Return to site

Resepi Lazat Kek Lapis Cheese Sarawak Viral

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Kepada penggemar kek, anda semestinya pernah merasa kek lapis Sarawak. Kek lapis Sarawak adalah sejenis kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis khas. Kek lapis Sarawak adalah sangat terkenal bukan sahaja di Sarawak, namun ia juga terkenal di Semenjung Malaysia.

Ramai antara pembaca pasti menggemari kek lapis ini. Bagaimanapun, kek lapis ini mempunyai pelbagai perisa, antaranya kek lapis butterscoth, kek lapis red velvet, kek lapis tiramisu, kek lapis pandan coklat, kek lapis coklat chip dan kek lapis coklat almond. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara penyediaan kek lapis Cheese. Kek lapis cheese merupakan salah satu favorit penulis sendiri.

Kenali Kek Lapis Cheese Sarawak

  • Kek lapis cheese Sarawak adalah sejenis kek lapis yang mempunyai lapisan keju. Ia adalah gabungan antara kek lapis tradisional dan keju, yang menghasilkan rasa yang kaya dan tekstur yang lembut. Kek ini biasanya mempunyai beberapa lapisan, dengan setiap lapisan diisi dengan campuran keju, seperti keju krim atau keju cheddar.
  • Kek lapis cheese ini sememangnya popular di Malaysia, dan sering disajikan semasa majlis-majlis perayaan atau sebagai pencuci mulut istimewa. Kek ini boleh mempunyai pelbagai perisa dan reka bentuk bergantung kepada kreativiti pembuat kek.

 

Resepi Kek Lapis Cheese Sarawak

Bahan-bahan diperlukan untuk penyediaan kek lapis cheese :

  • Gunakan 250g butter
  • 15g ovalet
  • 50g gula halus
  • 6 biji telur ayam gred B
  • 250g cream cheese tatura @ Royal Victoria
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 200g susu pekat
  • 25g coffeemate
  • 50g serbuk aiskrim vanilla
  • 50g horlicks
  • 50g whipping cream
  • 160g tepung pau/hongkong yang telah diayak
  • 1 sudu besar air perahan lemon
  • 80ml pewarna putih
  • 250g cheddar cheese yang telah diparut
  • 125g roti cheese nabati yang telah dihancurkan
  • saiz loyang saiz 7× 7
broken image

 

 

Cara-cara Resepi Kek Lapis Cheese Sarawak

  1. Setiap lapisan 100g dicampur dengan 1 sudu besar roti cheese nabati, simpan dalam loyang, dan taburkan cheese parut atas adunan.
  2. Bakar 10 minit pada suhu 180°C untuk lapisan pertama, dan guna api atas bawah dan letakkan loyang di rak tengah.
  3. Lapisan kedua dan terakhir guna api atas sahaja, bakar selama 7 minit pada suhu 150°C bergantung kepada oven masing-masing, letak loyang dirak paling bawah sekali.
  4. Ulang proses melapis sampai habis bancuhan kek, dan tunggu setelah 30 minit selepas bakar, baru keluarkan dari loyang
  5. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk.
  6. Keesokan hari, kek boleh dipotong
  7. Selamat mencuba.

Kredit: Empunya resipi

Untuk mendapat gambaran cara pembuatan kek lapis cheese ini, anda boleh ikuti video yang disediakan. Bagaimanapun, bahan yang digunakan adalah sedikit berbeza. Anda boleh ubahsuai resepi mengikut citarasa anda. Selamat mencuba.

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.