Return to site

Cara Buat Kek Batik Strawberi Indulgence dan Coklat yang Mudah dan Sedap

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Ramai antara kita suka kepada manisan sebagai pelengkap selera. Kek batik adalah kek manisan yang paling senang dibuat, tidak memerlukan ketuhar, anda perlu ada peti ais sahaja untuk buat kek batik ini. Kek batik ini telah viral di kalangan orang Malaysia dan diolah dengan pelbagai resepi yang sangat menyelerakan. Disini, saya akan menerangkan cara-cara anda boleh buat kek batik strawberi indulgence dan kek batik coklat.

Resepi Kek Batik Strawberi Indulgence

Bahan-bahan Resepi Kek Batik Strawberi

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 paket biskut marrie
  • 1 butter 250 gram
  • 4 biji telur
  • Setengah tin susu pekat
  • 500 gm strawberry chocolate compound
  • Bekas loyang 7 inchi
  • 200 gram whipping cream anchor
  • 250 gram cream cheese
  • Gula castor 4 sudu
  • Strawberry emulco 1 tea spoon

Bahan-bahan strawberi coklat indulgence:

  • 300 gram white chocolate
  • 1 tea spoon strawberry emulco
  • 30 ml susu segar
  • 250ml whipping cream
  • Gelatin 2 tea spoon (air sebanyak 5 sudu besar dan didihkan)

A. Cara-cara penyediaan kek batik strawberi indulgence:

  1. Panaskan butter sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut.
  2. Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
  3. Jika sudah pekat, tutup api, biarkan dalam 2-3 minit, kemudian baru masukkan biskut.
  4. Gaulkan dan isi dalam bekas
  5. Mampatkan biskut.
  6. Isi dalam peti sejuk dalam 30- 40 minit

B. Cara-cara buat cream cheese :

  1. Whipping cream anchor dan cream cheese dipukul kembang dengan gula castor dan strawberry emulco.
  2. Tuang atas kek dan bekukan kek dalam peti ais 1 jam

C. Cara-cara penyediaan cream strawberi indulgence:

  1. Masukkan bahan-bahan diatas kecuali whiping cream dan gelatin
  2. Larutkan kedua bahan-bahan sampai ianya mencair
  3. Pukul sampai rata dan baru masukkan whipping cream dan gelatin (gelatin 2 tea spoon dalam 5 sudu besar air, dipanaskan)
  4. Tuang atas kek batik tadi.
  5. Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam.
broken image

Resepi Kek Batik Coklat

Bahan-bahan kek batik coklat

Anda perlu sediakan bahan-bahan seperti di bawah ini :

  • 1 paket biskut marrie (guna yang 600gram)
  • 1 ketul butter (250 gram)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan nestum
  • 1 cawan air masak
  • 1/2 cawan gula

Cara-cara membuat kek batik coklat:

  1. Masak butter dengan api yang sangat slow.
  2. Kemudian, masukkan milo dan serbuk koko serta susu pekat
  3. Bila agak-agak sudah mendidih, masukkan telur
  4. Akhir sekali, masukkan air dan kacau sehingga agak pekat dan jangan terlalu pekat
  5. Tutup api, masukkkan nestum dan patah-patahkan biskut
  6. Kacau sampai sebati
  7. Kemudian, masukkan dalam loyang atau bekas dan mampatkan semampatnya
  8. Akhir sekali, simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum dimakan

Selamat mencuba. Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui artikel-artikel yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.