Return to site

5 Tanda-tanda Keracunan Makanan dan Kuman yang Sering Menyebabkan Keracunan Makanan

www.kasturihijau.com

· KESIHATAN
sebab keracunan makanan

Baru-baru ini, sering kita dengar kes keracunan makanan di sekolah dan kedai-kedai makan yang boleh membawa kepada kemudaratan dan kematian kepada pesakit. Minggu lalu, terdapat 82 individu mengalami keracunan makanan selepas menikmati sarapan di Gombak. Selain itu, 24 pelajar dirawat di hospital akibat keracunan makanan di Jempol. Kesedaran mengenai penyebab berlakunya keracunan makanan adalah sangat penting. Justeru itu, artikel kali ini ingin berkongsi maklumat umum berkenaan penyebab keracunan makanan, gejala, dan kuman-kuman yang menyebabkan berlakunya keracunan makanan.

Apakah itu Keracunan Makanan?

  • Keracunan makanan adalah suatu penyakit dengan pelbagai gejala yang disebabkan oleh makanan yang tercemar disebabkan oleh penyajian makanan yang tidak bersih, peralatan yang tidak bersih atau tangan yang tidak dicuci, baik berpunca daripada penyedia atau dari pesakit sendiri.

Penyebab kepada Keracunan Makanan

Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah seperti berikut.

  1. Makanan telah ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama iaitu melebihi dari 4 jam.
  2. Makanan tidak dimasak dengan sempurna dan betul
  3. Makanan tidak disimpan dengan baik (dengan cara mencampurkan makanan yang mentah bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  4. Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  5. Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
  6. Makanan disediakan oleh orang sedang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.

Jenis-jenis Kuman dan Bahan Kimia yang Menyebabkan Keracunan Makanan

Kebanyakan keracunan makanan dapat dikesan dengan salah satu daripada sebab-sebab utama berikut:

  • Bakteria

Bakteria adalah penyebab keracunan makanan yang paling lazim. Contoh bakteria yang berbahaya adalah seperti:

  1. Escherichia coli
  2. Salmonella
  3. Shigella
  4. Listeria
  5. Cholera adalah penyebab terbesar keracunan makanan serius di Malaysia
  6. Campylobacter dan C. botulinum (botulisme) berpotensi untuk mengancam nyawa
  • Parasit

Parasit yang sering menyebabkan keracunan makanan adalah seperti berikut.

  1. Toxoplasma adalah parasit yang paling sering dilihat dalam kes keracunan makanan. Ia biasanya ditemui dalam bekas buangan kucing. Bagi yang mempunyai sistem imun yang lemah dan kandungan wanita hamil boleh menghidap komplikasi yang serius.
  • Virus

Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh virus.

  1. Norovirus juga dikenali sebagai virus Norwalk, menyebabkan lebih 19 juta kes keracunan makanan setiap tahun. Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh membawa maut.
  2. Virus Hepatitis A juga disebarkan melalui makanan dan air.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun
  1. Kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kerang dan siput
  • Bahan Kimia dan Logam Berat

Bahan kimia dan logam berat boleh menyebabkan keracunan makanan dan ketoksikan pada tubuh manusia.

  1. Racun serangga dan racun rumpai.
  2. Tembaga, raksa dan plumbum.
  3. Kaca
penyebab keracunan makanan

 

Jenis-jenis Makanan yang Mudah Tercemar

Jangkitan Salmonella

  • Telur, ayam, ikan dan susu, sayur mentah dan air

Jangkitan E.coli

  • Daging, produk mentah, kekacang dan air

Jangkitan Shigella

  • Dipindahkan daripada pengendali makanan atau serangga perosak seperti lalat

Botulism

  • Makanan dalam tin atau khinzir dan ham

Listeria

  • Makanan mentah atau sayur-sayuran,buah-buahan, daging, susu atau produk tenusu yg tidak dipasturkan.

Tanda-tanda Anda Terkena Keracunan Makanan

  • Simptom keracunan makanan berbeza berdasarkan sumber pencemaran yang mempengaruhi makanan. Kebanyakan jenis keracunan makanan akan memberi satu atau lebih tanda-tanda berikut:
  1. Loya
  2. Muntah
  3. Cirit-birit atau cirit-birit berdarah
  4. Kesakitan dan kekejangan perut
  5. Demam
  • Tanda dan simptom boleh bermula dalam beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar, atau mungkin bermula beberapa hari kemudian. Penyakit yang disebabkan oleh keracunan makanan secara umumnya berlangsung dari beberapa jam hingga beberapa hari.
broken image

Cara Mengelakkan Anda daripada Terkena Keracunan Makanan

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan adalah amalkan langkah-langkah berikut.

  • Sentiasa menjaga kebersihan
  • Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
  • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
  • Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
  • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga, makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran
  • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
  • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk atau peti sejuk beku
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
  • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan dan berbungkus
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
  • Hindari dari kedai makan yang kotor

 

broken image

Diharap maklumat daripada artikel ini dapat memberi kesedaran kepentingan menjaga kebersihan dan memilih makanan yang baik dan telah dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.

Sumber: KKM dan Public Health

Jangan lupa subscribe www.kasturihijau.com untuk mengetahui artikel-artikel yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih.