Return to site

Port Makan Best Melaka: 5 Kedai Asam Pedas yang Syok

www.kasturhijau.com

· INFORMASI
kedai makan asam pedas best melaka

Sebagai orang melaka, sejujurnya tidak seronok rasanya jika tidak berkongsi port makan best yang ada di serata melaka. Melaka terkenal dengan lauk asam pedas yang dimakan bersama nasi, ulaman dan ikan masin. Sememangnya melaka banyak tempat makan yang menghidangkan asam pedas ini. Tapi bagaimana anda mahu pilih kedai yang sesuai dengan citarasa anda. Saya ingin mencadangkan anda satu port makan best di melaka, jika anda mahu rasa asam pedas melaka yang piaw.

Apakah itu Lauk Asam Pedas Ikan Tenggiri?

Lauk asam pedas tenggiri adalah antara hidangan popular orang Malaysia. Asam pedas tenggiri asalnya adalah hidangan tradisional orang Melayu yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Lauk asam pedas ini adalah sejenis berkuah yang terdiri daripada bahan-bahan asas iaitu ikan tenggiri, asam jawa, cili, serai, daun limau purut, lengkuas, dan bawang merah. Hidangan ini terkenal dengan rasa masam dan pedas yang padu dan sangat enak dimakan bersama nasi, ulam dan ikan masin.

kedai makan asam pedas best melaka

 

 

Port Makan Best Asam Pedas

Jika anda singgah di Melaka, anda pasti tertanya-tanya di manakah tempat makan yang menghidangkan juadah yang sedap dan lazat. Kami ingin mencadangkan anda singgah di kedai makan yang menjual makan tengah hari seperti lauk asam pedas tenggiri. Jika anda singgah ke Melaka untuk makan lauk asam pedas tenggiri ini, anda pasti akan datang lagi sebab lauk dan makanan yang dihidangkan memang sedap dan puas hati. Berikut adalah senarai kedai asam pedas terbaik di sekitar melaka.

1. Asam Pedas Claypot LimaBeradik.

  • Lokasi: No28, Jln PM5, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.
broken image

 

2. Asam Pedas Selera Kampung

  • Alamat: G2 jln PM3 mahkota Square Plaza Mahkota, Banda Hilir, 75000 Melaka
broken image

 

 

3. Asam Pedas Melayu Melaka Gerai N0.4

  • Alamat: 5, Jalan Tun Abdul Razak, Taman Muzaffar Shah, 75450 Melaka
broken image

 

4. Asam Pedas Dyan

  • Alamat: Route 5,Lot 234, 75200, Melaka
broken image

 

5. Asam Pedas Claypot Dahliea Ria

  • Alamat: 108, Jalan Laksamana 6, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

 

broken image

 

 

 

Review Kedai dan Makanan

  • Kedai ini menawarkan pelbagai makanan dan hidangan, dan menu utama adalah set nasi putih dan asam pedas ikan tengggiri, daging tetel dan ayam. Selain itu, kedai turut menyediakan lauk asam pedas ikan pari, ikan kembung, isi ikan merah, isi jenahak, jenahak kepala, dan jenahak ekor. Kesemua lauk dimasak di atas claypot dan dihidangkan kepada pelanggan. Berdasarkan review facebook kedai, pelanggan sangat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan dan memberi review yang bagus kepada kedai.
  • Berdasarkan kepada maklumat pelanggan juga, kedai ini mempunyai tahap kebersihan yang terpuji dan bersih. Kawasan yang luas dan banyak meja dan kerusi serta kemudahan jika anda datang ramai atau sekeluarga. Kanak-kanak dan orang tua juga sesuai dibawa disini kerana suasana kedai adalah mesra pelanggan. Owner kedai juga sangat peramah dan baik hati.
  • Anda boleh merancang untuk ke sini dengan famili waktu-waktu cuti sekolah atau public holiday. Jika anda ke Melaka, jangan lupa singgah di kedai-kedai ini.
broken image
broken image
broken image
broken image
kedai makan asam pedas best melaka

 

Kredit: Owner Kedai Makan

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih