Return to site

10 Resepi Lauk pauk yang Mudah dan Cepat Dimasak

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
broken image

Ibu-ibu dan surirumah yang sibuk bekerja, jika anda tercari-cari apakah resepi lauk yang senang dan mudah masak untuk hidangan tengahari ataupun malam, anda boleh cuba resepi yang kami sediakan di bawah. Terdapat 10 resepi lauk-pauk yang boleh anda cuba untuk dihidang kepada ahli keluarga atau dikongsi bersama jiran-jiran.

Senarai Resepi Lauk-pauk yang Mudah dan Cepat Dimasak

Berikut adalah resepi lauk-pauk yang mudah dan cepat dimasak:

  1. Resepi Ayam Sambal Berserai
  2. Resepi Asam Rebus Ikan Nenas
  3. Resepi Ayam Masak Merah
  4. Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
  5. Resepi Ayam Masak Lemon
  6. Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol
  7. Resepi Udang Sambal Petai
  8. Resepi Asam Pedas Ikan Merah
  9. Resepi Ayam Harum Thai
  10. Resepi Ayam Masak Hijau

 

1. Resepi Ayam Sambal Berserai

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi ayam sambal berserai adalah seperti berikut.

  • Separuh ayam yang digoreng separuh masak
  • 10 -15 biji cili kering (ditambah jika mahu lebih pedas)
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 batang serai (*dihiris dan dikisar halus)
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 2 batang serai (dimasukkan apabila masakan hampir masak)

Cara memasak resepi ayam sambal berserai adalah seperti berikut.

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau
  2. Masukkan ayam
  3. Masukkan air dan kacau
  4. Masukkan garam, serbuk kunyit, sedikit air asam jawa, tomato dihiris jika mahu
  5. Siap dan sedia untuk dimakan dengan nasi.
broken image

2. Resepi Asam Rebus Ikan Nenas

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi asam rebus ikan nenas adalah seperti berikut.

  • 3 biji lada merah besar
  • 4 biji lada merah kecil
  • 1 labu sedang bawang besar
  • 1 biji bawang putih.
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • bawang, halia dan kunyit dikisar halus.
  • 1 keping asam keping.
  • suku biji nenas dipotong kecil
  • Daun kesum
  • garam
  • sedikit gula
  • 5 ekor ikan

Cara memasak resepi resepi asam rebus ikan nenas adalah seperti berikut.

  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk, tambahkan air sebanyak mana yg kita suka, masukkan garam, gula, asam keping, dan nenas.
  2. Masak dengan api yang sedang sehingga kuah mendidih.
  3. Cukupkan rasa kuah
  4. Kemudian masukkan ikan dan daun kesum.
  5. Masak sehingga ikan tu masak.

Kredit: As As

broken image

 

3. Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak merah adalah seperti berikut.

  • 1/2 ekor ayam yang digaul garam dan kunyit dan digoreng sehingga masak
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 4 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 1 biji bawang besar yang dimayang bulat
  • 1 biji cili merah yang diambil kulitnya dan dihiris memanjang
  • 1 batang serai yang diketuk

Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat:

  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Cara memasak resepi ayam masak merah adalah seperti berikut.

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar, tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sehingga rata.
  6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak sehingga bawang besar dan cili layu.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
broken image

4. Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ikan patin masak tempoyak adalah seperti berikut.

  • 4 keping ikan patin
  • 10 tangkai cili api yang ditumbuk
  • Sedikit kunyit hidup yang ditumbuk
  • Sedikit tempoyak
  • Sedikit daun kunyit dan kesom
  • Garam dan gula

Cara memasak resepi ikan patin masak tempoyak adalah seperti berikut.

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan ikan patin, daun kesom dan daun kunyit
  3. Angkat apabila ikan telah pun masak.

Sumber resepi: Wanita Idaman

broken image

5. Resepi Ayam Masak Lemon

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak lemon untuk hidangan 3-4 orang adalah seperti berikut.

  • 2 dada ayam yang telah dibersihkan dan dikeringkan

Bahan-bahan untuk perap:

  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • sedikit pepper
  • 1 biji telur

Bahan-bahan untuk salut:

  • 5 sudu besar tepung
  • 5 sudu besar breadcrumbs

Bahan-bahan untuk sos:

  • 1 sudu besar sos plum
  • 3 1/2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • minyak secukupnya

Cara-cara memasak resepi ayam lemon adalah seperti berikut.

  1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
  2. Salut ngan bahan salut dan gorengkan ayam eshingga garing dan kekuningan.
  3. Potong-potong ayam dan letakkan atas pinggan hidangan.
  4. Campurkan semua bahan sos, dan didihkan sehingga pekat.
  5. Curahkan sos atas ayam tadi dan hidangkan.
broken image

6. Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi gulai kuning ikan tongkol untuk 5/6 orang makan:

  • 1 ekor ikan tongkol (potong ikut kehendak)
  • Santan daripada sebiji kelapa
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 lada besar
  • 1/2 inci lengkuas dihiris
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu pes cili kering
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 5-6 biji cili padi*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • Garam, gula dan perasa

Cara-cara memasak resepi gulai kuning ikan tongkol:

  1. Ikan dibersihkan dan direbus bersama dengan 2 atau 3 keping asam keping, sedikit lengkuas yang dihiris dan sedikit garam. Rebus ikan sehingga airnya agak kering dan ketepikan.
  2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda * sehingga hampir lumat.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk, hirisan lengkuas dan pes cili kering sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan hingga mendidih. Jangan lupa untuk selalu mengacau masakan agar kuahnya tidak berketul.
  5. Apabila mendidih, masukkan ikan, asam keping, serbuk ketumbar, lada besar garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat bolehlah diangkat dan dihidangkan
broken image

 

7. Resepi Udang Sambal Petai

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak udang sambal petai adalah seperti berikut.

  • Segenggam cili kering (direbus, dikisar dan dimasak)
  • 20 ekor udang size XL
  • Hirisan bawang besar
  • 3 papan petai (bijinya dipotong dua)
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk ditumbuk:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai serai
  • Secubit belacan

Cara-cara memasak resepi udang sambal petai:

  1. Tumiskan bahan ditumbuk sehingga wangi. Teruskan kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga cili sedikit garing dan pekat.
  3. Masukkan hirisan bawang besar dan juga petai. Kacau sebati (kepekatan ikut cita rasa)
  4. Masukkan udang. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau dan sedia untuk dihidangkan
broken image

8. Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi asam pedas ikan merah:

  • 1 ekor ikan merah
  • 10 tangkai cili kering yang dikisar
  • 5 biji bawang merah yang dikisar
  • 5 ulas bawang putih yang dikisar
  • 5 batang serai yang dikisar
  • 10 gram belacan
  • 3 sudu air asam jawa
  • Beberapa tangkai daun kesum
  • sayuran, bendi, terong, tomato jika suka
  • Sedikit garam

Cara resepi asam pedas ikan merah:

  1. Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga garing.
  2. Setelah itu masukkan belacan dan kacau sebati.
  3. Masukkan air asam jawa dan biarkan sedikit mendidih.
  4. Masukkan sedikit air bersama ikan merah yang telah dibersihkan ke dalam bahan tadi.
  5. Biarkan seketika.
  6. Masukkan sayur kegemaran. Ikan tidak perlu digaul sangat takut isinya hancur.
  7. Akhir sekali taburkan garam secukup rasa dan daun kesum ke dalamnya.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

 

broken image

9. Resepi Ayam Harum Thai

Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak resepi ayam harum Thai:

  • 1/2 ekor ayam yang dipotong kecil dan ikut suka serta dibersihkan
  • 2 batang serai yang dititik
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 biji lada benggala yang dibelah 4
  • sedikit gula dan garam secukup rasa
  • 4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan A (untuk dihiris nipis/ditumbuk):

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan B (untuk dicampur dan jadikan sos):

  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji limau nipis diambil jusnya
  • daun sup dihiris halus-halus

Cara memasak resepi ayam harum Thai:

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejep separuh masak je. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan A sampai wangi.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi
  4. Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.
  5. Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.
  6. Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, dan tutup api.
  7. Hidangkan dengan nasi putih
broken image

10. Resepi Ayam Masak Hijau

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ayam masak hijau:

  • 1/2 ekor ayam yang dibasuh dan dibersihkan
  • 1 paket santan pekat boleh digantikan dengan susu cair
  • 1 keping asam keping yang kecil
  • 2 biji ubi kentang yang dipotong empat
  • minyak masak
  • garam dan gula

Bahan-bahan yang dikisar (A):

  • 15 tangkai cili hijau
  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 sudu besar rempah kari Babas

Bahan-bahan kisar (B):

  • 3 helai daun limau purut
  • 1 atau 2 batang saderi
  • 5 tangkai daun bawang
  • beberapa helai daun selasih

Bahan-bahan penumis:

  • Bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

Cara-cara masak resepi ayam masak hijau:

  1. Panaskan minyak masak tumiskan bahan penumis dan terus masukkan bahan kisar A, (kalau boleh kurangkan air ketika mengisar biar pekat)
  2. Masak sehingga pecah minyak
  3. Masukkan pula bahan kisar B, kacau rata hingga naik bau
  4. Masukkan ayam dan ubi kentang kacau sekejap dan terus masukkan santan (kalau pekat sangat boleh masukkan sedikit air).
  5. Akhir sekali bila kentang dah empuk, ayam dah masak perasakan dgn garam dan gula serta masukkan asam keping
  6. Apabila dah mendidih dan asam keping mula kembang boleh matikan api.

Kredit: Owner resepi

broken image

Selamat mencuba semua resepi di atas!

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih