Return to site

9 Kelebihan Minyak Kasturi Untuk Mengatasi Masalah Gangguan Spiritual

www.kasturihijau.com

· KESIHATAN
broken image

Pernahkah anda mendengar mengenai minyak wangi kasturi atau haruman kasturi? Minyak wangi kasturi ini mempunyai pelbagai jenis bau. Contohnya minyak kasturi kijang, minyak kasturi putih, minyak kasturi hijau dan macam-macam lagi. Untuk artikel kali ini, pengarang akan menerangkan kepada anda apakah itu minyak kasturi, jenis-jenis bauan minyak kasturi, kegunaan minyak kasturi dan kelebihan menggunakan minyak kasturi untuk tujuan perubatan, agama dan gangguan makhluk halus.

 

Apakah itu Minyak Kasturi?

  • Dikenali sebagai 'wangian syurga'.
  • Perkataan kasturi asalnya bukanlah bermaksud ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
  • Istilah kasturi merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar haiwan kijang jantan (gland or pod).
  • Bintil kasturi kerap ditemui di bahagian antara perut dan genital, di leher, badan dan juga kepala haiwan ini.
  • Apabila bintil kasturi tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang, bintil kasturi akan mengering dan membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
  • Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan tersebut dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.
  • Bagaimanapun, Ulama’ berpendapat bahawa kasturi itu halal lagi bersih. Dibolehkan untuk dimakan dan mengambil manfaat daripadanya samada dalam bentuk perubatan zahir dan spiritual.

Dalam sebuah hadith Nabi SAW menyebut:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ امْرَأَةً مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ حَشَتْ خَاتَمَهَا مِسْكًا وَالْمِسْكُ أَطْيَبُ الطِّيبِ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyebut mengenai wanita daripada Bani Israel yang mengisi cincinnya dengan kasturi dan kasturi adalah wangian yang sangat harum (Riwayat Muslim, 2252).

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:

أَطْيَبُ الطِّيبِ الْمِسْكُ

Maksudnya: Wangian yang paling harum baunya adalah al-Misk (kasturi) (Riwayat Al-Tirmizi ,991).

Hukum Menggunakan Minyak Kasturi

Penggunaan minyak kasturi sebagai wangian adalah dibenarkan dan minyak kasturi dihukum sebagai suci. Ini kerana terdapat dalil yang sahih mengenai kesucian kasturi. Al-Khatib al-Syarbini di dalam kitabnya yang lain, al-Iqna’ mengatakan adanya hadith Muslim menjadikan hukum kasturi adalah suci.

Kelebihan Menggunakan Minyak Kasturi

Antara kelebihan menggunakan minyak kasturi adalah seperti berikut:

  1. Menguatkan roh
  2. Menghindar daripada gangguan makhluk halus dan sihir
  3. Mengurangkan rasa gementar dan serabut di kepala
  4. Menyejukkan rumah yang panas, atau suami isteri sering bergaduh
  5. Mengurangkan masalah anak-anak degil, melawan dan tidak dengar kata
  6. Sukar untuk tidur malam dan kerap mimpi buruk
  7. Mengurangkan masalah anxiety dan kerisauan melampau
  8. Meningkatkan daya ingatan
  9. Mengurangkan rasa malas untuk beribadat

Jenis-jenis Minyak Kasturi

Terdapat pelbagai jenis-jenis minyak kasturi, kasturi kijang adalah berasal daripada kijang, bagaimanapun kijang kini menjadi spesies haiwan yang terancam. Jadi, para peniaga minyak wangi beralih kepada kasturi yang dihasilkan daripada bahan tumbuhan seperti bunga-bungaan. Antara bauan kasturi yang terkenal dan warna minyak kasturi adalah seperti berikut:

  1. Kasturi Kijang: Berwarna coklat kegelapan
  2. Kasturi Zaffran: Berwarna pink susu
  3. Kasturi Hitam: Berwarna gelap kehitaman
  4. Kasturi Putih: Berwarna putih jernih dan seperti bau vanilla
  5. Kasturi matahari: Berwarna kuning
  6. Kasturi Ros: Berwarna merah jambu
  7. Kasturi Zam-zam: Berwarna putih jernih
  8. Kasturi Hijau: Berwarna hijau
  9. Kasturi Bidara: Berwarna kehijauan

Minyak Kasturi Bidara untuk Atasi Gangguan Spiritual

Minyak kasturi bidara mempunyai pelbagai khasiat antaranya membantu masalah kemurungan dan anxiety, melegakan sakit dan migrain, melegakan lenguh dan kebas badan, melegakan sakit dan bisa urat, membuang angin berlebihan dalam badan, dan terutama sekali minyak kasturi bidara membantu sebagai ikhtiar sunnah makhluk halus, serta perubatan ruqyah untuk penyembuhan.

broken image

Secara keseluruhannya, minyak kasturi ini mempunyai banyak kelebihan dan manfaat kepada kerohanian manusia. Jika anda mempunyai masalah spiritual dan gangguan, anda digalakkan menggunakan minyak ini untuk mengurangkan masalah-masalah gangguan tersebut dan memudahkan anda beribadat untuk memohon pertolongan Allah swt. Penggunaan minyak kasturi adalah salah satu jalan ikhtiar untuk hambaNya yang beriman. InsyaAllah.