Return to site

Viral Resepi Kek Coklat Moist Meleleh

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
resepi kek coklat meleleh

Kek coklat moist adalah salah satu kek kegemaran ramai kerana kelazatan rasanya dan teksturnya yang lembut. Jika anda pergi ke kedai-kedai kek, pasti kek coklat moist menjadi salah satu kek yang dijual kerana rasa kek coklat ini memang digemari ramai. Namun, kek ini sebenarnya mudah untuk dibuat sendiri di rumah dan agak simple berbanding resepi kek lain. Oleh itu, dalam artikel ini, kami kongsikan cara masak kek coklat moist yang menjadi kegilaan ramai ini.

Keunikan Kek Coklat Moist

Kek coklat moist memiliki keunikan yang tersendiri yang menjadikannya pilihan kegemaran ramai. Pertama, teksturnya yang lembut dan lembap membezakan kek ini daripada kek coklat biasa. Setiap gigitan memberikan sensasi yang lazat, tidak terlalu kering atau padat, tetapi cukup lembap dan cair di mulut.Rasa coklat yang kaya dan pekat menambahkan dimensi kelazatan yang luar biasa. Kek ini biasanya dibuat dengan menggunakan serbuk koko berkualiti tinggi atau coklat masakan, yang memberikan rasa coklat yang kuat dan memuaskan.

Selain itu, kek coklat moist sering kali dihiasi dengan topping rice coklat, krim keju, atau lapisan coklat cair yang menambah kemewahan pada penampilannya. Ada juga yang menambahkan bahan-bahan tambahan seperti kacang, buah-buahan, atau krim untuk memberikan variasi rasa dan tekstur. Tambahan lagi, kek ini sesuai untuk dihidangakan di pelbagai acara, dari majlis harijadi hingga perayaan hari raya. Ia mudah disediakan dan boleh dinikmati oleh semua peringkat usia. Kombinasi kelembapan, rasa yang kaya, dan pelbagai pilihan topping menjadikan kek coklat moist sebagai salah satu kek yang paling digemari dan sukar untuk dilupakan.

 

 

 

Resepi Kek Coklat Moist

Berikut adalah cara-cara menyediakan kek coklat moist yang padu dengan bahan-bahan yang mudah disediakan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (gunakan krimer sejat atau gunakan full cream dutch lady)
  • 1 mug susu pekat
  • 1 mug serbuk koko
  • Setengah mug gula pasir (kisar halus)
  • 4 biji telur A atau B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 setengah mug tepung naik sendiri (perlu diayak dulu) .

Cara-cara masak kek coklat moist:

  1. Campurkan semua bahan kecuali tepung.
  2. Blend atau kacau sampai sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
  3. Tapiskan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan minyak atau butter.
  4. Kukus selama sejam atau sampai kek masak. Tutup dengan aluminium foil or plastik wrap semasa kukus.

Bahan-bahan untuk penyediaan topping kek coklat moist:

  • Setengah mug susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara penyediaan topping kek coklat moist:

  1. Campurkan susu pekat dan serbuk koko, kacau di atas api dan gunakan api kecil sampai sebati.
  2. Kemudian masukkan butter dan kacau-kacau sampai larut dan tutupkan api.
  3. Siap dan letakkan topping kek di atas kek, dan taburkan coklat rice di atas kek.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Owner resepi

broken image

Berikut adalah resepi kek coklat moist yang ingin kami kongsikan kepada para pembaca sekalian. Dengan perkongsian resepi ini, diharap dapat menjadi rujukan mudah dan pantas kepada anda bagaimana cara masak kek coklat moist ini. Selamat mencuba.