Return to site

Resepi Kek Gula Hangus yang Legend

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
kek gula hangus

Kek gula hangus adalah salah satu kek legend yang sudah lama dijadikan hidangan masyarakat Malaysia. Kek ini adalah kek kegemaran turun temurun kerana kelazatan rasanya dan teksturnya yang kenyal. Bagaimanapun, tidak banyak kedai yang menjual kek gula hangus ini, kecuali anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Oleh itu, dalam artikel ini, kami kongsikan cara masak kek gula hangus yang lagend ini.

Asal Usul Kek Gula Hangus

Kek gula hangus atau kek sarang semut memiliki asal usul yang kaya dengan pengaruh budaya dari berbagai negara di Asia Tenggara. Kek ini popular di Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara lain seperti Brunei. Nama "sarang semut" diberikan kerana tekstur kek yang berongga dan berlapis, menyerupai sarang semut. Proses pembuatan gula hangus atau karamel adalah teknik asal yang ditemukan dalam banyak tradisi kulinari di seluruh dunia. Kek ini dikatakan kek lagend kerana resepi kek ini antara resepi paling lama. Kek sarang semut sering disajikan dalam acara-acara khusus, perayaan, dan sebagai hidangan penutup yang lazat seisi keluarga.

 

Keunikan Kek Gula Hangus

Keunikan kek gula hangus atau kek sarang semut meliputi beberapa aspek, seperti rasa karamel yang khas dengan rasa yang lazat dan manis dari gula hangus, serta tekstur unik berongga seperti sarang semut yang memberikan pengalaman makan berbeza. Aroma menggoda daripada gula hangus menciptakan aroma harum yang khas dan menarik, sementara warna coklat keemasan dari karamel membuat kek ini nampak menyelerakan. Proses pembuatannya yang unik, melibatkan pencampuran gula hangus dengan adunan, menghasilkan kek yang berbeza daripada kek biasa. Kombinasi rasa manis, aroma karamel, dan tekstur lembut berongga membuat kek ini sangat istimewa.

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kek gula hangus:

  • 4 biji telur (Gred A)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar butter
  • Esen vanilla
  • 1/4 cawan susu pekat manis (kalau tidak mahu terlalu manis boleh buat 1 cawan saja)

Cara-cara untuk memasak kek gula hangus adalah seperti berikut:

  1. Masak gula dalam periuk sehingga mencair kemudian masukan 1 cawan air panas perlahan-lahan.
  2. Kemudian, masukkan butter dan sejukkan sebentar.
  3. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, kemudian ayak ketiga-tiga bahan.
  4. Pukul telur sampai kembang
  5. Masukkan susu ke dalam telur, pukul sekali lagi sehingga sebati sehingga adunan nampak pekat.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
  7. Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga rata.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  9. Kukus selama 1 jam untuk pastikan adunan masak atau tidak.
  10. Cucuk adunan pakai lidi atau chopsticks. Kek sudah masak apabila adunan tidak melekat.
  11. Kek sarang semut boleh dihidangkan.

Kredit: Bonda Kakak

broken image

Baca lagi:

Berikut tadi adalah resepi kek gula hangus yang dikongsikan untuk pembaca kasturihijau.com. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.