Return to site

5 Perbezaan Kereta Hibrid dan Kereta Elektrik

kasturihijau.com

· INFORMASI
perbezaan kereta hibrid dan elektrik

Tahukah anda perbezaan antara kereta hibrid dan kereta elektrik? Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Norway, Jepun dan lain-lain, majoritinya telah menggunakan kereta hibrid atau elektrik untuk aktiviti harian. Kesedaran umum mengenai penggunaan kereta hibrid dan elektrik di Malaysia, masih pada tahap permulaan. Namun, penggunaan kereta hibrid dan kereta elektrik sudah sedikit demi sedikit mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Penjualan kereta hibrid dan elektrik pada separuh tahun pertama 2024, menunjukkan penjualan kenderaan hibrid sebanyak 15,884 unit dan kenderaan elektrik mencapai 6,617 unit, dengan total 22,501 unit telah terjual. Justeru dalam artikel kali ini, kami kongsikan perbezaan antara kereta hibrid dan elektrik dan juga jenama kereta yang laris di Malaysia kini.

broken image

Kenali Kereta Hibrid

  • Kereta hibrid adalah kenderaan yang menggabungkan kuasa petrol dan kuasa bateri untuk memacu penjanaan elektrik dan pembakaran dalaman untuk panduan secara langsung.
  • Kereta hibrid ini menggunakan enjin pembakaran dalaman untuk memacu generator elektrik yang akan menjana motor elektrik.
  • Bagaimanapun, enjin utama hibrid masih menggunakan petrol sebagai bahan api. Tetapi, kereta hibrid mempunyai sistem motor elektrik yang akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan minyak dalam operasi sistem hibrid.
  • Penggunaan kereta hibrid dapat menyelesaikan masalah penggunaan bahan api yang berlebihan dan masalah perlu mengecas bateri secara kerap.
  • Kereta hibrid mempunyai tiga jenis iaitu hibrid konvensional, hibrid Plug-In (PHV), dan hibrid paralel. Perbezaan ketiga-tiga jenis ini adalah bergantung kepada kemampuan kereta untuk bergerak dengan menggunakan tenaga yang dihasil oleh enjin sahaja, bateri sahaja atau kedua-duanya sekali.

Contoh Jenama Kereta Hibrid di Pasaran Malaysia

Berikut adalah beberapa model kereta hibrid yang terdapat di pasaran Malaysia:

  1. Toyota Corolla Cross Hibrid
  2. Toyota Prius
  3. Toyota Camry Hybrid
  4. Honda City RS e:HEV
  5. Honda Civic e:HEV
  6. Honda HR-V e:HEV
  7. Honda CR-V Hybrid
  8. Lexus UX 250h
  9. Lexus NX 350h
  10. Lexus RX 450h
  11. BMW 330e
  12. BMW X5 xDrive45e
  13. Volvo XC40 Recharge T5
  14. Volvo XC60 Recharge T8
  15. Volvo S90 Recharge T8

 

broken image

 

Kenali Kereta Elektrik

  • Kereta elektrik atau dikenali sebagai electric vehicles (EV) sepenuhnya bergantung kepada kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri untuk menggerakkan kenderaan.
  • Kenderaan ini menggunakan sepenuhnya motor elektrik untuk bergerak berbanding enjin pembakaran dalaman (petrol dan diesel).
  • Dijadikan sebagai satu alternatif untuk mengurangkan karbon monoksida dan juga pencemaran udara.

Contoh Jenama Kereta Elektrik di Pasaran Malaysia

  1. Tesla Model 3
  2. Tesla Model Y
  3. Nissan Leaf
  4. BMW iX3
  5. BMW i4
  6. BMW iX
  7. Mercedes-Benz EQC
  8. Mercedes-Benz EQA
  9. Porsche Taycan
  10. Hyundai Kona Electric
  11. Hyundai Ioniq 5
  12. Kia EV6
  13. Mini Electric
  14. Volvo XC40 Recharge Pure Electric
  15. ORA Good Cat
  16. BYD e6
  17. BYD Atto 3
  18. BYD Tang EV
  19. BYD Dolphin
broken image

Kredit: Greensarawak

Perbezaan Kereta Hibrid dan Kereta Elektrik

  1. Kereta elektrik menghasilkan output kuasa keseluruhan lebih tinggi dan pecutan lebih pantas berbanding kereta hibrid kerana saiz bateri kereta hibrid lebih kecil untuk menampung keperluan kedua-dua enjin dan motor elektrik. Kereta elektrik memberikan tork segera dan malar, yang menawarkan pecutan pantas dan kuasa yang konsisten
  2. Kereta hibrid sesuai dengan pelbagai keadaan pemanduan, di bandar, lebuh raya, kampung, dan berbeza bentuk muka bumi, kerana ia boleh bertukar dengan segera antara kuasa elektrik dan gas, serta dapat memacu jarak perjalanan lebih jauh. Manakala, kereta elektrik sesuai untuk pemanduan di bandar, kerana jarak lebih terhad.
  3. Kenderaan hibrid kecekapan bahan api (MPG) yang lebih tinggi disebabkan gabungan tenaga bahan api gas dan elektrik, manakala kenderaan elektrik bergantung semata-mata kepada tenaga elektrik (MPGe).
  4. Kereta hibrid menghasilkan sedikit gas karbon monoksida dan bahan pencemar lain, manakala kereta elektrik tidak menghasilkan apa-apa bahan pencemar.
  5. Daripada segi kemampanan (sustainability), kereta elektrik lebih baik daripada kereta hibrid kerana kereta elektrik bergantung kepada kuasa pek bateri yang digunakan dalam kereta elektrik melalui penggunaan logam seperti litium, nikel dan kobalt. Manakala, kereta hibrid masih bergantung kepada penggunaan gas bahan api petrol yang memberi kesan sampingan berbahaya kepada kesihatan.

Jenama Kereta Hibrid Paling Laris

Jenama kereta hibrid yang paling laris di Malaysia adalah Honda City, Honda City Hatchback, Honda CR-V, Nissan X-Trail dan Toyota Innova Zenix.

Jenama Kereta Elektrik Paling Laris

Jenama kereta elektrik yang paling laris di Malaysia adalah BYD, Tesla dan BMW.

Secara keseluruhannya, keinginan untuk menukar kenderaan daripada kenderaan konvensional yang menggunakan bahan api petrol kepada kenderaan hibrid atau elektrik memerlukan pertimbangan dari sudut perbelanjaan, jarak perjalanan, stesen pengecasan, kesan alam sekitar dan macam-macam lagi. Justeru, hak anda sebagai pengguna untuk membuat pilihan yang tepat.

 

broken image

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sekalian para pembaca kasturihijau.com. Untuk dapat maklumat yang menarik dan relevan, sila subscribe channel kami di bawah. Terima kasih.