Hari Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
- 31 Mac – Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
- 1 April – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
- 18 April – Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)
- 26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
- 1 Mei – Hari Pekerja (Semua Negeri)
- 12 Mei – Hari Wesak (Semua Negeri)
- 17 Mei – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
- 22 Mei – Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)
- 30 Mei – Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah sahaja)
- 31 Mei – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah sahaja)
- 1 Jun – Hari Gawai (Sarawak)
- 2 Jun – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
- 2 Jun – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
- 6 Jun – Hari Arafah (Terengganu)
- 7 Jun – Hari Raya Haji (Semua Negeri)
- 15 Jun – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)
- 27 Jun – Awal Muharram (Semua Negeri)
- 7 Julai – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
- 12 Julai – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
- 22 Julai – Hari Sarawak (Sarawak sahaja)
- 30 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)
- 31 Julai – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
- 24 Ogos – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)
- 31 Ogos – Hari Kebangsaan (Semua Negeri)
- 16 September – Hari Malaysia (Semua Negeri)
- 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)
- 30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan sahaja)
- 4 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)
- 11 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)
- 20 Oktober – Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak sahaja)
- 7 November – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)
- 11 Disember – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
- 24 Disember – Cuti Hari Krismas (Sabah sahaja)
- 25 Disember – Hari Krismas (Semua Negeri)
Takwim Persekolahan Tahun 2025
Berikut adalah takwim akademik untuk semua negeri-negeri di Malaysia merujuk kepada Kumpulan A ; Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dan Kumpulan B; Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Berikut tadi adalah senarai, jadual, kalendar kuda, dan takwim akademik untuk cuti umum semua negeri di Malaysia dan cuti sekolah untuk tahun 2025. Untuk itu, anda boleh merancang aktiviti, dan percutian anda dan keluarga untuk tahun hadapan. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca kasturihijau.com. Sila kongsikan kepada kenalan dan sahabat handai yang mungkin memerlukan maklumat ini pada masa akan datang.