Return to site

Resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread Viral Yang Sangat Simple

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Pernahkah anda cuba resepi korean cream cheese garlic bread? Jika anda pernah makan roti korean cheese garlic ini, pasti anda tidak puas, dan mahu lagi. Jika dibeli di kedai mungkin agak mahal, tetapi jika anda ada bahan-bahannya dan sediakan di rumah, anda akan lebih puas hati dan lebih sedap, dan boleh dikongsi dengan ahli keluarga. Dalam artikel ini, pengarang akan berkongsi resepi mudah untuk penyediaan korean cream cheese garlic bread di rumah.

Cara Penyediaan Roti

Bahan-bahan Untuk Penyediaan Roti:

  • 250g high protein tepung roti
  • 3g yis
  • 30g gula pasir
  • 1 biji telur
  • 110-120ml susu cair
  • 20g butter
  • 1g garam

Cara-cara Penyediaan Roti:

  1. Campur kesemua bahan, kecuali butter dan garam
  2. Gaul rata hingga sebati, uli lebih kurang 10 minit.
  3. Masukkan butter dan garam, uli lagi hingga menjadi doh yang lembut lebih kurang 10-15 minit, setelah elastik, biarkan selama 1 jam atau adunan kembang 2 kali ganda.
  4. Kemudian tumbuk adunan, untuk buang anginnya.
  5. Bahagikan adunan kepada 10 ketul, bentukkan bulat, kemudian biarkan adunan selama 30 minit.
  6. Panas kan oven pada suhu 170-180oC terlebih dahulu selama 10 minit
  7. Kemudian masukkan roti dan bakar lebih kurang 15-17 minit, ikut kepanasan oven masing- masing ye.
  8. Setelah masak keluarkan, dan tunggu hingga ia sejuk.
  9. Kemudian potong guna pisau bergerigi, tapi jangan sampai putus, siap untuk diisi cheese dan disiram dengan butter bawang.

 

 

Cara Penyediaan Cream Cheese

Bahan-bahan Penyediaan Cream Cheese:

  • 250g cream cheese
  • 30g gula pasir
  • 50ml whipping cream

Cara-cara Penyediaan Cream Cheese:

  1. Sebatikan cream cheese dengan menggunakan spatula supaya ia sebati
  2. Kemudian masukkan gula, gaul hingga sebati dan masukkan whipping cream, gaul sampai ia jadi adunan yang lembut
  3. Kemudian masukkan ke dalam piping bag, ketepikan, siap digunakan.

Cara Penyediaan Garlic Sauce

Bahan-bahan Penyediaan Garlic Sauce:

  • 110g butter
  • 30g bawang putih (tubuk @ dicincang halus) atau garlic powder
  • 30g susu pekat manis
  • 20g madu
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh parsley
  • 1g garam

Cara-cara Penyediaan Garlic Sauce:

  1. Cairkan butter, setelah cair, masukkan bawang putih (garlic powder) gaul rata.
  2. Tambahkan susu pekat manis, madu, garam, parsley dan telur, gaul hingga rata, siap digunakan.
broken image

Cara Hidangan Korean Cream Cheese Garlic Bread

Berikut adalah cara-cara untuk anda hias dan hidangkan korean cream cheese garlic bread:

  1. Ambil roti yg sudah dipotong tadi, tambahkan cream cheese di celah-celah potongan tadi.
  2. Kemudian siramkan dengan sauce garlic hingga rata.
  3. Susun kedalam loyang dan bakar lebih kurang 15 minit pada suhu 160°, bergantung kepanasan oven masing-masing.
  4. Roti cream cheese siap dihidangkan.

Semoga perkongsian resepi kali ini membantu dan menambahkan ilmu pengetahuan para pembaca mengenai ilmu memasak. Diharap resepi ini dapat dikongsikan kepada rakan-rakan dan sahabat handai untuk mereka cuba dan masak di rumah masing-masing. Selamat mencuba.

Sila join telegram kami untuk info segera, di alamat : https://t.me/kasturihijau