Return to site

Le Tour de Langkawi 2024: Perlumbaan Berbasikal ProSeries UCI Antara Terbesar di Asia

kasturihijau.com

· INFORMASI
Le Tour de Langkawi 2024: Perlumbaan Berbasikal ProSeries UCI Antara Terbesar di Asia

Tahukah anda acara perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah antara acara perlumbaan ProSeries UCl terbesar dan tertua di Asia? LTdL adalah acara yang mempunyai sejarah tersendiri di negara Malaysia. Dikongsikan di sini latar belakang LTdL dan maklumat perlumbaan yang sedang berlangsung sehingga 6 Oktober 2024 ini.

Apakah itu Le Tour de Langkawi (LTdL)?

Le Tour de Langkawi merupakan satu acara jelajah lumba basikal lebuh raya yang diadakan di Malaysia setiap tahun sejak tahun 1996. Nama acara itu diambil bersempena dengan nama destinasi permulaan acara iaitu Langkawi, Kedah Darul Aman. Le Tour de Langkawi juga merupakan idea asal Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Wan Lokman Wan Ibrahim.

Perlumbaan jelajah berbasikal tertua Asia dengan jarak sejauh 1,190 kilometer (km) kali ini meliputi lapan peringkat tetap menarik perhatian peminat sukan tanah air serta pelumba daripada dalam dan luar negara.

Untuk edisi LTdL ke-28 tahun 2024 ini, dua peringkat perlumbaan diadakan buat julung kalinya di Sarawak membabitkan dua bandar iaitu Bintulu dan Miri yang pastinya menambah keunikan dan daya tarikan perlumbaan yang sudah cukup ikonik di rantau ini.

Terdapat 4 jersi menjadi rebutan dan 6 kategori pemenang dalam perlumbaan iaitu:

  • Juara keseluruhan
  • Raja pecut
  • Raja bukit
  • Pelumba Asia terbaik.
  • Pasukan terbaik
  • Pasukan Asia terbaik
broken image

 

Antara UCl ProSeries World Tour Tahun 2024

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ProSeries adalah peringkat kedua perlumbaan basikal jalanraya profesional di bawah UCI WorldTour. Kalendar UCI ProSeries 2024 merangkumi pelbagai kejohanan berbasikal jalan di beberapa negara. Berikut adalah beberapa perlumbaan ProSeries yang terkenal yang dirancang untuk tahun 2024:

1. Tour of Oman (Oman)

2. Tour de Langkawi (Malaysia)

3. Volta ao Algarve (Portugal)

4. Tour de Hongrie (Hungary)

5. Boucles de la Mayenne (Perancis)

6. Tour of Norway (Norway)

7. Tour of the Alps (Austria/Itali)

8. Tour de l’Ain (Perancis)

9. ZLM Tour (Belanda)

10. Vuelta a Andalucía (Sepanyol)

11. Tour of Britain (Great Britain)

12. Deutschland Tour (Jerman)

13. Arctic Race of Norway (Norway)

14. Vuelta a Burgos (Sepanyol)

Perlumbaan ini diadakan di beberapa benua, menampilkan pelbagai jenis laluan dan tahap persaingan, sering kali berfungsi sebagai langkah awal bagi pelumba yang ingin melangkah ke tahap WorldTour. Le Tour de Langkawi adalah salah satu perlumbaan terbesar di benua Asia yang diklasifikasikan dengan status ProSeries dalam Kalendar UCI.

 

 

 

 

Tema Edisi Le Tour de Langkawi 2024

  • Tema Le Tour de Langkawi bagi tahun ini adalah “Beat The Heat” yang menunjukkan kesukaran dan cabaran yang menanti para pelumba menerusi pendakian penuh mencabar ke puncak Genting Highlands dan kayuhan menguji ketahanan dalam cuaca panas terik.
  • LTdL kali ke-28 ini adalah perlumbaan berbasikal paling berprestij di benua Asia. Jadual perlumbaan ini adalah daripada 29 September sehingga 6 Oktober 2024 dengan dua bandar di Sarawak, Miri serta Bintulu, bakal menjadi hos buat kali pertama selain bandar Kulai di Johor yang turut dipilih untuk kali ini.
  • Laluan paling mencabar adalah pendakian Genting Highlands yang paling sukar dalam acara ini telah dijalankan.

 

Jadual dan Trek Laluan LTdL 2024

  • Terdapat 8 peringkat perlumbaan berbasikal lebuh raya di beberapa negeri yang berbeza-beza. Laluan pada tahun ini dijangka lebih mencabar membabitkan pendakian berturut-turut (back to back mountain climbs) bagi peringkat ketiga di Cameron Highlands, diikuti pendakian ke Genting Highlands untuk peringkat keempat.
  • Pelumba-pelumba bakal diuji dengan jarak perlumbaan antara 96 hingga 200 km dalam peringkat pelumbaan yang berbeza-beza. Peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu menyediakan peluang membuat pemecahan (breakaway) dan mampu jadi penentu juara keseluruhan Petronas LTdL kali ini.
broken image

 

broken image

Peringkat butiran jadual perlumbaan LTdL 2024 adalah:

  1. 29 Sept 2024: Langkawi-Langkawi
  2. 30 Sept 2024: Arau-Butterworth
  3. 1 Okt 2024: Taiping-Cameron Highlands
  4. 2 Okt 2024; Kuala Kubu Bharu-Bentong
  5. 3 Okt 2024: Kuala Lumpur-Melaka
  6. 4 Okt 2024: Batu Pahat-Kulai
  7. 5 Okt 2024: Miri-Bintulu
  8. 6 Okt 2024: Bintulu loop

Tontonan Siaran Langsung Le Tour De Langkawi

Saksikan aksi LTdL 2024 secara langsung di platform media sosial rasmi Petronas Le Tour de LangkawiFacebook dan YouTube!

Anda juga boleh menonton perkembangan terkini, liputan langsung dan kapsul semasa di laman sosial Majlis Sukan Negara Malaysia. Sumber rujukan:

Sumber: Petronas Le Tour de Langkawi 2024

Baca lagi:

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua para pembaca kasturihijau.com.