Return to site

10 Menu Lazat untuk Berbuka Puasa dan Bersahur

kasturihijau.com

· MENU VIRAL
10 Menu Lazat untuk Berbuka Puasa dan Bersahur

Bulan Ramadan adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh umat Islam untuk beribadah dan menikmati hidangan istimewa ketika berbuka puasa serta bersahur. Pemilihan menu yang seimbang dan menyelerakan bukan sahaja memberi tenaga sepanjang hari tetapi juga menambahkan lagi kenikmatan dalam setiap hidangan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 12 resepi lazat untuk berbuka puasa dan bersahur.

Aneka Resepi Ringkas Menu Berbuka Puasa dan Bersahur

1. Daging Goreng Merah

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 300gm daging rebus dihiris nipis
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu teh sos tomato
  • 3cm halia muda dihiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara-cara memasak adalah:

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
  4. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
broken image

2. Ayam Sos Lemon Madu

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • dada ayam 500g dipotong ikut suka
  • tepung serbaguna secukupnya
  • telur sebiji dikacau
  • madu 4 sudu besar
  • lemon 2 biji diambil jus

Cara-Cara Memasak adalah:

  1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
  4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!
broken image

3. Paprik Sotong

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 300gm sotong | bersihkan dan hiris bulat
  • 1batang serai | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 6 biji cili padi | titik
  • Sedikit hirisan batang seleri
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak adalah:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan sotong. Kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daun limau purut dan batang seleri.
  4. Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila cukup rasa dan sotong masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
broken image

4. Ayam Goreng Madu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • ayam 8 ketul (direbus)
  • bawang merah 5 biji (dikisar)
  • bawang putih 6 ulas (dikisar)
  • halia 1 inch (dikisar)
  • kicap cair 1 sudu besar
  • kicap pekat 1 sudu besar
  • sos tiram 1 sudu besar
  • madu 1 sudu besar
  • minyak untuk menggoreng.

Cara-Cara memasak adalah:

  1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
  2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
  3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
  4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
  5. sudah separuh masak.
  6. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
broken image

5. Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250g ketam (dibersihkan)
  • 7 biji cili hijau
  • 1½ cawan santan kelapa yang di parut
  • 1 keping asam gelugur
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu besar garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil perasa

Cara-Cara Memasak:

  1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
  2. Masak selama 5-7 minit.
  3. Siap, angkat dan hidangkan.
broken image

6. Sambal Cili Ikan Bilis Petai

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • ikan bilis 300g
  • petai 2 papan
  • bawang besar sebiji (dihiris)
  • bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • cili merah sebiji (ditumbuk)
  • cili padi 20 biji (ditumbuk)
  • garam secukup rasa

Cara-Cara memasak adalah:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam, gaul sebati.
  4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!
broken image

7. Resepi Ayam Goreng Berlada

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • ayam sebelah potong kecil ikut selera anda
  • 4 tangkai cili merah besar buang biji (diblender kasar)
  • 10 tangkai cili padi hijau (diblender kasar)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan gula
  • 8 secubit garam, secubit aji.

Cara memasak adalah:

  1. Goreng ayam jangan terlalu garing, dan pastu ketepikan
  2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis
  3. Tumis bawang besar sehingga naik bau
  4. Masukkan cili besar dan cili padi yang sudah diblender kasar tadi
  5. Kacau sampai sebati
  6. Kemudian masukkan gula, garam, sos tiram, sos ikan, aji. Ikut cita rasa masing-masing
  7. Kacau semua sampai sebati
  8. Kemudian baru masukkan ayam
  9. Kacau lagi sampai semua bahan tadi nampak sedikit kering
  10. Sudah siap boleh hidang.

Kredit : Balqis Aleesya Ryan Soffea‎

broken image

8. Resepi Ayam Black Pepper

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 ketul ayam
  • 6 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 inci halia dihiris
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • beberapa biji cili padi ikut pilihan
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan perap :

  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara memasak adalah:

  1. Perap ayam selama 30 minit.
  2. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidang.
broken image

9. Resepi Ayam Ungkep

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ayam
  • 10 biji bwg merah (dikisar )*
  • 5 biji bwg putih (dikisar )*
  • 1 biji bwg besar (dikisar )*
  • Kunyit hidup 2cm (dikisar )*
  • 2 Batang serai (diketuk)
  • Daun limau purut
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk Jintan manis
  • Kerisik
  • Minyak
  • Garam secukup rasa
  • Jika nak boleh tambah kiub ayam.

Cara-cara memasak adalah:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda*.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisaran. Biar seketika.
  3. Masukkan serai dan daun limau purut, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
  4. Masukkan ayam. Biarkan reneh perlahan.
  5. Api perlahankan supaya isi ayam lembut.
  6. Masukkan kerisik.
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Biar seketika hingga pecah minyak.
  9. Boleh diangkat dan dihidangkan...

**Kerisik boleh buat sendiri atau beli dah siap. Anggaran untuk seekor ayam. Ikut selera masing2. Jika ayam lebih seekor doublekan bahan.

broken image

10. Ayam Kukus Halia

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam dipotong
  • 3cm halia dihiris kecil-kecil (perap)
  • 2 ulas bawang putih dicincang (perap)
  • 1/2 sudu makan kicap cair (perap)
  • Sedikit garam (perap)
  • Serbuk lada putih jika suka (perap)
  • 1/2 sudu makan minyak bijan (perap)
  • Daun bawang dihiris

Cara memasak adalah:

  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 30min
  2. Kukus 10min -15min
  3. Kukus bergantung kepada berapa banyak ayam yang dimasak
  4. Tabur hirisan daun bawang.
  5. Siap dihidangkan.

Kredit Resepi: Jo Isabelle Joannes S

broken image

Sumber dan Kredit: Rasa, Owner Resepi dan sistemguruonline.my