Kenderaan pickup truck (4x4) kini semakin popular di Malaysia. Kenderaan ini mempunyai banyak kelebihan, seperti tahan lasak, boleh membawa muatan yang banyak, sesuai digunakan di jalan-jalan yang berbukit, berair, berlumpur dan di kawasan yang sukar ditembusi dengan kereta jenis biasa. Kereta ini memang tahan lasak dan apabila musim banjir, kita boleh lihat banyak kereta ini digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Jadi, tidak pelik di mana permintaan terhadap kereta jenis 4x4 ini mendapat permintaan tinggi dari tahun ke tahun. Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan apakah jenis-jenis kereta pickup truck (4x4) yang terlaris di pasaran Malaysia kini.
Apakah itu Kereta Pickup Truck (4x4)?
Kereta pickup truck (4x4) merujuk pada kenderaan jenis pacuan empat-roda (four-wheel drive, 4WD). Secara asasnya, kenderaan 4WD seperti: Ford Ranger, Toyota Hilux mempunyai sistem yang menghantar kuasa transmisi kepada kotak hantaran (transfer case) dan kemudian akan mengarahkan keempat-empat roda berputar dalam kelajuan sama. Kenderaan ini dikenali sebagai 'pickup truck' kerana kenderaan ini memiliki kabin tertutup untuk penumpang di depan dan bahagian terbuka di belakang untuk membawa barang. Kenderaan ini memiliki kapasiti muatan yang besar dan sering digunakan untuk keperluan komersial, industri, mahupun peribadi.
Kelebihan Kereta Pickup Truck (4x4)
Terdapat pelbagai kelebihan dan kegunaan kereta pickup truck (4x4) di Malaysia, antaranya adalah:
1. Kemampuan Off-Road yang baik
- Kereta Pickup truck 4x4 mampu menempuh jalan yang berlumpur, berbatu, atau berbukit, di kawasan luar bandar, jalan kampung, anak sungai dan banjir. Sistem penggerak empat roda (4x4) memberikan pacuan yang lebih baik di jalan yang sukar, di lokasi terpencil, atau situasi banjir.
2. Kapasiti Muatan yang besar
- Pickup truck biasanya mampu membawa barang dengan isipadu dan berat yang banyak. Ini sangat berguna bagi peniaga, petani, dan pengguna yang memerlukan kenderaan untuk mengangkut barang-barang berat atau peralatan besar.
3. Daya Tahan lasak dan Kekuatan fizikal
- Pickup truck umumnya dibuat untuk tahan lama dengan struktur yang kuat dan mesin yang bertenaga. Kenderaan ini mampu menahan beban berat dan keadaan cuaca yang ekstrem, dan tahan untuk penggunaan jangka panjang
- Kereta ini sesuai untuk masuk kebun dengan ground clearance sebanyak 286mm.
4. Penggunaan yang fleksibel
- Pickup truck 4x4 boleh digunakan di kawasan bandar dan luar bandar. Model terkini kenderaan ini telah dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden, keselesaan, dan keselamatan untuk perjalanan jauh, jalan yang sukar dan di lebuhraya.
- Kenderaan ini dilengkapi dengan bantuan brek, kawalan kestabilan aktif, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki dan bantuan kestabilan treler.
5. Nilai jualan semula atau resale value yang tinggi
- Pickup truck mempunyai nilai resale yang tinggi ini kerana permintaan yang terus-menerus oleh pengguna terhadap kenderaan jenis ini. Kenderaan ini sangat baik untuk keperluan peribadi dan komersial.
Kenderaan Pickup Truck (4x4) Terlaris di Malaysia
Berdasarkan statistik yang terdapat daripada data.gov.my berkenaan kenderaan yang telah didaftarkan di JPJ, terdapat enam jenis kenderaan pickup truck (4x4) yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, iaitu Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Isuzu D-max, Ford Ranger, Nissan Navara, dan Mazda BT-50. Berdasarkan daripada data yang diperolehi, toyota hilux menunjukkan penjualan tertinggi berbanding jenama lain, dengan purata 2000-3000 unit setahun, manakala Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max masing-masing dengan anggaran 500-1000 unit setahun.
Jenama Kereta Pickup Truck (4x4) Paling Popular
Berikut adalah senarai jenama kereta 4x4 yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia kini:
1. Toyota Hilux
- Harga kenderaan : Anggaran harga permulaan RM92,880
- Menampilkan dua pilihan enjin – 2.4 liter turbo diesel dan 2.8 liter turbo diesel.
- Menampilkan dua pilihan transmisi – manual enam kelajuan atau automatik konvensional enam kelajuan
- Menghasilkan 204 PS kuasa dan 500 Nm kuasa kilas.
- Dilengkapi dengan fungsi lengkap Toyota Safety Sense, termasuk Sistem Praperlanggaran, Lane Departure Alert, Kawalan Pengendalian Radar Dinamik, Pemantau Titik Buta dengan Rear Cross Traffic Alert serta Downhill Assist Control dan pelbagai lagi.
2. Mitsubishi Triton
- Harga Triton: RM100,200 hingga RM113,300 bergantung kepada varian.
- Mitsubishi Triton menawarkan enam pilihan varian
- Menampilkan enjin unik 2.5 liter turbo diesel.
- Menghasilkan 110 PS dan 200 Nm daya kilas, menghantar kuasa ke roda belakang melalui transmisi manual lima kelajuan.
- Kenderaan ini dilengkapi ABS dengan EBD, ISOFIX dan dua beg udara di bahagian depan.
3. Isuzu D-max
- Harga kenderaan: RM80,000 sehingga RM140,000 bergantung pada varian
- Menampilkan enjin 1.9 liter turbo diesel dan 3.0 liter turbo diesel
- Mempunyai transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik enam kelajuan bergantung pada varian pilihan.
- Mempunyai pelbagai ciri keselamatan, amaran perlanggaran hadapan, brek kecemasan, Pedal Misapplication Mitigation, Kawalan Pengendalian Adaptif (dan fungsi Stop and Go), Pemantau Titik Buta, Lane Departure Warning dan macam-macam lagi
4. Ford New Ranger
- Harga Kenderaan: Bermula dari RM92,388
- Varian Ford Ranger menampilkan enjin turbo diesel 2.2 liter
- Menghasilkan 160 PS dan 385 Nm tork kuasa kilas.
- Menampilkan dua pilihan transmisi utama – manual enam kelajuan dan automatik konvensional enam kelajuan.
- Dilengkapi Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Cengkaman, ABS dan EBD, Hill Descent Control, Rollover Mitigation, Trailer Sway Control, dan pelbagai lagi spesifikasi.
5. Nissan Navara
- Harga Kenderaan: Bermula serendah RM91,900
- Dilengkapi enjin turbo diesel empat silinder YD25 2.5 liter
- Berupaya menghasilkan 163 PS pada 3,600 rpm dan 403 Nm tork pada 2,000 rpm yang dihantar melalui sistem pacuan empat roda manual enam kelajuan.
- Menampilkan Electronic Locking Rear Differential, Kawalan Dinamik Kenderaan, Sistem Kawalan Cengkaman, Active Brake Limited Slip, Bantuan Mula Mendaki, Hill Descent Control dan Trailer Sway Assist untuk kawalan cengkaman yang lebih baik.
Sumber & Kredit: Toyota, Mitsubishi, Isuzu Motors, Ford, Nissan Motors, dan WapCar.
Secara keseluruhannya, permintaan kepada kenderaan 4WD ini semakin mendapat sambutan bagi rakyat Malaysia, disebabkan oleh ciri-ciri yang ditunjukkan dan harga yang berpatutan. Semoga perkongsian ini membantu para pembaca untuk menambah maklumat berkenaan kenderaan 4x4 dan kadar sambutannya di Malaysia.