Return to site

Mesin ATM Emas Pertama di Malaysia: Pembelian Emas Makin Mudah

kasturihijau.com

· INFORMASI
Mesin ATM Emas Pertama di Malaysia: Pembelian Emas Makin Mudah

Pada Februari tahun lepas, Public Gold telah melancarkan mesin ATM emas pertama di Malaysia yang terletak di Menara Public Gold, Kuala Lumpur. Dikenali sebagai "Malaysia Gold ATM", mesin ini menawarkan goldbar berketulenan 999.9 dengan berat antara 0.25 hingga 5 gram. Pelbagai rekaan menarik seperti Disney, Marvel Studios, Warner Bros, Juventus, Garfield, Ejen Ali, dan Monsta turut ditawarkan, menjadikan emas ini sesuai sebagai simpanan dan hadiah. Manakala syiling dinar juga boleh dikeluarkan iaitu 1 dinar.

Bilangan Malaysia Gold ATM ini semakin bertambah untuk tahun 2024. Pengurus Bahagian ATM Emas Public Gold menyatakan bahawa 100 mesin ATM emas telah ditempatkan di lokasi utama seperti pusat beli-belah dan lapangan terbang di seluruh negara. Perolehan daripada jualan emas menerusi ATM tersebut telah mencapai RM10 juta sejak Januari 2023. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan sedikit maklumat tentang kemudahan Malaysia Gold ATM yang pertama kali disediakan di negara ini.

 

 

Apakah itu Public Gold?

  • Public Gold sebuah syarikat jual beli emas yang investor friendly. Ia menawarkan emas pelaburan fizikal berkualiti tinggi 999.9 berstatus LBMA dengan harga yang murah dan spread yang rendah. Urusan jual beli emas sangat mudah iaitu secara online 24 jam, setiap hari .
  • Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti jual beli emas dan perak (jongkong, dinar, dirham) a.k.a. Industrial Precious Metal. Public Gold tiada kaitan dengan Public Bank. Syarikat ini telah bertapak di Malaysia seawal tahun 2008 dan diasaskan oleh Dato Wira Louis Ng.
  • Public Gold dikatakan adalah pilihan pelaburan emas fizikal antara terbaik di Malaysia kerana pembelian yang mudah, harga belian balik emas yang tinggi, 100% jaminan belian balik emas, diterima meluas di Ar-Rahnu dan urusniaga yang sangat telus.

 

broken image

 

Apakah itu Malaysia Gold ATM? 

  • Mesin Public Gold ATM yang dipanggil “Malaysia Gold ATM” ini boleh digunakan untuk mengeluarkan emas goldbar dan dinar secara fizikal oleh seluruh rakyat Malaysia yang memiliki akaun emas di Public Gold ataupun tidak. Mesin ATM emas Public Gold adalah yang pertama mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Records. Mesin yang pertama terdapat di Menara Public Gold, Jalan Tun Razak, KL.
  • Tujuan mesin ATM emas Public Gold ini diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyimpan emas sebagai simpanan jangka masa panjang. Selain dijadikan sebagai simpanan, goldbar Public Gold ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah dan cenderamata.
broken image

Peningkatan Permintaan Emas Fizikal

  • Permintaan emas fizikal di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat, terutamanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai yang mula melihat emas bukan sahaja sebagai barang perhiasan, tetapi juga sebagai aset simpanan jangka panjang yang lebih stabil. Berbanding barang kemas, jongkong emas atau goldbar lebih digemari kerana nilainya yang tidak terjejas dengan kos pembuatan dan tidak mengalami penyusutan harga yang ketara apabila dijual semula. Dengan adanya produk seperti goldbar berketulenan 999.9 yang ditawarkan menerusi mesin ATM emas, rakyat Malaysia kini lebih mudah untuk membeli emas mengikut kemampuan masing-masing, pada bila-bila masa dan di lokasi strategik.
  • Selain itu, kesedaran tentang kepentingan simpanan emas sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dan ketidakstabilan ekonomi semakin meningkat. Public Gold, sebagai salah satu penyedia emas fizikal utama di Malaysia telahpun melaporkan lonjakan permintaan bagi produk-produk emas mereka, khususnya melalui mesin ATM emas yang membolehkan pembelian mudah dengan nilai antara RM200 hingga RM2,000. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin cenderung untuk menyimpan emas sebagai langkah perlindungan kewangan yang lebih selamat dan berkesan.
  • Dengan peningkatan permintaan emas fizikal, Public Gold Group merancang untuk menyediakan 200 mesin ATM emas menjelang akhir 2025. Mesin ATM emas ini dilengkapi dengan sistem keselamatan terbaik, beroperasi 24 jam sehari, dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai mesin ATM pertama yang mengeluarkan produk emas fizikal di Malaysia.
broken image

Semak cawangan mesin ATM emas di serata Malaysia: Klik Cawangan Mesin ATM Emas 

 

 

 

 

Cara Pembelian di Mesin ATM Emas

Cara-cara menggunakan mesin ATM emas Public Gold adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula buat pilihan emas pada layar skrin
  2. Bayar ikut arahan skrin
  3. Emas keluar
  4. Jangan lupa masukkan username (PG code) dan email anda selepas selesai urusan bagi merekodkan pembelian.
  5. Disertakan video menunjukkan pembelian menggunakan mesin ATM emas ini.

Sumber dan Kredit: Public Gold

Berdasarkan maklumat tadi, dapat disimpulkan pelaburan emas adalah sangat penting untuk menjamin masa kewangan masa hadapan. Masyarakat Malaysia mula sedar tentang kepentingan memiliki emas. Dengan adanya kemudahan ini mesin ATM emas ini, memudahkan lagi orang ramai untuk memiliki emas secara fizikal dengan cepat dan mudah. Semoga perkongsian ini bermanfaat.