Return to site

Proton eMAS 7: Model Terbaru Kenderaan Elektrik Malaysia

kasturihijau.com

· INFORMASI
Proton eMAS 7: Model Terbaru Kenderaan Elektrik Malaysia

Industri automotif Malaysia terus berkembang dengan pesat, dan Proton, sebagai jenama automotif kebanggaan negara, tidak ketinggalan dalam menerajui inovasi kenderaan elektrik. Terbaru, Proton telah melancarkan model terbaru kenderaan elektriknya yang secara rasmi dikenali sebagai Proton eMAS 7. Nama ini melambangkan "Elektrifikasi Malaysia" dengan menggabungkan simbol "e" untuk EV dan "MAS" yang dikenali secara universal sebagai Malaysia.

Proton dan Visi Kenderaan Elektrik

  • Sebagai langkah ke arah masa depan yang lebih lestari, Proton telah menyatakan komitmennya dalam membangunkan kenderaan elektrik yang mampu bersaing di peringkat global. Proton eMAS 7 adalah model yang direka untuk meng-elektrifikasi mobiliti rakyat Malaysia, sejajar dengan matlamat negara untuk mencapai karbon sifar menjelang 2050.
broken image

Apakah itu Proton eMAS 7?

  • Proton eMAS 7 adalah kenderaan elektrik pertama di Malaysia keluaran Proton. Nama Proton eMAS 7 ini telah dipilih melalui peraduan teka nama jenama EV Proton yang berlangsung selama 16 hari bermula 20 Mei hingga 5 Jun 2024, dengan sebanyak 25,432 penyertaan. Ini menunjukkan minat tinggi rakyat Malaysia terhadap inovasi EV Proton yang bakal mengubah landskap automotif negara.
  • Logo eMAS menggabungkan rekaan 2D daripada rekaan kepala harimau ‘terkurung’ semasa PROTON yang melambangkan kemajuan dan kejayaan. Pilihan rekaan ini selari dengan trend jenama EV moden yang cenderung kepada grafik yang lebih bersih dan mudah daripada imej 3D yang kompleks.
broken image

Harga Rasmi Proton e.Mas 7

  • Proton eMAS 7 ditawarkan dalam dua varian iaitu Proton eMAS 7 Prime pada harga RM109,800 dan Proton eMAS 7 Premium pada harga RM123,800.
  • Sebagai penghargaan kepada pelanggan awal, Proton menawarkan Tawaran Istimewa Pelancaran untuk 3,000 pembeli pertama dengan harga lebih menarik. Proton eMAS 7 Premium boleh dimiliki pada harga istimewa RM119,800, manakala Proton eMAS 7 Prime pula berharga RM105,800 sahaja.
  • Bagi meningkatkan pengalaman pemilikan, setiap pembelian Proton eMAS 7 dalam tempoh promosi ini akan disertakan dengan Pakej Eksklusif eMAS 7 Power Pack, yang merangkumi:

  1. Pengecas Rumah 7kW percuma bernilai RM1,500
  2. Penyesuai V2L (Vehicle-to-Load) bernilai RM500
  3. Data Tanpa Had selama 5 tahun bernilai RM1,800
  4. Kadar faedah ultra rendah 1.98% bernilai sehingga RM3,000
  5. Pakej Jaminan Komprehensif

  • Selain itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif penukaran kepada kenderaan elektrik, Proton menawarkan rebat tukar beli bernilai RM1,200 dengan kerjasama Carsome khas untuk pemilik Proton sedia ada.

Spesifikasi Varian Prime

Proton eMAS 7 Prime hadir dengan teknologi moden dan prestasi yang boleh diharapkan. Berikut adalah spesifikasi utama.

Varian Prime

  • Jarak perjalanan sehingga 345km (WLTP) dengan sekali cas.
  • Bateri AEGIS Short Blade 49.52kWh yang tahan lama dan berkecekapan tinggi.
  • Rim aloi 18 inci yang menambah kestabilan dan gaya.
  • Paparan skrin sentuh 15.4 inci 2.5K untuk pengalaman digital interaktif yang lebih lancar.
  • Sistem kawalan jauh untuk akses mudah dan keselesaan.
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2, termasuk kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan automatik, dan banyak lagi ciri keselamatan pintar.

Varian Premium

  • Jarak perjalanan sehingga 410km (WLTP) dengan sekali cas.
  • Bateri AEGIS Short Blade 60.22kWh yang lebih besar untuk jarak perjalanan lebih jauh.
  • Rim aloi 19 inci untuk penampilan lebih dinamik dan kestabilan pemanduan.
  • Sistem bunyi Flyme dengan 16 pembesar suara untuk pengalaman audio yang mengasyikkan.
  • Paparan Head-Up Display (HUD) pada cermin hadapan bagi memberikan maklumat pemanduan tanpa mengalihkan pandangan.
  • Tempat duduk depan berpengudaraan untuk keselesaan optimum semasa pemanduan jauh.
broken image

Reka Bentuk Mewah dan Inovatif

Proton eMAS 7 hadir dengan reka bentuk yang aerodinamik dan moden, sesuai dengan identiti kenderaan elektrik masa hadapan. Kemasan luaran yang futuristik serta rekaan dalaman yang luas dan canggih menjadikannya pilihan yang menarik bagi pengguna yang mahukan teknologi dan gaya dalam satu pakej. Bahagian tertentu seperti logo, rim, dan elemen dalaman diberi sentuhan premium untuk menambah nilai eksklusiviti.

broken image
broken image

Tempahan Proton eMAS 7

Bagi pelanggan yang berminat untuk memiliki Proton eMAS 7, tempahan boleh dibuat dengan mudah melalui pelbagai platform digital. Anda boleh mengunjungi laman web rasmi Proton di https://emas.proton.com/ atau membuat tempahan menerusi Aplikasi Rasmi Proton eMAS yang boleh dimuat turun di pelbagai platform berikut:

Dengan kemudahan tempahan dalam talian ini, pelanggan boleh membuat tempahan dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu ke pusat jualan fizikal.

Sumber: Proton