Return to site

Resepi Mee Kari Chinese Style yang Simple Tapi Sedap

www.kasturihijau.com

· MENU VIRAL
resepi mee kari chinese style

Sebagai penggemar mee kari, pasti ramai yang suka dengan mee kari ala Chinese style ini. Mee kari ini tidak menggunakan kentang atau keledek yang dikisar, tetapi dimakan bersama sambal dan juga sayur-sayuran, dan tauhu kering. Kuahnya mungkin tidak sepekat kuah mee kari ala Melayu, tetapi apabila dimakan bersama sambal, rasanya amat menyelerakan. Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana cara untuk memasak resepi mee kari Chinese style ini.

Keunikan Mee Kari Chinese Style

Mee kari Chinese style mempunyai keunikan tersendiri yang membezakannya daripada versi lain. Hidangan ini menggabungkan mee kuning dengan kuah kari yang ringan tetapi berperisa, biasanya menggunakan santan yang tidak terlalu pekat. Rasa kuahnya seimbang dengan rempah yang tidak terlalu pedas, sesuai dengan selera masyarakat Cina. Bahan-bahan seperti tauhu, fish ball, dan sayur-sayuran segar seperti tauge dan sawi menjadikan hidangan ini kaya dengan pelbagai tekstur. Ia sering dihiasi dengan daun bawang dan bawang goreng, menambah aroma dan rasa. Keseimbangan rasa dan kepelbagaian bahan menjadikan mee kari Chinese style sangat menarik dan disukai ramai.

 

 

Resepi Mee Kari Ala Chinese Style

Berikut bahan-bahan untuk masak mee kari Ala Chinese style.

  • Segengam cili kering yang dkisar untuk masak sambal
  • 2 biji bawang besar yang dikisar
  • 3 ulas bawang putih yang dikisar
  • 2 biji bawang merah yang dikisar
  • 2 batang serai yang diketuk
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging yang saya guna rempah cap O sedap.
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • l/2 ekor ayam yang dipotong kecil
  • 1 mangkuk besar santan
  • Tauhu kering
  • Fish cake atau Fish Ball
  • 1 keping asam gelugor

Bahan-bahan untuk hiasan adalah seperti berikut.

  • Telur rebus
  • Taugeh yang dicelur
  • Sawi yang dicelur
  • Sambal
  • Limau nipis
  • Kacang panjang celur

A. Cara-cara memasak sambal:

  1. Mulakan dengan merebus cili kering
  2. Apabila sudah masak
  3. Blend cili kering bersama 1 biji bawang besar
  4. Kemudian, tumis sampai pecah minyak, masukkan garam dan sedikit gula.

B. Cara-cara masak kuah kari:

  1. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak dan goreng serai sebentar.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
  3. Apabila sudah wangi atau agak keperangan, masukkan rempah kari yang telah dicampur satu mangkuk kecil cili kisar, dan masak sampai terbit minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak, dan masukkan santan.
  5. Sukatan santan yang anda nak guna bergantung kepada selera anda. Untuk resepi ini, saya menggunakan santan pekat fresh anggaran satu mangkuk besar dan asam keping.
  6. Biarkan kuah mendidih, dan perasakan garam dan gula.
  7. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball.
  8. Biar sehingga kuah mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering
  9. Celup mee dalam air panas.
  10. Hidangkan mee bersama kuah mee kari dan bahan-bahan hiasan.

Kredit : Qasih Jue Aisya

broken image

 

 

resepi mee kari chinese style

 

resepi mee kari chinese style

Jangan lupa subscribe free www.kasturihijau.com untuk mengetahui informasi yang terbaru dari kami dengan memasukkan alamat emel anda di bawah, dan tekan butang subscribe berwarna hijau di bawah. Terima kasih