Sebagai orang Melaka, sungguh tidak lengkap rasanya jika tidak berkongsi tempat makan terbaik di sekitar Melaka. Salah satu kegemaran di sini ialah keunikan western food, yang terkenal dihidangkan dengan portion yang banyak, sos yang lazat dan cara masak yang menyelerakan. Terdapat banyak kedai yang menyediakan hidangan ini di Melaka, tetapi memilih kedai yang sesuai dengan citarasa anda bolehmenjadi suatu cabaran. Saya ingin mencadangkan lima tempat makan yang terbaik di Melaka untuk mencuba western food yang power dan padu.
Keunikan Western Food
Western food dikenali dengan kepelbagaian dan keunikan cita rasa serta cara penyediaan. Ia sering menggunakan teknik memasak seperti bakar, panggang, dan kisar, dengan penekanan pada keaslian dan penyediaan yang menarik. Western food juga terkenal dengan penggunaan bahan-bahan premium dan kombinasi rasa yang berbeza, seperti pencampuran sos manis dan masam. Di Melaka, terdapat pelbagai menu yang ditawarkan iaitu chicken chop, lamb chop, chicken grill, fish & chip, french fries, nasi goreng chicken chop dan nasi goreng lamb chop dan macam-macam lagi. Jika anda singgah ke Melaka, anda boleh datang ke kedai-kedai yang kami senaraikan seperti di bawah. Kami yakin, anda tidaka akan menyesal.
Port Makan Best Western Food
Jika anda singgah di Melaka, anda pasti tertanya-tanya di manakah tempat makan yang menghidangkan juadah yang sedap dan lazat. Kami ingin mencadangkan anda singgah di kedai yang menjual aneka makanan western food. Jika anda singgah ke Melaka untuk makan western food ini, anda pasti akan datang lagi sebab makanan yang dihidangkan memang sedap, portion banyak dan sangat puas hati. Berikut adalah senarai kedai yang menjual western food terbaik di sekitar melaka.
1. Pak Maon Western Melaka, Ujong Pasir
- Lokasi: Lot 239, Jalan Semabok Mukim Ujong Pasir
- Hubungi Owner Kedai: 011-1617 0135
- Link Fb: Pak Maon Western Melaka
2. Hawau Kitchen, Durian Tunggal
- Lokasi: DT26 jln perniagaan Gangsa 1 Pusat perniagaan, Jalan Gangsa, Kampung Gangsa, 76100 Durian Tunggal, Melaka
- Hubungi: 019-882 9566
- Link fb: Hawau Kitchen
3. Ukhwah Kitchen, Bukit Piatu
- Lokasi: NO. 30, Jalan BPM 4, Taman Bukit Piatu Mutiara , Malacca City, Malaysia
- Link Fb: Ukhuwah Kitchen
4. Ghumah Cafe, Bandar Hilir
- Lokasi : Mahkota Square, G12, Jalan Pm 3, Banda Hilir, 75100 Melaka
- Phone: 011-3718 3829
- Link fb: Ghumah cafe
5. Kadir's Cafe, Alor Gajah
- Lokasi : SP 46 JALAN SUNGAI PETAI PERMAI 2 UTAMA TAMAN SUNGAI PETAI PERMAI, Alor Gajah, Malaysia
- Hubungi Owner: 010-659 0807
- Link fb : Kadir cafe
Review Kedai Makan Western Food Di Melaka
- Kedai-kedai makan ini menawarkan pelbagai hidangan, dengan menu utamanya adalah makanan barat.
- Berdasarkan ulasan di Facebook, pelanggan sangat berpuas hati dengan makanan yang disajikan dan memberikan ulasan yang positif kepada kedai ini.
- Berdasarkan maklum balas pelanggan, kedai ini terkenal dengan tahap kebersihan yang terpuji dan bersih. Kawasannya luas dengan banyak meja dan kerusi, sesuai untuk anda yang datang dalam kumpulan besar atau bersama keluarga. Kanak-kanak dan orang tua juga selesa dibawa ke sini kerana suasana kedai yang mesra pelanggan.
- Pemilik kedai juga sangat peramah dan baik hati. Anda boleh merancang untuk ke sini bersama keluarga semasa cuti sekolah atau cuti umum. Jika anda ke Melaka, jangan lupa singgah di kedai ini
Mai singgah!
Sumber dan Kredit: Kadir's Cafe, Ghumah cafe, Ukhwah kitchen, Hawau kitchen, dan Pak Maon Western Melaka