Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang masyhur dengan masakan daging salai di Malaysia. Contohnya, itik salai masak lemak cili padinya terkenal di serata Malaysia, sehingga orang daripada negeri lain sanggup datang untuk makan itik salai daripada negeri ini. Sebagai mana negeri Melaka terkenal dengan lauk asam pedas, Negeri Sembilan pula terkenal dengan lauk itik salai masak lemak cili api. Rasanya adalah sangat sedap lagi mantap.
Apakah itu Lauk Itik Salai Masak Lemak ?
Salai merupakan suatu teknik tradisional yang digunakan dalam masakan untuk memastikan daging tahan lebih lama. Teknik ini menggunakan asap pada daging kerana pada waktu itu tiada kaedah penyimpanan moden ketika dahulu. Negeri Sembilan terkenal menggunakan teknik ini dalam masakannya, terutama dalam masak lemak cili api kerana teknik salai pada daging seperti itik, daging lembu, ayam dan lain-lain telah memberi rasa yang berlainan dan sedap kepada masakan. Lauk itik salai masak lemak cili api adalah sangat terkenal di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, di serata Negeri Sembilan ini bagaimana kita mahu kenalpasti kedai yang menyediakan lauk itik salai yang sedap dan tidak dapat dilupakan.
Port Makan Best Itik Salai Masak Lemak Cili Api
Jika anda singgah di Negeri Sembilan, anda pasti tertanya-tanya di manakah tempat makan yang menghidangkan juadah yang sedap dan memukau. Kami ingin mencadangkan anda singgah di kedai makan yang menjual lauk itik salai masak lemak cili api ini. Berikut adalah senarai kedai makan masak lemak cili api di sekitar Negeri Sembilan.
1. Zaini Salai House, Kuala Pilah
- Lokasi: Tepi Jalan Lepas Ulu Bendol Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- Restoran ni terletak berhadapan dengan Hutan Lipur Ulu Bendul. Persekitaran restoran ini memang menenangkan. Kalau anda pergi Sungai di Hutan Lipur Ulu Bendul jangan lupa singgah Zaini Salai House.
2. Induk Salai, Pedas Linggi.
- Alamat: Kampung Batu 4 Pedas, Pedas, Malaysia.
- Kedai makan ini senang untuk dicari kerana bertempat disusur keluar tol pedas linggi. Keluar ke kiri, anggaran 50 meter di sebelah kanan anda jumpa kedai makan ini.
3. Restoran Itik Salai Masthar, Nilai
- Lot 655, 3265, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
- Untuk carian waze, sila guna Itik Salai Masthar Nilai.
4. Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd
- Alamat: Wisma PBNS, P/3, 102, Jln Zaaba, Rahang Kechil, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
5. Aunty Aini’s Garden Cafe
- Alamat:Batu 16, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Review Kedai dan Makanan
- Kedai ini menawarkan pelbagai makanan dan hidangan, dan menu utama adalah set nasi putih dan masak lemak cili api daging salai, masak lemak cili api itik salai, masak lemak cili api cendawan kukur, masak lemak cili api ayam kampung salai, masak lemak cili api ikan sembilang salai, lawar terung, gulai siput sedut, kerutuk/rendang daging, tempoyak daun kayu, gulai jangek, gulai udang galah dan macam-macam lagi.
- Berdasarkan review facebook kedai, pelanggan sangat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan dan memberi review yang bagus kepada kedai.
- Berdasarkan kepada maklumat pelanggan juga, kedai ini mempunyai tahap kebersihan yang terpuji dan bersih. Kawasan yang luas dan banyak meja dan kerusi serta kemudahan jika anda datang ramai atau sekeluarga. Kanak-kanak dan orang tua juga sesuai dibawa disini kerana suasana kedai adalah mesra pelanggan. Owner kedai juga sangat peramah dan baik hati.
- Anda boleh merancang untuk ke sini dengan famili waktu-waktu cuti sekolah atau public holiday. Jika anda ke Negeri Sembilan, jangan lupa singgah di kedai-kedai ini.
Kredit: Zaini Salai House, Aunty Aini’s Garden Cafe , Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd, Restoran Itik Salai Masthar, Induk Salai
Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih