Return to site

Khasiat Susu Badam 'Almond' Untuk Penurunan Berat Badan Yang Ramai Tidak Tahu

kasturihijau.com

· KESIHATAN
Khasiat Susu Badam 'Almond' Untuk Penurunan Berat Badan Yang Ramai Tidak Tahu

Ramai orang kata jika kita minum banyak susu, berat badan kita akan naik kerana susu mengandungi kalori dan lemak. Apabila pengambilan kalori dari susu melebihi kalori yang dibakar oleh tubuh, lebihan kalori tersebut akan disimpan sebagai lemak. Selain itu, susu juga kaya dengan protein, yang boleh merangsang pertumbuhan otot selepas bersukan. Namun, jika tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal, penambahan jisim otot juga boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan secara keseluruhan. Susu badam atau susu almond adalah susu yang diekstrak daripada kacang badam. Susu ini dikatakan bersifat sedikit alkali dan apabila anda makan akan terasa cepat kenyang. Namun apakah yang menyebabkan susu badam ini mampu merangsang penurunan berat badan? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan manfaat susu badam dalam penurunan berat badan.

 

 

Apakah itu Susu Badam 'Almond'?

Susu badam 'almond' merujuk kepada susu yang diperbuat daripada badam atau kekacang badam yang mana susu ini diekstrak daripada kacang tersebut. Cara mendapatkan susu daripada kacang badam adalah dengan cara merendam, dan mengisar badam dengan air, dan cecair yang terhasil mempunyai rasa dan tekstur yang mirip dengan susu. Susu badam adalah pilihan yang popular bagi individu yang mencari alternatif atau pilihan kepada susu lembu, susu kambing dan lain-lain. Susu kacang badam (atau susu badam) diketahui mempunyai beberapa kebaikan yang sering kali menjadi tarikan bagi individu yang mencari alternatif tanpa produk tenusu.

Manfaat Umum Susu Badam Untuk Kesihatan

1. Susu Tanpa Laktosa dan Tanpa Gluten

Sesuai untuk individu yang intoleran laktosa atau mempunyai alahan terhadap gluten.

2. Rendah Kalori

Susu kacang badam sering kali mempunyai kurang sedikit kalori berbanding susu lembu, menjadikannya pilihan baik untuk individu yang mengawal pengambilan kalori.

3. Kaya dengan Nutrien

Kacang badam kaya dengan nutrien seperti vitamin E, zat besi, kalsium, magnesium, dan asid lemak omega-3.

4. Rendah Karbohidrat

Bagi individu yang memantau pengambilan karbohidrat, susu kacang badam biasanya rendah karbohidrat.

5. Sesuai untuk Individu yang Vegetarian (Individu tidak makan daging)

Sesuai untuk gaya pemakanan vegan dan vegetarian, kerana dihasilkan daripada sumber tumbuhan.

6. Menyokong Kesihatan Jantung

Kacang badam dikaitkan dengan potensi manfaat untuk kesihatan jantung, termasuk penurunan kolesterol dalam darah.

7. Menyokong Kesihatan Kulit

Kandungan vitamin E dalam kacang badam boleh memberi manfaat kepada kesihatan kulit. Beberapa kajian telah menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin E yang tinggi dalam makanan dapat merendahkan risiko penyakit kognitif seperti penyakit Alzheimer.

broken image

Kredit: Dr Zubaidi

Susu Badam Sebagai Alternatif Untuk Turunkan Berat Badan

Susu badam boleh menjadi pilihan yang baik dalam pelan pemakanan untuk penurunan berat badan, tetapi keberkesanannya bergantung kepada bagaimana ia disertakan dalam konteks keseluruhan pemakanan dan gaya hidup. Namun ada sesetengah individu tidak sesuai mengambil susu dari jenis kekacang kerana akan menyebabkan alahan. Bagi individu yang alahan kepada kekacang, adalah tidak digalakkan untuk mengambil susu ini dalam diet anda.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa susu badam sesuai untuk digunakan dalam diet penurunan berat badan:

1. Susu yang Rendah Kalori

Susu badam biasanya lebih rendah kalori berbanding susu lembu, selagi susu ini tidak dicampur dengan gula tambahan. Pengambilan susu ini boleh membantu pengurangan kalori dan usaha penurunan berat badan. Jika anda bandingkan susu badam dengan susu-susu popular yang lain seperti susu dairy (susu lembu) dan susu soya, anda akan dapati kandungan kalori yang terdapat di dalamnya adalah antara yang terendah.

2. Susu Tanpa Laktosa dan Tanpa Kolesterol

Sesuai untuk individu yang mungkin mempunyai intoleransi laktosa atau memerlukan pemakanan yang rendah kolesterol.

 

3. Susu Kaya Protein dan Kalsium

Sesuai untuk memenuhi keperluan protein dan nutrien lain, terutama jika susu badam diperkaya dengan kalsium, vitamin D, dan lain-lain. Keperluan nutrien yang mencukupi adalah penting untuk menjaga kesihatan semasa proses penurunan berat badan. Susu badam adalah tinggi dengan kalsium. Pengambilan kalsium secara teorinya merangsang proses “thermogenesis” dalam badan. Proses ini dalam erti kata lain membawa maksud penghasilan haba dalam badan. Aktiviti penghasilan haba ini adalah seiring dengan peningkatan kadar metabolisma badan serta pembakaran lemak.

4. Susu ini Rendah Gula

Susu badam merupakan salah satu minuman yang mengandungi Indeks Glisemik rendah. Makanana yang mempunyai nilai Indeks Glisemik Rendah adalah makanan yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan kadar perlahan. Susu badam boleh membantu mengurangkan atau mengawal kandungan gula dalam darah, yang juga berkaitan dengan penurunan berat badan.

5. Dapat Mengurangkan Keradangan Perut

Susu badam bersifat alkali dapat membantu mengurangkan keradangan perut iaitu gastrik, yang sering dikaitkan dengan obesiti dan kesukaran menurunkan berat badan.

6. Tinggi dengan Serat

Susu badam adalah rendah kalori dan tinggi serat yang dapat membantu meningkatkan penghadaman dan memberi rasa kenyang lebih lama.

 

broken image

 

Kredit: Dalucia

Cara Mengamalkan Susu Badam

  1. Minum segelas susu badam tanpa gula pagi dan petang
  2. Lakukan senaman 20 hingga 30 minit 6 hari seminggu
  3. Kurangkan pengambilan gula, tepung dan susu lain selain susu badam
  4. Lebihkan air masak dalam minuman
  5. Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan
  6. Tidur perlu cukup
  7. Kawal tekanan dan stress dengan baik

 

Bagi individu yang mempunyai cara pemakanan tertentu atau masalah kesihatan lain atau kronik seperti buah pinggang, disyorkan untuk berbincang dengan pakar pemakanan atau profesional kesihatan sebelum mengamalkan susu ini dalam diet anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang tercari-cari cara untuk turunkan berat badan.