Merokok merupakan satu tabiat yang telah terbukti memudaratkan kesihatan. Di Malaysia, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan kadar perokok dengan memperkenalkan kawasan larangan merokok yang lebih meluas. Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk melindungi kesihatan perokok malah juga memastikan persekitaran yang lebih sihat bagi masyarakat umum terutama bagi golongan bukan perokok. Kawasan larangan merokok yang diperkenalkan kini merangkumi pelbagai tempat awam yang menjadi tumpuan ramai. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan senarai tempat larangan merokok yang terbaru.
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)
Akta ini merujuk kepada peruntukan bagi perkara-perkara yang melibatkan dengan kawalan penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu yang bebas daripada pengaruh apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya.
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ini telah mula dikuatkuasakan mulai 1 Oktober 2024
Senarai Tempat Larangan Merokok di Malaysia
Berikut adalah senarai tempat larangan merokok di Malaysia.
- Pusat hiburan atau teater kecuali kasino
- Kawasan hospital atau klinik
- Lif atau tandas awam
- Bangunan dobi
- Tempat makan
- Kedai berhawa dingin
- Bangunan hentian pengangkutan awam
- Kawasan premis kerajaan
- Bangunan parlimen
- Kompleks membeli belah
- Kawasan lapangan terbang kecuali zon merokok
- Kawasan tempat latihan khidmat negara
- Menara cerapan, tapak perkhemahan
- Kawasan institusi pendidikan dan pendidikan tinggi
- Kawasan stesen minyak
- Bangunan atau tempat awam untuk tujuan keagamaan
- Bangunan tempat kerja
- Kawasan taman asuhan kanak-kanak
- Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium
- Kawasan perpustakan
- Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kenderaan
- Di dalam bas sekolah
- Kaunter perkhidmatan awam
- Kawasan kompleks sukan
- Kafe internet
- Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
- Di dalam mana-mana kenderaan awam
- Mana-mana kawasan dan bangunan yang menggunakan aktiviti perhimpunan
Antara kawasan larangan merokok yang telah diumumkan oleh kerajaan termasuk tempat awam seperti restoran, taman awam, dan hentian pengangkutan awam. Ini selaras dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Langkah ini juga turut merangkumi bangunan kerajaan, bangunan dobi, kawasan premis kerajaan, hospital, serta sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kawasan ini ditetapkan bagi memastikan golongan bukan perokok tidak terdedah kepada asap rokok yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk penyakit paru-paru dan jantung.
Penguatkuasaan peraturan ini dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Denda yang dikenakan terhadap perokok yang melanggar undang-undang ini adalah tinggi dengan kadar RM5,000. Ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam memastikan peraturan ini dipatuhi sepenuhnya.
Larangan Merokok Individu Yang Lahir Bermula 1 Januari 2007 dan Ke Atas
Dalam akta ini, larangan merokok produk pengganti tembakau bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya. Dalam akta ini, Fasal 18 menyatakan tiada seorang pun yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya:
- Dibolehkan merokok apa-apa produk pengganti tembakau; atau
- Dibolehkan menggunakan apa-apa peranti merokok dengan apa-apa bahan merokok.
Mana-mana orang yang melanggar kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit (RM500) atau diperintahkan untuk melaksanakan suatuperintah khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001.
Rasional Penguatkuasaan Akta Larangan Merokok
- Usaha kerajaan untuk memperluas kawasan larangan merokok bukan sekadar bertujuan menghukum perokok. Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk mengurangkan kadar merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Statistik menunjukkan bahawa merokok adalah punca utama pelbagai penyakit kronik seperti kanser paru-paru, strok, dan serangan jantung. Dengan memperkenalkan kawasan larangan merokok, kerajaan berharap dapat mengurangkan beban kesihatan negara yang ditanggung akibat rawatan penyakit berkaitan merokok.
- Selain itu, kawasan larangan merokok juga bertujuan untuk melindungi generasi muda daripada terpengaruh dengan tabiat merokok. Dengan mengehadkan akses kepada rokok di kawasan awam, terutama di tempat yang sering dikunjungi oleh golongan remaja dan kanak-kanak, kerajaan berharap dapat mengurangkan risiko mereka mula merokok pada usia muda. Langkah ini juga adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk mencapai matlamat "Generasi Penamat Rokok" (Generational End Game; GEG) bagi generasi yang lahir pada 1 Januari 2007.
- Walaupun peraturan kawasan larangan merokok telah dikuatkuasakan, masih terdapat cabaran dalam memastikan pematuhannya sepenuhnya. Penguatkuasaan yang konsisten dan kesedaran awam yang tinggi adalah kunci untuk memastikan inisiatif ini berjaya.
- Program pendidikan dan kempen kesedaran mengenai bahaya merokok juga perlu diteruskan untuk memastikan orang ramai memahami rasional di sebalik penguatkuasaan kawasan larangan ini.
Kesimpulannya, kawasan larangan merokok di Malaysia adalah satu langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk semua. Walaupun ia menimbulkan pelbagai reaksi, usaha ini sebenarnya memberikan manfaat jangka panjang kepada kesihatan masyarakat. Dengan kerjasama semua pihak, Malaysia boleh mencapai matlamat untuk mengurangkan bilangan perokok dan seterusnya membentuk generasi yang lebih sihat dan bebas daripada bahaya rokok. Semoga perkongsian maklumat ini membuka mata semua pihak tentang penggubalan akta mengenai kesalahan merokok di tempat awam. Semoga bermanfaat.