Return to site

4 Jenis Kereta Elektrik Mampu Milik di Malaysia

www.kasturihijau.com

· INFORMASI
jenis kereta elektrik

Penggunaan kereta elektrik semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Menurut statistik daripada Zero Emissions Vehicle Association (ZEVA), Malaysia mencatat peningkatan dalam penjualan kenderaan elektrik pada tahun 2023, dengan jumlah keseluruhan kereta elektrik yang ada di jalan raya adalah 16,763 unit pada tahun 2023.

Di negara maju seperti China, pengeluaran kenderaan elektrik seperti BYD, Geely, dan NIO semakin aktif dilancarkan dan mendapat persaingan antara pengeluar kereta kerana permintaan yang tinggi.

Di Malaysia pula, pelancaran pelbagai model kereta elektrik daripada jenama-jenama popular daripada luar negara seperti Tesla, Ora, Neta, dan BYD menyebabkan permintaan EV semakin meningkat tahun ke tahun. Artikel ini ingin berkongsi jenis-jenis kereta elektrik yang mampu milik yang ada dijual di pasaran Malaysia kini.

Kelebihan Kenderaan Elektrik (EV)

Terdapat beberapa kelebihan penggunaan kenderaan elektrik (Electric vehicle, EV), antaranya:

  1. Penggunaan EV dapat mengurangkan pencemaran udara iaitu tiada pelepasan gas ekzos, lalu mengurangkan pencemaran dan memperbaiki kualiti udara dan kesihatan awam.
  2. Menampung penjimatan kos penggunaan api fosil iaitu petrol dan diesel, lalu mengurangkan perbelanjaan pemilik kenderaan dalam jangka masa panjang.
  3. Penurunan kebergantungan terhadap bahan api fosil dengan ini dapat membantu dalam usaha memulihara sumber tenaga dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
  4. Kereta elektrik dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan terkini seperti sistem bantuan pemanduan yang lebih cekap dan selamat, infotainment canggih, penyambungan dengan smart fon, navigasi, touchscreen dan pelbagai perisian.

Insentif Kerajaan Untuk Menggalakkan Penggunaan EV

  • Kerajaan menyediakan tambahan dua tahun pengecualian untuk duti eksais dan cukai jualan bagi pemasangan tempatan EV pemasangan tempatan hingga 31 Disember 2027
  • Pengecualian duti import ke atas komponen untuk EV dilanjutkan sehingga Disember 2027
  • Pengecualian cukai jalan sehingga penghujung 2025.
broken image

 

4 Model Kereta Elektrik Yang Mampu Milik

Berikut adalah empat model kereta elektrik yang mampu milik:

1. Neta V

  • Antara kereta elektrik yang paling murah.
  • Mempunyai saiz yang hampir sama seperti sebuah Perodua Myvi
  • Harga anggaran RM99,800
  • Bateri 38.5 kWh dengan jarak perjalanan sehingga 380 km dengan sekali cas (NEDC).
broken image

 

2. BYD Dolphin

  • Antara kerete elektrik paling murah di Malaysia ketika ini,
  • Mempunyai reka bentuk yang elegan, moden dan canggih.
  • Ada dua varian; BYD Dolphin Dynamic Standard Range (RM99,900), Premium Extended Range (RM125,000).
  • Dilengkapi dengan bateri Blade Lithium Iron Phosphate
  • Kapasiti tenaga bateri adalah 44.92 kWh, sejauh 410 km
broken image

 

3. Ora Good Cat

  • Menawarkan reka bentuk yang comel dan teknologi canggih
  • Ora Good Cat 400 Pro dengan berharga RM139,800
  • Bateri berkapasiti 47.8 kWh dengan jarak sehingga 400 km
broken image

4. BYD Atto 3

  • Dilancarkan oleh BYD SD Motors Malaysia pada Disember 2022
  • Menawarkan reka bentuk yang serba moden dan canggih
  • Terdapat dua pilihan varian untuk BYD Atto 3 standard range dan extended range
  • Bateri 49.92 kWh dengan jarak perjalanan sehingga 410 km (NEDC) untuk standard range
  • Extended Range dengan bateri 60.48 kWh dengan jarak perjalanan 480 km dengan harga RM167,800.

 

broken image

Berikut adalah perkongsian berkenaan jenis kereta elektrik yang mempunyai antara harga terendah di Malaysia kini. Bagaimanapun, terdapat banyak lagi jenama-jenama lain seperti Tesla, Ora dan lain-lain dengan harga yang lebih tinggi. Jika anda bercadang untuk menukar kenderaan, mungkin anda boleh cuba menukar ke kereta jenis elektrik seperti ini.

Kredit Gambar: BYD, Ora, Neta

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pembaca kasturihijau.com.