Tahukah anda kereta MPV (multi-purpose vehicle) yang paling laris jualannya di Malaysia setakat Jun 2024? Mitsubishi Xpander, Perodua Alza, Proton Exora and Toyota Veloz merupakan model kereta MPV yang paling popular di Malaysia. Bagi kereta nasional, Perodua Alza merupakan MPV paling laris tahun 2023-2024, manakala bagi kereta bukan nasional, MPV Mitsubishi xpander adalah MPV paling laris tahun 2023-2024 di hadapan Toyota Veloz. Pendaftaran JPJ menunjukkan kereta Mitsubishi Xpander mengatasi kereta MPV lain seperti Toyota Veloz dan Nissan Serena. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan apakah kelebihan dan spesifikasi kereta yang paling hangat dan laris di Malaysia ini.
1. Mitsubishi Xpander
- Mitsubishi XPANDER adalah sebuah crossover 7-tempat duduk yang bergaya untuk individu atau keluarga yang mencari keselesaan dalam pemanduan dan ruang tempat duduk yang luas.
- MPV Mitsubishi Xpander menyediakan gaya yang bersih dengan praktikal, menjadikannya pilihan utama untuk keluarga dengan selera yang kritis.
- Dengan keluasan dan susunan tempat duduk tujuh penumpang, Xpander menawarkan ruang yang mencukupi untuk penumpang dan kargo, memastikan pengalaman memandu yang selesa dan mudah.
- MPV ini menyediakan ciri-ciri keselamatan yang canggih dan responsif menjadikannya sesuai untuk perjalanan bandar dan perjalanan jauh.
- Kereta ini adalah berbaloi dimiliki bagi yang mempunyai keluarga besar dan anak-anak ramai kerana ia sangat luas dan selesa.
- Mitsubishi Xpander adalah MPV paling laris di Malaysia untuk kerete bukan nasional bagi tahun 2023.
- Sebanyak 11,384 unit kereta ini telah terjual daripada April 2023 hingga Mac 2024.
Spesifikasi MPV Mitsubishi Xpander
- Jenis enjin jenis 1.5L MIVEC DOHC 16 Valve, 1,499 cc
- Transmisi 4 kelajuan automatik
- Panjang 4,475 mm, lebar 1,750 mm, tinggi 1,730 mm, jarak Roda 2,775 mm
- Sistem keselamatan adalah Sistem Brek Anti-Penguncian (ABS), Pengedaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Sistem Bantuan Brek (BA), dan Kawalan Aktif Stabiliti (ASC)
Harga Baru Mitsubishi Xpander 2024
- Harga bermula daripada RM 100,980.00 atau anggaran RM 1054/sebulan
2. Perodua Alza Baharu
- Perodua adalah kereta nasional yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Hampir disegenap sudut jalanraya kita boleh nampak kereta ini.
- Perodua menghasilkan kereta MPV Alza telah menjadi pilihan utama di kalangan keluarga Malaysia kerana MPV ini adalah sangat selesa, praktikal dan harga yang mampu milik.
- Tempat duduk kereta ini adalah tujuh tempat, Alza mempunyai ruang dalaman yang fleksibel yang boleh disusun untuk menampung penumpang atau kargo dengan mudah.
- Saiznya yang kompak, ciri-ciri seperti tempat duduk lipat dan ruang simpanan yang mencukupi meningkatkan kebolehgunaan kereta ini untuk perjalanan keluarga dan perjalanan hari-harian.
- Perodua Alza merupakan kereta MPV nasional yang paling laris di Malaysia.
- Berdasarkan daripada perangkaan JPJ, sebanyak 20,476 jumlah unit telah didaftarkan setakat Jun untuk tahun 2024 ini.
Spesifikasi MPV Perodua Alza Baru
- Enjin Perodua Alza berkapasiti enjin petrol 1496 cc.
- Transmisi CVT.
- Dengan 7 tempat duduk MPV
- Dengan panjang 4425 mm, lebar 1730 mm, tinggi 1670mm dan jarak roda 2750 mm, bersama dengan ground clearance 160 mm.
- 4 silinder enjin, AV petrol menghasilkan 105 hp dan tork 138 Nm.
- Menyediakan Central Locking dan Power Door Locks.
Harga Alza Baru 2024
- Harga Alza Baru bermula daripada RM 62,500 - 75,500
3. Proton Exora
- MPV Exora merupakan salah satu MPV nasional yang paling popular di Malaysia
- Bagaimanapun, pengeluaran baru kereta ini telah tamat pada 18 Oktober 2023. Namun, populariti kereta ini masih tinggi di kalangan rakyat Malaysia yang sanggup mendapatkannya secara second hand.
- Harga yang ditawarkan juga adalah harga yang mampu milik dan ciri-ciri yang mengagumkan. Dengan kabin yang luas yang mampu menampung sehingga tujuh penumpang.
- Selain itu kereta Exora menawarkan ruang kaki yang mencukupi dan ruang simpanan untuk perjalanan jauh. Dengan kecekapan enjin memastikan penggunaan petrol yang menjimatkan.
- Sementara itu, ciri-ciri lain seperti hiburan dengan skrin sentuh serta penghawa dingin di belakang menjadikan semua orang terhibur dan selesa sepanjang perjalanan.
- Proton Exora merupakan MPV kedua terlaris selepas MPV Perodua Alza.
Spesifikasi MPV Proton Exora
- Exora yang tersedia dalam 2 variant adalah MPV dari Proton.
- Memiliki enjin 1561 cc, 4 silinder
- Petrol menghasilkan 138 hp dan tork 205 Nm.
- Mempunyai 7 tempat duduk
- Safety ditambah dengan menyediakan Central Locking dan Power Door Locks
- Mempunyai 1.6L petrol engine, in-line 4 cylinder 16 valve DOHC
- Berat 1442 kg, dan panjang 4615 mm, lebar 1809 mm, dan tinggi 1691 mm
Harga Proton Exora 2024
- Harga Proton Exora bermula daripada RM64,639.40 sehingga RM71,812.92. Untuk kereta secondhand, harganya adalah lebih rendah daripada range harga ini.
4. Toyota Veloz
- Veloz adalah kereta keluarga yang hebat dan kereta ini sangat selesa untuk pemanduan jara jauh bersama keluarga. Ruang di semua baris adalah agak baik dan tempat duduknya berkusyen dengan baik untuk memastikan perjalanan yang selesa.
- Barisan belakang mendapat penghawa dingin yang mencukupi, jadi anda boleh berehat dengan selesa walaupun semasa anda berada di tempat duduk belakang.
- Tindak balas stereng adalah tepat pada kelajuan sederhana dan dinamik pemanduan keseluruhan Veloz cukup baik untuk menjadikan masa anda memandunya sangat menyeronokkan.
- Dari segi luaran, kereta ini hampir menyamai kereta Perodua Alza baru, bagaimanapun harganya adalah sedikit tinggi berbanding Alza.
Spesifikasi MPV Toyota Veloz
- Berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) moden
- Veloz mempunyai tayar 17 inci
- Mempunyai jarak roda 2,750 mm yang sama, tetapi bamper Veloz adalah 4,475 mm.
- Kereta mempunyai 7 tempat duduk dan dimensi 4395 mm panjang x 1730 mm lebar x 1700 mm tinggi.
- PV kereta ini adalah 1,750 mm (+20 mm) dan lengkungan rodanya yang menonjol
- Enjin kereta adalah 2NR-VE 1.5L dengan 106 PS dan torque 138 Nm pada 4,200 rpm.
- Unit Dwi VVT-i dipasangkan dengan kotak gear D-CVT
Harga Toyota Veloz 2024
- Harga Toyota Veloz bermula daripada RM95,000.
Kredit Photo: Carlist and WapCar
Jika anda bercadang memiliki kereta MPV untuk keluarga anda yang ramai, kami mencadangkan kereta-kereta ini kerana harga berpatutan dan keselesaan yang sangat memuaskan para pembeli. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Sumber: Data.gov.my